Monday, April 03, 2017

Aktiviti Kami Di Hari Sabtu

Assalamualaikum


Hai Korang☺☺☺☺Moga hari ni hari yang lebih baik dari semalam.Alhamdulillah..Hari ni dapat berpuasa rejab.So,kena habiskanlah seminggu ni insyallah.

Nak cerita jugak aktiviti kami pada hari sabtu.Nak claim token birthday dari husband.Ikutkan dia nak belanja malam birthday tu,tapi disebabkan malas nak keluar malam tu,so kita claim hari sabtu lah kiranya kan.Sambil nak cari kain di Jakel,sambil-sambil tu boleh la berjalan-jalan.Bawa anak dara tu,kesian pulak dah umi pergi work tiap-tiap hari,masa cuti jelah dapat bawak dia jalan-jalan.

Sebenarnya aku ada up entry tentang Birthday treat dari Husband di Entry ni Birthday cake from Him.
Tapi sebelum tu sebenarnya kami dah pun singgah di beberapa tempat.

Pagi sabtu tu,dalam pukul 11 pagi kami 3 beranak dah keluar,sayang ,masa ni kakak takde.Tempat pertama yang kami plan nak pergi adalah Jakel.Pi Jakel ni sebab nak cari kain ela untuk husband.Maklumlah raya nak dekat,kalau lambat-lambat memang takde tailor nak amik dah.Itu pun tahun ni buat dengan orang lain.Selalunya aku tempah baju husband di kampung je,sebab kat situ je aku rasa dia jahit elok untuk baju melayu.

So,bila dah sampai Jakel dah nak pukul 12 lebih,perut dah berkeroncong masa tu,Terpaksa ubah plan untuk pi makan dulu.Babah teringin nak pi makan Nasi Arab.Kami memilih Restaurant Nasi Arab Al-Hambra.Dulu kedai ni dikenali dengan Zafran Restaurant.AKu tak tau pulak sekarang ni dah lain.

Aku tak ingat dah nama ni,nasi arab kambing untuk babah and ayam untuk umi

Naura share dengan umi..bagi aku sedaplah.Boleh diterima tekak.Tapi yang tak bestnya takde menu lain pun selain dari ni.Tu yang sangat menghampakan kami.Ingat nak try lah pelbagai resepi dari arab ni.Rupanya non hado..

Masih tak berpuas hati lagi dengan makanan arab yang kami cuba.So,lepas pada makan tu,terus ke Jakel,Ingatkan nak cari baju yang dah siap je untuk babah,tapi malangnya takde.Jadi kenalah beli kain ela.Biasalah,Jakel ni nama je dia pungpang pungpang murah,tapi mahal jugaklah kan,Kain semeter untuk babah RM25.00.Kalau ikut badan babah,kena beli 5meter.Selain dari tu,babah nak tukar samping tahun ni,Nak ada colour macam baju dia.So,dapatlah sampung berharga RM100 selepas diskaun..Phewwww...lap peluh.

Lepas pada tu,babah memang dah tak puas hati sebab tak dapat nak cari kek untuk umi.Ok...Ingatkan nak singgah Giant,plentong or Jusco,Tapi disebabkan hujan,kami batalkan jelah niat nak ke sana.

Tapi dalam masa perjalanan balik tu,hujan dah mula reda,So babah ajak kami ke Secret Recepis di Taman Bukit Dahlia.
Inilah antara menu yang kami bedal lagi petang tu..Bukan main makan lagi hari tu


Thanks kat babah,sebab belanja lagi..bhahaha..Takde kek??Ada...ada ...korang boleh tengok kat entry sebelum ni..Kang korang bosan pulak kalau aku letak gambar kek bebanyak.

Terus rasa nak repeat makan kek tu..sedap weh..Lepas tu terus je balik sebab bakal hujan kembali.So,berakhir sudah perjalanan birthday untuk umur yang ke 36 tahun ni.




9 comments:

  1. SALAM KENAL EDA... get this link from https://abeginningoflife.blogspot.com/ :).
    Btw nyampuk bab JAKEL.. mmg kadang byk mainnn diorang ni. kata harga sekian2 rerupa yg sekian2 tu kain dia sedih! nak kain elok sikit terpaksa lahh tereban kan more money for it.. but ok la..baju melayu suami2 kita buat sekali setawon je kenn..lain la baju kita.. ek eh asal beli je baju kita.. hehe

    ReplyDelete
  2. fuuhhhh..makan sodapnyee...seronoknyaa gi shopim kain

    ReplyDelete
  3. Bestnye dpt keluar beraktiviti hari cuti.. Makan tak hengat nampaknye tu.. Hahaha.. nnti susah nak jalan ohh..

    ReplyDelete
  4. mak nak harga makanan tu kakak. please.

    ----

    Jemput datang blog mak ;) | ~#TheRealBloggerMak~

    ReplyDelete
  5. nmpak mcm sedap ns arab tapi hambar yek..
    bab kain nti kang ada la happy hour, main harga tol..ini semua strategi pemasaran hahaa beli set dpt murah sekli sampin la, songkok..nak dekat raya kang lagiiii main harga..

    ReplyDelete
  6. ehemmm ehemmm macam sedap je macam sedapp je.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. meriah perut hari sabtu rezeki birthday girl hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete