Tuesday, April 04, 2017

# IJM Land Half Marathon 2017 # info

IJM Land Half Marathon 2017

Assalamualaikum

IJM Land Half Marathon 2017 | Hai korang ☺☺☺..Berita baik kepada mereka yang meminati Marathon ni.And yess,IJM Land Half Marathon 2017  kembali lagi pada tahun ini.Acara Tahunan IJM Land Half Marathon ini bakal menggegarkan Dataran Centrio Seremban pada  13 Ogos 2017.

IJM Land Half Marathon,yang memasuki tahun keenam pembabitan dalam aksi marathon ini menggalakkan lebih ramai lagi mereka yang berminat dalam sukan ini yang disasarkan sehingga 7000 orang dari seluruh negara.

Pelancaran IJM Land Half  Run Marathon ini telah dilancarkan oleh Dato' Hoo Kim see iaitu pengerus besar IJM land Berhad(Central region) dan Mr Minoru Osada,pengarah Jualan dan pemasaran Yakult(Malaysia sdn Bhd).Untuk acara ini,Yakult adalah Platinum Sponsor IJM Half Marathon 2017.Acara marathon ini semakin mendapat sokongan serta menggalakkan lagi masyarakat.

Gambar di atas menunjukkan Dato' Hoo Kim see menyampaikan baju Rasmi IJM Land Half Marathon 2017 Kepada En.Lim Khon Seng iaitu pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016.

.Acara marathon ini semakin mendapat sokongan serta menggalakkan lagi masyarakat.Acara ini akan menjadi platform FUNDRAISING amal untuk tahun ke 3.

Dana yang dikutip disalurkan kepada 2 pertubuhan iaitu
  • Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (HOSPICE)
  • Malaysia Lysosomal Disease Association(MILDA)



Untuk Tahun ini,IJM Land Half Marathon 2017,menggunakan tagline " RUN TOGETHER,BOND STRONGER" dan dibahagikan kepada 2 kategori.


2 Kategori untuk IJM Land Half Marathon 2017 adalah:
  • Kategori 21km(Half Marathon) dan 10km(untuk wanita dan lelaki berusia 18 tahun ke atas)
  • Kategori 10km(untuk kanak-kanak atas 12 tahun)
Kepada mereka yang berjaya menamatkan larian dengan pantas akan dianugerahkan "Grand IJM  Land Half Marathon Trophy".



Kepada peserta yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang goodies bag dengan pelbagai cenderahati daripada Yakult dan penaja yang lain,bersama custom -made Finisher Medal serta sijil penyertaan.Dalam pada itu terdapat juga  hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000.Bagi peserta yang menamatkan larian 21KM pula akan menerima tshirt custom-made Ultron-Micro-dry Finisher Tee.                

IJM Land Half Marathon 2017 juga disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.


PENDAFTARAN
Pendaftaran di buka bermula dari 31 March 2017 pada jam 12 tengahari.
Pendaftaran akan ditutup pada 31 mei 2017 sekiranya penyertaan telah mencukupi.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathin 2017 dan cara untuk pendaftaran ,korang boleh layari  www.ijmlandrun.com



9 comments:

  1. assalamualaikum eda...menarik juga ni...pd yg suka mmg akan join..
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah mama,mesti ramai yang nak join nanti

      Delete
    2. Yelah mama,mesti ramai yang nak join nanti

      Delete
  2. wahh bestnyaaaaaa. tak dapek la nak join.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Info bagus untuk sesiapa yg minat marathon

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81