Thursday, April 13, 2017

Thomas Mini and Mighty jadi tatapan

Assalamualaikum

Hai korang😊😊😊Lepas siap masak,rileks jap..biasalah,itulah rutin setiap kali balik kerja.
Tugas hakiki seorang surirumah kan.Even ko bekerja pun,kat rumah kau tetap akan menggalas tanggungjawab seorang isteri dan umi.Menyiapkan juadah untuk makan malam.Kadang-kadang bila penat,nak beli lauk atau ada pasar malam,aku tak masak..Rehat lebih sikit.hehee.Tapi kekadang babah faham gak,tanya isteri samada nak masak or makan kat luar kalau aku tak sihat.

Eh.eh..melalut pulak pasal tanggungjawab ni kan.Berbalik pada tajuk entry ni...yes.....dah banyak kali aku perhatikan,bila dia ke dapur je,mesti dia akan mengambil keratan suratkhabar ni.Mulanya aku biarkan je,tetapi bila boleh dikatakan setiap hari,mesti dia akan ambil.Tengok-tengok dan cakap-cakap sambil menunjuk-nunjuk di keratan akhbar tu.

Rupanya dia syok tengok gambar Thomas Mini and Mighty tu.Keratan tu adalah waktu pembukaan Thomas ni akhir tahun lepas.berwarna warni,itu yang menyebabkan dia tertarik kot dengan keratan tu.

Hah..inilah keratan tu,dah seminggu.aku tak pakai pun.memang aku biarkan je terletak kat dapur.saja nak suruh dia tengok-tengok.Pernah juga aku sembunyikan,sudahnya dia mencari.Takde rezeki lagi nak masuk situ.Insyallah kalau ada rezeki nanti.Ataupun ada invitation dari sana kan.Boleh lah bawak dia.Itupun kalau boleh bawak budak..

Korang rasa aku perlu buang atau tak keratan ni..emmmm..kekadang nak terguna untuk lapik apa-apa..


3 comments:

  1. assalamualaikum eda...jgn buang eda mesti naura tercari2 benda tu...cian dia...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ade rezeki bolehla pergi nnti..amin.

    ReplyDelete