Ayam tua masak lemak cili api mudah

Monday, May 29, 2017

Assalamualaikum
Hai korang😊😊Ramadhan ketiga hari ni.So apa resepi mudah untuk iftar korang hari ni?
Throwback lauk iftar semalam,di kampung,ayah dah siap beli lauk untuk kami masak.Ayah kata dia teringin nak makan ayam masak lemak cili api.Sebelum ni memang aku tak pernah masak ayam tua.Selalunya ayam tua ni,kena rebus lebih lama dari ayam muda.Ada petua lain yang aku google untuk lembutkan ayam tua.Tapi kalau ikut mak aku,dia letak garam je.

Disebabkan mak aku pergi berniaga,so tugas memasak adik-adik serahkan pada aku.Mulanya aku tak tau jugak nak masak lemak cili api ayam tua ni.Sebab apa,ini pertama kali aku masak ayam tua.Selalunya ayam muda je.


Image result for ayam tua masak lemak cili api
ihsan dari google sebab aku tak sempat nak snap gambar ayam yang sudah di masak.Maklumlah,bila dah jadi chef di kampung,dengan anak-anak buah yang ramai,memang takkan menyempat ko nak amik gambar.Dengan handphone entah hilang kemana,...adoooii

Ayam tua masak lemak cili api mudah
Ayam tua direbus dalam satu jam,aku letakkan sedikit garam.Sedikit je,jangan terlalu banyak pulak

resepi ayam tua masak lemak cili api mudah aku kongsikan di sini ye.Ini ikut cara mudah,

Bahan-bahan
1 ekor ayam tua
2 ulas bawang besar**
3 ulas bawang putih**
5-6 biji cili api(ikut korang lah nak pedas macam mana)
Sedikit kunyit hidup**
sedikit Halia**
Cengkih dan bunga lawang
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit ajinamoto
Santan pekat
Serai

Bahan bertanda ** di blend bersama
Caranya
Rebus ayam selama satu jam dan masukkan sedikit garam.Biarkan dia empuk.
Kemudian masukkan bahan yang di blend di dalam ayam yang direbus,
Masukkan cengkih dan bunga lawang dan masukkan santan,kacau sehinggan santan rata dengan ayam tadi.Masukkan pula serai dan perasakan dengan garam,gula dan ajinamoto
Bila dah mendidih,dah boleh tutup dan disajikan


Simple kan ayam tua masak lemak cili api ni.Senang sangat nak buat .resepi mudah dan cepat untuk berbuka puasa. 







You Might Also Like

12 Orang Komen

  1. masak lemak2 ni mmg kegemaran kita, scoll laju2 tanak tgok ayam tu, pose pose ni hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....kan...jangan tengok lama² tau

      Delete
  2. kalau ayam tua memang kena rebus kan kalau tak macam makan kayu..hehe
    kalau ada noxxa best kan
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada periuk noxxa lagi senang kerja kan..

      Delete
  3. memang mudah! semalam pun IQ baru belajar dengan mak mertua masak lemak ayam + nangka ni. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...itu pun sedap kan izyan..akak tak pernah lagi masak campur dengan nangka

      Delete
  4. mesti sedap ni..tambah nasi lah jawabnya

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"