Lama tak bebel

Friday, May 19, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ lama betul aku tak membebel kan.Ni kalau  dah start bebel,mau 500 patah perkataan ni.Yelah,sejak dua menjak ni,blog ni banyak betul random quotes.Tak banyak entry personal aku lately ni.

Takde dah kisah pasal Naura Auni dan nur awfiyah kan.Ini semua gara-gara Naura dan fiyah demam bergilir-gilir,dan sambung pulak pada umi dia.Ni pun belum sembuh sepenuhya.Doakan aku cepat sembuh ye korang.Deria bau dan rasa pun kurang menyerlah lately ni,orang bau perfume wangi bak hang pun,hidung aku tak boleh nak rasa kewangian perfume mahal tu.ahhh..sudah...Ubat klinik ni pun dah hampir nak habis..sebab aku banyak skip.Seriously,aku memang tak suka makan ubat.

Inisiatif lain untuk pulihkan balik batuk dan selsema ni adalah aku amalkan minum madu dicampur dengan habattus sauda.Mungkin lambat sikit nak baik.

Yang bawak virus demam ni mula-mula adalah Kak fiyah.Khamis malam minggu lepas,aku buat video call nenek untuk cakap dengan dia.Mulanya mak aku taknak cakap pun awfiyah demam,sebab mungkin dia taknak aku susah hati.So bila buat video call,dia tak nak cakap.Melepek je dengan nenek.Pandang pun taknak.Nenek cakap,awfiyah demam,aku suruh nenek bawak pi klinik sebab takut melarat.Off video call,terus ajak babah balik malam tu jugak.Hati ibu mana kan dapat tidur lena bila tau anak dia demam,ibu dia pulak takde kat sisi..Mesti dia sedih.

Ondway balik kota tinggi tu,keep calling nenek,tanya dia,Nenek kata,suhu dia 39..uih..betul panas tu,tapi masa tu doktor dah bagi ubat bontot.Lega rasanya.Dalam pada masa yang sama,adik Naura pun demam jugak,cuma tak teruk macam kakak.Balik je,tengok dia dah boleh senyum-senyum.Terus peluk-peluk dia..cium-cium dia.alahaiii..sedih betul umi.Jadi malam tu,tidurlah kami tiga beranak berpelukan.Nampak dia rindu umi dengan adik dia..sob..sob..

Esoknya,adik pun dah demam betul,so umi bawak dia ke klinik kesihatan untuk dapatkan ubat.Walaupun ubat boleh share dengan kakak,tapi antibiotik tu,takut tak cukup je untuk dua orang kan.Sama-samalah hari tu,dok terbaring demam.Umi lah yang dok bergilir-gilir jerum adik beradik tu.

Alhamdulillah,sabtu dah mula kebah walau kekadang datang panasnya.selalunya budak-budak ni,malam je datang panasnya.Itulah yang membuatkan umi dia risau.Kot umi dia lena bagai nak rak,dua beradik ni demam tinggi,memang masaklah umi.Kejap-kejap terjaga je nak jelumkan air kat badan budak berdua ni.Adik lah yang suka merengek,Dia paling tak suka umi letak air dekat atas badan dia.Mulalah tengah malam mengaruk.haishhhh...umi jelah kena bersabar kan.

emmmm...tapi bila dah baik,kemain masing-masing,tak cukup tanah nak bermain,Tapi umi tetap pantau keadaan dua beradik ni.Tetap jugak habiskan antibiotik walau demam dah kebah.Doktor selalu pesan,antibiotik tu kena habiskan.Selalunya umi jarang habiskan.degil..

Tapi yang tak bestnya,tekak umi dah mula sakit-sakit..Kepala pun dah macam berdenyut.Umi kononnya ambil lah panadol untuk langkah keselamatan.Ahad umi balik semula ke pasir gudang dengan harapan esok nak kerja.Tapi apakan daya,umi pulak yang kena demam.Memang malam tu tak dapat nak tidur,sampailah ke pagi.Itu pun dah beserta dengan batuk dan selsema.And isnin umi ambil mc.Doktor pun cakap,dengan cuaca macam ni,kena banyakkan air,kurangkan aktiviti luar.So dapatlah umi dua hari cuti rehat.Walaupun rabu umi tak daya lagi nak kerja,umi gagahkan jugaklah badan ni.Fikir pulak nak closing,orang dah tak ramai.Kenalah jugak habiskan kerja kan.

And sampailah hari jumaat,iaitu pada hari ini,batuk umi tak hilang lagi.Umi dah ambil madu,tapi lambatlah batuk ni nak pergi jauh-jauh...

Korang pun,jangan lupa jaga kesihatan tau...ok..dah-dah lah membebel,korang bukan baca pun...hahaha..yang baca terima kasih daun keladi...



You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. musim la eda, hari tu anak diarhea, bergilir msuk toilet, tah makan pe pon tak thauuuu..
    ni nk dekat buln pose ni, jaga kesihatan, semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zie,,ramai kena demam ni..cuaca sekarang tak menentu gaknya

      Delete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"