Wednesday, May 03, 2017

# luncheon # weekend

Makan di Nando's Jusco Tebrau

Assalamualaikum

Hai korang☺☺semalam kan aku bercuti disebabkan Naura demam on/off.Aku ada ceritakan di entry INI .

Lepas bawa naura ke klinik,babah dia terus ajak anak dia pegi makan.Konon nak suruh anak dia makan sedap.Sejak tak sihat,memang dia taknak makan.Minum susu pun kurang.Disebabkan Naura ni jenis pemakan,tapi bila tiba-tiba dia taknak makan,haruslah mak pak dia risaukan.

Kengkononnya nak bagi anak makanan lain dari yang lain,hah...sampai ke Jusco sudahnya.Babah sebenarnya nak try makan kan Nando's.Dulu babah pernah makan di Kenny Rogers Roaster,tapi tak berapa nak minat.So bila try Nando's nampaknya menepati citarasa tekak babah.

Ingatkan taknak lah pergi jauh-jauh memandangkan Naura belum sihat sepenuhnya,Tapi disebabkan babah pun terpaksa pergi ke suatu tempat untuk settlekan masalah dia tu,pergilah jugak kan.Alang-alang menyeluk pekasam katanya.
Saja nak tunjuk kat babah masa nak masuk Nando's ni.Nak elak dari memasak..hahaha...Thanks babah,layankan umi ni hah

Sebenarnya memang tak pernah pun tau apa resepi istimewa Nando's ni,Tak sempat nak menggoogle pun.Nampak menu pulak macam serabut sikit.Kitorang ni lebih suka bila tengok gambar,Dari gambar la boleh tengok gambaran sebenar menu yang nak di order tu kan.

Setelah puas dok tanya waitress,inilah menu kami pada hari itu
Aku pilih Sharing Platter iaitu Full Platter.Di dalam set ni ada whole chicken 4 regular dan 2 side disher,

Menu ini memang khas untuk 2-3 orang .Kami pun masa tu ada 4 orang.So Naura mestilah makan on behalf umi jugak kan..Banyak tu.Ada 4 ketul.Nasi je sikit,Tapi tak kisah la nasi sikit pun sebab sebelum tu pun kami dah makan Nasi.
Untuk minuman kami order Hot choclate,cappucino dan satu lagi tak ingat apa nama.Soft drink pun order jugak satu.Boleh refill ok.


Sos pulak kami pilih Mild dan jugak Wild Herb...Sos dia masam sikitlah..eh..bukan sikit..banyak tau.
Korang kalau tak suka boleh je pilih sos yang lain,ada banyak lagi sos yang korang boleh pilih..Nak sos chili pun ada.

Apa pun ,aku memang suka makanan Nando's ni..Sedap..
Selfie dua beranak sebelum makanan tiba.Yang tak bestnya orang demam tu boleh pulak tak nak share air dengan umi dia..dia nak konker sorang je.

bertabahlah umi melayan ragam dia seharian tu.


Untuk melihat menu dari Nando's ni korang boleh layari website





5 comments:

  1. IQ suka makan Nando's ni sejak ada orang belanja masa belajar dulu. tapi last makan pun tahun lepas, teringin nak makan tapi kena orang belanja dulu la. haha!

    ReplyDelete
  2. habis ke dia minum sorang2 tu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...sedapnya menu dia...naurah nak sikit leh...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. lama gile tak makan nandos..hasben aku x berapa suka..lebih suka KRR..dia kata ayam nandos kering no hahaha

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81