Wednesday, May 24, 2017

# Homeschooling genius syurga

Play Dough Untuk Kakak Awfiyah

Assalamualaikum

Hai korang ☺☺☺Throwback cerita minggu lepas,masa budak dua orang ni tak sihat,aku ada cerita di entry lama tak bebel .Actually masa hantar dia pi bandar penawar,sempatlah umi dia ni pi Mr.Diy. Nak belikan kakak permainan sebab nak reward dia makan banyak masa tu..Kakak ni sejak dia besar ni memang payah nak makan..oh ya..macam mana korang pujuk anak korang supaya dia makan eh.Actually masa dengar nenek dia bebel pasal dia taknak makan,tapi bila umi balik,umi kena pujuk dia makan.So,bila dia dengar cakap umi..umi rewardkan dia sesuatu and masa kat Mr.Diy dia pilih play doh ni.


Gembiralah dia dapat Play doh ni


Sebenarnya bermain play doh ni bagus untuk motorskill anak-anak tau.Kalau kita dulu-dulu main tanah liat je..Budak sekarang lebih advance dari kita lah..Kalau korang nak tau lah kan,dari pembacaan aku dari majalah pama banyak sebenarnya kebaikkan untuk anak-anak bermain play dough ni.Memang la kalau ikutkan semak,bersepah,tapi kita tak boleh nak mengawal anak-anak untuk tumbesaran otak mereka yang sedang berkembang ni.Antara kebaikkan kanak-kanak bermain play dough ni adalah



1. Kemampuan sensorik
Salah satu cara bayi untuk mengenal sesuatu objek iaitu melalui sentuhan. Dengan bermain doh, mereka belajar tentang tekstur dan bagaimana mencipta sesuatu bentuk. Selain itu ia juga membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka.
2. Kemampuan berfikir
Bermain doh mainan boleh mengasah kemampuan berfikir anak. Latihlah dia untuk memberikan contoh bagaimana bermain dan menciptakan sesuatu dengan menggunakan doh warna warni ini.




3. Meningkatkan keyakinan diri
Permainan doh mainan adalah sejenis permainan tanpa peraturan.Ia membantu mengembangkan kemampuan imaginasi dan kreativiti anak. Dengan bermain doh, ia dapat meningkatkan rasa ingin tahu si kecil, sekaligus mengajarnya tentang menyelesaikan masalah yang berguna untuk meningkatkan keyakinan dirinya.
4. Kemampuan berbahasa
Menguli, membuat bentuk bola, menggelek adalah beberapa patah perkataan yang akan kerap keluar dari mulut si kecil semasa bermain doh. Gunakan perkataan itu untuk menggambarkan kegiatannya semasa bermain, atau jika perlu berilah nama untuk setiap bentuk yang dia buat dari doh tersebut.

5. Kemampuan sosial
Selain bermain dengan papa atau mama, sesekali bagi peluang anak untuk bermain doh dengan kawan-kawannya. Dengan bermain bersama, si kecil berpeluang untuk meningkatkan kemahirannya bersosial dengan kawan-kawan. Kanak-kanak pada asasnya hanya memikirkan tentang dirinya sahaja, tetapi bila biasa buat aktiviti bermain dengan kawan-kawan, dia akan belajar bahawa bermain bersama-sama lebih menyeronokkan.

Hamburger kakak yang dah menjadi..Tak taulah jadi apa sebenarnya..Umi ikutkan je cara dia nak bermain.Cuma umi ajar macam mana nak guna je..Tapi mulut dia je yang lebih dari buat burger tu.


5 comments:

  1. alahh dear gambar u tak keluar la

    ReplyDelete
  2. nak belikan untuk firash juge lah camni...nice sharing kakak :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. betul tu banyak kebaikan bermain playdoh ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. nanti ummi dah blh try buat homemade play dough hehehe

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81