Resepi mee kari simple

Wednesday, May 31, 2017

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺ Salam ramadhan ke 5..Dah pun 5 hari kan..Tak terasa berpuasa..Nanti tup-tup nak raya je dah.Apa menu korang hari ni.Dah ada idea nak memasak ke belum.
Kalau belum korang boleh tengok entry Menu buka puasa yang simple ni,mana tau kan korang sedang mencari menu simple untuk buka puasa.Kat entry ni lebih dari 10 lebih menu yang simple untuk korang buat.

Tapi untuk entry ni,aku nak share dengan korang resepi simple mee kari yang tak banyak makan masa dan tak leceh untuk membuatnya.Itupun husband request nak makan mee je untuk berbuka,so jadilah Mee kari simple ni

Resepi mee kari simple
Mee Kari simple 
Bahan-bahannya

Bahan blend
bawang putih
bawang merah
cili kering
halia 
belacan
Santan

Resepi mee kari simple

3 keping tahu(digoreng)
3 keping Fishcakes(digoreng,kalau taknak goreng pun takpe)
** boleh tambah fishball
beberapa potong ayam yang dipotong kecil-kecil
sawi
taugeh
mee kuning
serbuk kari
Daun sup
cili
limau sambal
minyak untuk menumis
Garam/gula

Cara membuatnya
Panaskan minyak dan  tumis bahan yang di blend tu.Biarkan sampai naik bau.Kemudian masukkan  serbuk kari dan ayam.Biarkan seketika supaya ianya sebati.Kemudian masukkan santan dan kacau rata.Boleh la perasakan garam dan gula.

** Untuk tauhu , fishball yang korang dah goreng tu boleh korang masukkan semasa korang nak makan.Masukkan sekali sawi dan juga taugeh.

**sebagai hiasan tu korang boleh masukkan pada mangkuk hidangan ok.Dah nak makan barulah korang letak.

Simple jekan mee kari ni.Tak perlu banyak masa nak membuatnya.






You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. sedapnya kak..suka makan mi kari lgi letak kerang..perghh
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. Nyumm nyummm.. Puasa2 ni kene kuat sikit mata ni tgk gambar makanan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnye, mee kari simple pn boleh buatkan org yg tengok ni kruk krak perut..hehe

    ReplyDelete
  4. suka mee kari yg ada kerang, tp kerang mahal skrg ni.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"