Sate Tuna-Menu terbaru dan pulangan Modal terbesar kepada Usahaean

Friday, May 12, 2017

Assalamualaikum
Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Šni aku nak tanya,ada tak kat sini yang minat makan sate.Selalunya korang hanya jumpa sate ayam,daging,rusa dan seantero dengannya kan.
Pernah tak korang dengar pasal Sate Tuna..
Sate Tuna,produk makanan terbaru pencinta Sate

Meh aku cerita serba sedikit tentang Sate Tuna ni
Sate Tuna dihasilkan seratus peratus daripada ikan Tuna Sirip Kuning(Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega3.Kandungan vitamin yang tinggi(42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan.
Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ikan ini,sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat.Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan Tuna.

Di Ampang satu menu terbaru ini diperkenalkan sekaligus memberikan pulangan besar melebihi RM5,000 sebulan kepada usahawan tempatan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Ceek,Sate Tuna merupakan porduk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu,merupakan satu produk galakan promosi haislan Tuna,bersesuaian dengan industri penangkapan  tuna yang sesang berkembang di Negara ini.
 

Turut hadir, Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan dan Zulkarnain Abdullah, Pengurus Besar Satay Station Sdn. Bhd.

Tambah Shabery, sebagai permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

Kerjasama dengan Satay Station adalah satu langkah strategik antara kedua-dua pihak kerana rantai kerjasama ini adalah saling melengkapi dan saling menguntungkan kedua-dua pihak, jelas beliau.

Mengulas mengenai pelancaran sate tuna ini, Shabery menjelaskan bahawa pihaknya akan terus giat melahirkan usahawan Francais Sate Tuna untuk meluaskan lagi promosi dan pasaran sate tuna di seluruh Negara. Ini merupakan satu langkah ke hadapan, bagi menampung keperluan permintaan pada masa akan datang bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang maju.

Ternyata, peluang perniagaan baru sebegini perlu direbut oleh para pengusaha kerana pasarannya masih luas,” kata Ahmad Shabery.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan.



Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel​: 03 – 8870 4234
No. Faks​: 03 – 8881 0343
Email​: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my

You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. Terima kasih sebab recommend. InsyaAllah nanti boleh cuba. Sate Tuna, menarik!

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"