6 perkara bila anak kena cirit birit

Tuesday, June 20, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺sedikit rasa legalah bila tengok anak yang tak sihat,yang asyik dok merengek,kembali cergas dengan aktiviti yang dilakukannya.Kalau korang baca entry aku di Naura warded dan entry Naura Discharged tempohari,pasti korang tahu apa berlaku kepada Naura
6 perkara bila anak kena cirit birit

Ye..Naura kena cirit birit.Tak semena-mena je kena cirit birit.AKu pun tak tau macam mana boleh kena,nak kata dia makan benda yang tak elok,tak taulah pulak bila.Start dari petang isnin lagi Babysitter bagitahu dia taknak makan,susu taknak dan kerap berak.So,bila berlanjutan sehingga ke malam,sekali pulak dengan demam,dah risau pulak.Esoknya terus bawa ke klinik.Doktor bagi ubat antibiotik,ubat tahan muntah,ubat berak-berak dan ubat demam.Balik tu terus bagi kat dia.Masa tu pun dia dah tak boleh makan dan minum.Bila makan dan minum,confirm dia muntah.Sampailah berlarutan sehingga malam membawa ke pagi.Tukar pampers dah kerap sangat.Umi dia pun dah tak larat nak bangun basuh berak dia.Sampai mata dah naik cengkung,dah terbaring lesu,Pukul 6 pagi tu jugak ajak husband pergi ke hospital.Sampailah dia warded.Doktor kata dia kena Rotavirus.Korang tahu tak,apa dia punca cirit birit,Dari pembacaan aku di majalah pama,Ada beberapa punca cirit birit ni,meh kita tengok.

Apa punca cirit-birit?

Cirit-birit disebabkan virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sekali sebelum mereka berusia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.
Jangkitan ini akan menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

a. Alergi terhadap sesetengah makanan.

b. Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.

c. Selesema.

d. Pengambilan antibiotik.

e. Keracunan makanan.

f. Kekurangan enzim tertentu.

Apa simptom cirit-birit?

Jika bayi anda mengalami cirit-birit, pantau keadaannya dalam masa 24 jam. Jika serangan cirit-birit tidak serius, ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit-birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari, segeralah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Antara tanda-tanda anak mengalami penyahhidratan adalah:

* kulit atau bibir kering.

* letih dan lesu.

* ubun-ubun mengecut (bayi bawah setahun).

* menangis tanpa air mata.

* kaki dan tangan pucat.

* air kencing berwarna kuning pekat.

* kurang kencing berbanding biasa.

Apa yang perlu dilakukan?

1. Pastikan banyak minum air

Jika bayi anda berusia bawah enam bulan, teruskan memberinya susu ibu. Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.  Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal, pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternyahhidrat.

2. Beri air garam rehidrasi

Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) kepada bayi berusia enam bulan ke atas. Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3. Jangan minum jus buah

Jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

4. Jangan beri ubat cirit-birit

Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5. Jangan hantar ke taska/pengasuh

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain, jangan letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6. Jangan berenang!

Jika anak anda biasa berenang, seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

6 perkara bila anak kena cirit birit

Untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan cirit-birit, pastikan anda sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah berpindah daripada tangan ke mulut. Oleh itu pastikan anda mencuci tangan bersih-bersih selepas menggunakan tandas dan selepas menukar lampin bayi.

Itulah dia tips dan info pasal cirit birit yang parents kena ambil tahu.Di Hospital,doktor bagi dia air garam kerana ia membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit birit.

Lepas ni,umi lebih berhati-hati dalam memberikan dia makanan dari luar,biasalah di bulan ramadhan ni,banyak makanan yang dibeli diluar yang kita sendiri tak tau cara hidangan dia macam mana kan.


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. Naura kena rota virus...Allahuakbar! Moga anak comel ni segera sembuh...dgr kata ada vaksin untuk rota virus.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"