Thursday, June 08, 2017

# lazada # online shopping

Baju baru untuk Oppo F1 Plus

Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺ Dah pun bertukar baju.sejak aku beli Oppo F1 Plus ni,tak pernah lagi pakaikan dia baju baru yang cantik-cantik.Tulah pakai yang transparent biasa ni..Oh ya..sebenarnya aku dah tukar phone dari samsung ke Oppo.Macam berminat pulak nak pakai Oppo.Husband dah banyak kali tanye masa aku nak beli Oppo ni..Dia macam was-was aku nak beli brand lain selain samsung.

Aku beli sebab hp tu dah rosak,alah...rosak screen je,boleh je kalau nak betulkan,tapi disebabkan ada orang nak belanja,why not lah kan,beli yang besar sikit.Yang boleh ambil gambar dengan cantik..Oklah tu kan.Ikut hati aku nak beli camera je,tapi fikir,payah pulak kan nak bawa ke sana-sini.kalau beli handphone,bawak tu je,nak masukkan gambar terus ke IG dan Facebook pun senang je.Masa tu Oppo F1 Plus tengah offer.Harga Oppo F1 plus masa aku beli dalam RM1300 je.Tu yang beli tu.Alah...tak buat pun entry masa aku beli tu,ehehehe..Nanti aku buat entry review pasal Oppo ni eh.

Bila dah tukar baju,barulah nampak pompuan sikit,hahaha...Walaupun body dah warna pink,tapi aku tetap cari casing warna pink jugak,i dengan pink memang  tak boleh nak dipisahkan...hehehehe

Beli kat mana? Of courselah Lazada Malaysia.Kat mana lagi kan.Tempat tu jelah yang paling aku suka masuk walaupun aku tak beli banyak mana pun.

casing oppo f1 plus murah
wah inilah baju baru untuk Oppo aku ni

Actually casing ni untuk Oppo R9 tau,tapi disebabkan takde untuk Oppo F1 plus,so aku ambil casing R9.Size sama je.Tapi kalau korang beli R9 plus besar sikit.kena pandai cari size yang sama lah.
Nampak tak lubang camera dia tu,kalau ikut Oppo F1 plus.camera dia kebawah,Tapi R9 lubang dia kekanan..Adalah sikit pelik kat situ,tapi takpelah..Kat Lazada je yang murah sikit.Kalau nak dibandingkan dekat IG,harga dia pun sampai Rm40.So beli kat Lazada sangat jimat ok.

Klik : LINK

Kotlah korang berminat,boleh lah klik link atas tu,ada warna hitam dan juga pink.Sebenarnya ada banyak lagi pattern,tapi aku memang berkenan kat ni.Nak tengok banyak lagi tekan link atas ye.




2 comments:



Follow Us @aida_yusof81