Friday, June 23, 2017

Hari terakhir kerja sebelum bercuti raya

Assalamualaikum

Hai korang ☺☺ ada ke yang masih bekerja...Or ada yang dah pun sampai ke kampung?Aku pasti hari ni je pun dah jammed di highway dan jalan kan.Maklumlah,kalau Johor,budak dah start cuti sekolah hari ini.Semalam last day diorang sekolah.Hari ni ramai lah parents yang ambil cuti kan.

balik kampung
source : google

Aku masih bekerja hari ni.Walaupun husband dah start cuti,tapi wife dia masih bekerja.Ikut hati memang nak ambil cuti hari ni,Tapi memandangkan company bakal shutdown selama seminggu,so tak jadilah nak ambil cuti.Yelah..kalau aku cuti hari ni,dah banyak hari pulak kena potong gaji kan.So bertabahlah hari ni bekerja.Cuti banyak nanti kang,banyak pulak kena potong.Ini pun dah 3 hari bakal di potong.

So,bertahanlah hari ni bekerja.,Insyallah,kalau takde apa aral melintang patah,balik kerja ni terus off to Melaka.Baju semua dah siap packing semalam,dah letak dekat tepi dah,balik kerja ni,ambil anak,mandi sementara husband boleh siapkan barang masuk dalam kereta,check itu ini.Baru lah balik.Plan sebenarnya nak balik lepas berbuka,tapi bila difikirkan,kalau perut tu dah penuh bagai nak rak,mesti dah rasa malas nak drive kan.

At least bila gerak awal,boleh berbuka kat mana-mana nanti.Standby makanan dalam kereta je.Selalunya lah kan,bila turn raya Melaka,kami akan beraya di rumah sendiri dulu,Masak-masak dirumah bersama keluarga abang ipar.Hari pertama,kami akan ke kubur arwah abah mertua,jejak rumah mak aku,Hari raya kedua baru balik Melaka.Tapi tahun ni,ada kelainan sedikitlah sebab kami akan berkumpul sebelum raya di Melaka.Actually kat kampung tu tinggal kakak ipar je kat sana.Mil memang duduk dengan aku,so takde istilah beraya rumah mertua...hehehe..Cuma kat Melaka tu,kaum kerabat ramai dan dekat.

Harapnya perjalanan kami petang ni berjalan lancar,Seriau pulak kalau dengar jammed sana sini.Kang pukul berapa pulak nak sampai.Memang orang kata tak jauh Melaka tu,tapi bila dah jammed,rasalah kejauhannya kan..hehehehe...

Korang pulak beraya mana tahun ni.Persiapan macam mana,alhamdulillah lah...semua dah ready..tunggu nak raya jelah ni.

2 comments:

  1. Siqah pun masih kerja lagi hari ni. Siqah beraya di Subang je. So tak ke mana2. Hee. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan have a safe journey =)

    ReplyDelete