Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily Lens untuk mata yang menawan

Wednesday, June 07, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Siapa diantara korang yang suka memakai contact lens.Dan kenapa korang memakai contact lens.Pada akulah kan,aku memakai contact lens bagi menggantikan cermin mata jika aku tak memakainya.Selalunya aku pakai contact lens bila aku malas nak pakai cermin mata.Maklumlah kan aku ni rabun.Dan satunya sebab aku memilih untuk memakai contact lens yang berwarna ni adalah untuk menampakkan mata sedikit besar.Mata aku ni jenis kecil je,dengan menggunakan contact lens yang berwarna ni,nampaklah sikit keayuan di mata...hehehehe..

Bukan senang kita nak cari contact lens yang kita suka.Ia bukan sahaja dari segi warna,tapi dari segi keselesaan.Dan aku jarang menggunakan contact lens dari lain-lain jenama.Tapi bila ada kawan yang suggest aku untuk try satu jenama kanta lekap ni,aku terus jatuh cinta untuk memakainya tau.

Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond daily lens ini adalah keluaran  Bausch + Lomb Lacelle.Contact lens dari Baush ini mempunyai rekod keselamatan yang diiktiraf di peringkat global dan berinovasi canggih.Bausch + Lomb Siri Lacelle Diamond dan Lacelle Jewel adalah pilihan yang sangat tepat untuk memakai kanta lekap bagi fashionista.


bausch lomb


Tentang Bausch + Lomb
Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pem-bedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Renu® dan banyak lagi.

Ok,jom aku perkenalkan dua produk ini iaitu Lacelle Jewel dan Lacelle Diamond Daily 

lacelle

Bausch + Lomb Siri Lacelle Diamond
Bausch + Lomb Siri Lacelle Diamond ini memberikan sentuhan ajaib yang mempesonakan mata dengan kilauan seperti berlian dan menyediakan kemudahan serta kebersihan dengan memakai kanta lekap buang harian ini.Dengan ukuran iris 14.2mm ini akan membuatkan si pemakai kelihatan seperti mempunyai mata yang cantik tanpa menggunakan mekap.
Lacelle Diamond Daily mempunyai 3 warna iaitu
  • Aqua Glacier
  • Champagne Brown
  • Pink Rose
lacelle jewel


Cik puan blog memakai Bausch + Lomb Siri Lacelle Diamond
Nampaklah sikit mata tu besar..

lacelle jewel
Aku suka dengan warna ni sebab warna tak begitu nampak terang sangat,jadi sesuailah dengan kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.

lacelle jewel

Dalam satu kotak mengandungi 5 pasang kanta lekap untuk penggunaan harian.



Bausch + Lomb Lacelle Jewel 
Bausch + Lomb Lacelle Jewel merupakan kanta lekap berwarna pakai buang bulanan yang mempunyai corak permata unik. Reka bentuk kanta lekap ini sangat nipis dengan ketebalan 0.078mm dan kandungan air 38% dapat memberi  keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, bahan polymacon dapat mengurangkan penyerapan protein untuk kebersihan dan memudahkan untuk memakai kanta lekap ini.
 Lacelle Jewel boleh didapati dalam tujuh warna iaitu 
  • Melanite Black
  • Topaz Brwon
  • Crsytal grey
  • Amber Brown
  • Amethyst Violet
  • Sapphire Blue
  • Peridot Green
 Ok,sedikit tips dari Bausch Lamb Lacelle ni untuk pemakaian lens dan baju..meh tengok kat bawah ni

-Jika korang memakai pakaian Casual Look lens yang sangat sesuai digayakan adalah Lacelle jewel Amethyst Violet.Dan Make up korang mestilah ada warna-warna seperti Mocha Brown eye Shadow dan di padankan dengan Peach blusher serta Lisptick berwarna brown

-Jika korang memakai Pakaian Formal Look,korang boleh guna lens Lacelle Jewel Amber Brown dan untuk make up boleh kenakan Dark blue and light pink eye shadow.Untuk Blusher korang boleh pilih Dark pink dan warna peach untuk lisptick.

-Jika korang memakai pakaian Elegant Look,contact lens yang sesuai dipakai adalah Lacelle Diamond Aqua Glacier  dan Make up look pulak korang boleh pilih Green eye shadow,warm blusher dan dark pink lisptick



lacelle diamond

Cik puan Blog memakai kanta lekap Melanite Black,Walaupun kanta lekap ni berwarna hitam,tapi ia menampakkan mata sedikit besar dari biasa. Barulah boleh nyanyi lagu rihanna
Shines bright like a diamond...uuuyehhh...hahah


So barulah nampak cantik je bila bergambar kan,tak pakai make up tebal-tebal pun takpe,janji mata nampak cantik...hehehehe..

Aku dah tersuka dengan produk Bausch + Lomb .Lepas ni bolehlah beli warna lain pulak.

And Of course aku menggunakan Solution Jenama Re-Nu ni dari dulu lagi tau.Sedikit Tips untuk memakai contact lens ni untuk yang baru sahaja ingin menggunakan kanta lekap  ni
  • Guna kanta lekap sebelum korang make up
  • Sangat penting menggunakan kanta lekap yang selamat dan diiktiraf oleh FDA seperti jenama Bausch Lomb ni
  • Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap
  • Pastikan korang menggunakan Solution yang bagus dan simpan di tempat yang bersih dan selamat.



Harga

Siri Bausch + Lomb Lacelle Jewel dijual dengan harga RM68 sekotak untuk 2 keping.

Siri Bausch + Lomb Lacelle Diamond Daily dijual dengan harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping.

Kedua-dua siri Lacelle ini boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok website: 












You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. Dah lama tak pakai lens..cam teringin la pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..boleh la pakai lens dari bausch lomb ni..memang selesa

      Delete
  2. Lama berjaman dah tak pakai CL ni.. Time bujang jerk rajin pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eda pun ikut mood,kalau malas,pakai spec jelah...

      Delete
  3. Replies
    1. kan..nampak mata kita besar sikit dari biasa.

      Delete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"