Thursday, June 01, 2017

# reward

Reward untuk diri sendiri sempena nak raya

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Dah shopping raya ke? belum eh...takpe ada masa lagi nak buat persiapan.Macam aku ni,ada lagi yang tak complete.walaupun boleh dikatakan baju anak-anak dah 90% siap,tapi baju umi dengan babah belum complete lagi.

Kalau dah ada baju,mestilah nak kasut dan beg kan..So far,umi tak berkira sangat kalau takde bag.Tapi wajib ada kasut.Kasut tu pun sebab umi nak bawak pi kerja jugak.Pilihan kasut korang ?

Actually kalau cerita pasal kasut ni,aku tak kisah sangat bab jenama,janji murah,berpatutan kenalah dengan budget kita.Takdelah nak beli kasut mahal-mahal sangat.Mana yang aku mampu aku belilah..

Kasut high heels? Lama dah aku tinggalkan sejak kaki aku patah dulu..Eh..aku ada tulis entry pasal kaki patah dulu.,..Kalau korang rajin nak baca,silakan




Bila cerita pasal kaki patah,dalam bulan ramadhan jugaklah kes tu berlaku..adoooii..sedih...sob..sob...Nak cerita pun dah malas...so korang bacalah entry aku ni eh.And sejak tu,aku memang tak boleh nak pakai heels.Lebih selesa pakai kasut yang rata tu je.Banyak-banyak jenama kasut yang aku lebih suka untuk memakai kasut jenama Crocodiles ni.Bukan apa,selain harga berpatutan,ia sangat lembut dan ringan untuk aku pakai.Dah 4 tahun jugak aku pakai jenama ni.Memang kalau setiap kali nak beli kasut,aku akan pilih jenama ni.Banyak pilihan,pattern dan harga yang sesuai.

Masa pergi shopping dengan maklong dan cik fatin,dapatlah aku survey kasut-kasut yang ada kat situ..And of course jenama Crocodile tulah...Aku ada ceritakan di entry dating dengan kakak awfiyah


Reward sikit untuk diri sendiri apa salahnya.bukan selalu pun kan dapat beli kasut ni.Ni pun tak taulah bila dapat beli kasut lagi.Selalunya kalau kasut ni,aku tak beli banyak.Cukup untuk keperluan sahaja.Sebab kalau pi kerja aku lebih suka pakai crocs je..hahaha...kesian kan..Eh..tak perlu kesian sebab itu je yang rasa sedap bila pakai.Bila dalam opis,aku pakai selipar jugak.Biasalah,company aku ni takdelah besar mana,so takde etika berpakaian pun..Janji ko tak telanjang sudah la...


Macam mak-mak kan..hahaha...tapi saya memang mak pun...hahaha...tak kisah.janji selesa bila pakai.Tak sakit kaki.Sebab aku ada masalah bila banyak berjalan,kaki akan sakit.So kena bijak memilih kasut yang sesuai.Salah kasut,mau meraung bila berjalan jauh...


Emmm....sayang nak guna,simpan untuk pakai raya nanti.Tapi selalunya tak sempat raya umi dah pakai..hahaha...



3 comments:

  1. cantik warnanya tu.. dah agak lama juga tak reward tuk diri sendiri ni. musim-musim raya nanti mesti lagi sibuk

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eda...dah siap persiapan raya yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81