Rindu zaman kecil-kecil dulu tak?

Friday, June 02, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Kalau throwback balik kan masa kecil-kecil dulu memang indah kan.Lagi pulak zaman-zaman kita dulu.Main tanah tu dah biasa dah.Panjat-panjat pokok tu pun dah kira biasa dah.Takat tengok lembu,kambing pun dah biasa.

Tapi bila budak sekarang ni.siput babi pun panggil lembu..Adooii..Nak tergelak pun ada.And zaman aku dan seangkatan dengannya lah yang paling adventure bila dapat mandi paya belakang rumah,Mandi sungai..Takat mandi laut or kolam budak-budak sekarang ni tak rare sangat.

Mana ada zaman sekarang yang main pondok belakang rumah,siap pakai api..Ambil daun-daun buat masak.Apa lagi..Buat cekodok kat belakang rumah..uih...semua tu dah takde kat zaman sekarang ni.Cepatnya perubahan tu kan.Main belon acah,teng-teng,apa lagi...ceper,congkak.lompat tikam..eh..lompat tikam tu kuih..hahaha..zero point,main kawen-kawen..adoiii..bila teringat macam nak gelak guling-guling je

Image result for tak semua yang kita nak kita dapat
Bila jumpa ayat ni,terus aku buat entry ni.Yelah...dulu masa kecik-kecik,bila ada perselisihan faham je,atau berebut something,mesti akan cakap tak nak kawan,lepas tu duduk kat belakang pokok sampai orang panggil kita balik.."awk..kita minta maaf tau"..hehehe...

betul tak..betul tak..Tapi semua tu tinggal kenangan..Anak-anak kita tak dapat nak merasa zaman tu.Zaman yang jauh ketinggalan oleh zaman era teknologi canggih yang semakin lama,anak dah macam robot.haishhh..semualah.

Bila dah semakin berumur ni,ingatan terhadap apa yang kita lalui masa kecil dulu menjadi satu kenangan manis yang takkan dilupa sampai bila-bila even kenagan yang pahit tu,akan menjadi manis bila dikenang kan.

Mana agaknya kawan-kawan sepermainan dulu kan.Bila jumpa dengan mereka,mesti akan ungkit kenangan lama,ungkit tu bahagia rasa..gelak sama-sama...Moga kawan-kawan lama aku semua tu,bahagia  dan diberikan kesihatan yang baik.entry ni mungkin bebelan oleh faktor usia yang semakin menginjak tua...hahahaha...


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. assalamualaikum eda...mmg akan jadi kenangan yg x dpt dilupakn...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"