Tips didik anak berpuasa

Saturday, June 03, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺alhamdulillah..Ramadhan ke 8 dah kita kan.Bila ada anak yang sudah mula nak berpuasa ni seronok.Tapi dalam keseronokkan tu ada jugaklah yang terpaksa berkeras dengan anak untuk suruh diorang berpuasa.

Walaupun aku masih lagi belum ada anak yang mampu untuk berpuasa,tapi kena ada sedikit ilmu untuk aku belajar supaya nanti bila naura dan awfiyah dah boleh puasa,aku boleh gunakan tips untuk didik anak berpuasa.

Syukur kerana aku mempunyai ramai anak buah yang dah boleh berpuasa.Dan dari situ aku belajar bagaimana nak mengajak mereka untuk berpuasa sama dengan kita.Anak saudara aku,seawal 5 tahun dah diajar berpuasa.Tapi tidaklah penuh sebulan berpuasa.Biasalah anak-anak ni,kalau kita lembut,lembutlah dia.Tak boleh nak suruh untuk terus berpuasa penuh satu hari tu kan..Jom aku share tips untuk didik anak berpuasa

1.Latih sedikit demi sedikit
Untuk permulaan berpuasa,latih anak kita untuk menahan lapar untuk separuh hari iaitu sehingga jam 1 petang,begitu juga hari kedua dan ketiga,bila masuk hari keempat,dan seterusnya,cuba latih untuk ke petang.Pujuk mereka untuk berpuasa satu hari.Insyallah,mereka akan biasa nanti.

2.Manfaatkan masa.
Selitkan juga cerita tentang kisah rasulullah di bulan ramadhan.COntohnya kisah mengenai Rasulullah dan para sahabat berperang di bulan puasa.Sekali sekala tu,selitkan lah juga pengalaman kita berpuasa masa kita kecil-kecil dulu.Buat aktiviti yang menarik minat anak supaya tidak merengek untuk minta makanan.

3.Ubah suasana rumah
Suasana yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak-anak.Misalnya dengan mengubah suasana di dalam rumah,mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjemaah dan tadarus Al-Quran.Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar-gambar islamik.

4.Sediakan menu kegemaran mereka dan makanan seimbang.
Sepanjang bulan puasa,ibu bapa perlu menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang berpuasa.Juga boleh mulakan terlebih dahulu sebelum bulan puasa dengan melatih habit dari 3 kali sehari menjadi 2 kali sahaja.Bila dilihat dari habit kebiasaan makan.berpuasa sebetulnya hanya memindahkan ja,.atau mengulangi satu kali waktu makan saja.Bila biasanya makan 3 kali sehari.menjadi 2 kali iaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.Cara ini juga dapat membuatkan suasana sahur menyenangkan bagi anak-anak sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam.Biarkan anak-anak makan di akhir waktu sahur

5.Beri penghargaan.
Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari,berilah jadiah,tak semestinya dalam bentuk wang,ibu bapa juga boleh beri penghargaan dengan membawa mereka ke bazar untuk membeli makanan yang mereka sukai.

6.Melatih anak niat berpuasa
Kalau boleh amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam.Dengan cara ini anak akan lebih seronok

7.Kurangkan menonton tv disiang hari
Ini kerana iklan di tv banyak menyiarkan iklan-iklan makanan.Macam mana kalau iklan yang ditayangkan adalah makana kegemaran mereka.Haruslah tergugat iman..hehehe.

8.Jangan biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain.
Sememangnya apabila mereka bermain akan membuatkan mereka leka dan tak eprasan masa berlalu tetapi bila dah penat,mereka akan minta makanan.Sebab tu nak kena pantau aktiviti mereka.Jika mereka bersekolah,takde masalah sangat kan.

9.Sediakan makanan atau minuman yang mengandungi nutrisi seimbang
Ini bagi mengekalkan tenaga harian mereka untuk menjalani aktiviti harian.
Dari pengalaman aku ,susu yang di blend dengan kurma mampu memberikan tenaga untuk anak-anak yang berpuasa,so masa sahur,sediakan untuk mereka.

10.Elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam,bersantan atau pedas.
Untuk mengelakkan perut mereka meragam dan tidak selesa,avoid makanan-makanan seperti itu.



Itu sahajalah tips yang aku dapat aku kongsi hasil dari pembacaan aku.Mungkin korang ada tips yang lebih baik untuk dikongsikan bersama...

You Might Also Like

3 Orang Komen

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"