Friday, June 09, 2017

# Tips

Tips memilih warna baju mengikut bentuk badan

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Ada ke yang dah beli baju raya?Yang dah siap untuk raya pun dah ada kan.wah...pantas betullah korang kan.Tapi bagi aku bagus kalau nak buat persiapan raya awal ni,bukan apa,nanti taklah kelam kabut nak membeli belah saat-saat akhir kan.

Apa tema baju hari raya korang tahun ni.Untuk tahun ni tema raya kami Emerald green..Tetiba nampak cantik pulak kan warna tu.Tahun ni baju sedondon kami hanya baju kurung je.Kalau tahun lepas aku dan anak-anak pakai jubah,tapi tahun ni nak pakai baju kurung pada raya pertama.Raya kedua barulah berjubah.Kalau nak mencari baju ni memang agak payah sikit kan.Kadang-kadang ada pattern baju yang tak sesuai dengan kita,tapi yang tu lah nampak cantik di mata.Nak memilih baju pun,kena hati-hati jugak tau.Bukan nampak cantik,terus nak membeli,Bila dah pakai,mulalah itu tak kena,ini tak kena.Semuanya tak kena walhal dah nampak cantik masa membeli.

Sebenarnya nak memilih warna baju yang sesuai dengan kita ada caranya tau.Dari pembacaan aku,nak memilih warna baju,kena tengok bentuk badan kita jugak,bukan main beli je.Sebab bentuk badan mempengaruhi warna pakaian tau..Dari pembacaan aku di blog haleema.com,beberapa tips memilih warna baju mengikut bentuk badan.Meh aku share di bawah ni.

Badan gempal dan tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
 
Badan kurus dan rendah

Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

Badan kurus dan tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu 

Tips memilih warna baju mengikut bentuk badan
source : google

(a) Bentuk Badan Buah Pear

Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

Tips untuk bentuk badan buah pear :
1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.

3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.

4. Cari aksesoris yang boleh dipakai di leher sehingga dapat mengimbangi area pinggul dan paha. Hindari memakai pakaian yang ketat. 

(b) Bentuk Tubuh Epal                                                             
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

2.Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi. 

5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.

6. Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.
Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.


(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.

2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

(d)  Bentuk Jam pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggan

Tips untuk tubuh jam pasir :

 1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian. 

2. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping. 

Hah..macam tulah kalau nak memilih pakaian dari segi pattern dan warna.So,lepas ni korang dah pandai nak beli baju ikut bentuk badan korang.Selamat bershopping.

4 comments:

  1. nampaknya kena pilih yg gelap2 utk raya nanti

    ReplyDelete
  2. haaaa kena betul-betul pilih gaya baju, salah pilih memang nampak pelik di pagi raya nanti hehe

    ReplyDelete
  3. adui..fail betul bab2 bentuk badan ni

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eda...kenalah pandai2 memilih lepas ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81