Monday, July 31, 2017

Jawatan kosong di LHDN

Monday, July 31, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Hai korang😊😊 emmm..kalau ada sesiapa yang mencari jawatan kosong terkini 2017, bolehlah mencuba ye.Aku share jawatan kosong ni dari group whatssap.

JAWATAN KOSONG Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - 200 Kekosongan
2. Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41 - 10 Kekosongan
3. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 - 10 Kekosongan 
4. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 - 06 Kekosongan 
5. Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41 - 01 Kekosongan 
6. Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41 - 05 Kekosongan

Tarikh tutup: 2 Ogos 2017

Maklumat lanjut >>
http://www.iklanjawatankosong.org/career-in-lembaga-hasil-dalam-negeri-malaysia/

P/S: Tolong klik "Share" , sebarkan dan 'tag' kawan2 yang lain.
Sama-sama share dan kongsi
Bantu mereka yang tengah mencari kerja
hari ni mungkin rezeki orang lain.
Mana tahu esok rezeki kita & lebih baik dari yang lain.


Moga rezeki berpihak kepada korang nanti


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Washing machine cleaner berkesan dan melindungi keluarga dari bakteria

Monday, July 31, 2017 11 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Siapa kat sini yang tak pernah cuci mesin basuh? cer angkat tangan...Sepanjang aku menggunakan mesin basuh,aku rasa baru 3-4 kali je kot aku bersihkan.Selalunya aku akan bersihkan di bahagian luaran sahaja,tapi takdelah dalamannya.Kalau dalaman tu takat simbah-simbah air je.
Tapi...tahu tak korang bahawa mesin basuh boleh menjadi kotor seperti tandas korang tau?Kajian menunjukkan bahawa bakteria dan kotoran boleh dbina di belakang drum mesih basuh selepas penggunaannya selama sebulan..Serpihan dari pakaian kotoran yang korang cuci hari-hari tu terkumpul di belakang dram di mana cetakan dan bakteria lain boleh tumbuh dan tersebar dengan cepat.Mikroorganisma dari pakaian korang terutamanya seluar dan stokin korang penyumbang kepada bakteria tersebut.
Kotoran di mesin basuh yang belum dibersihkan dan selepas dibersihkan.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pembentukan kotoran dan bakteria di mesin basuh anda. Ingatlah beberapa peraturan mudah ini.
1. Gunakan detergen berkualiti
2. Ambil pakaian anda dari mesin basuh sebaik sahaja ia selesai
3. Kurangkan penggunaan pelembut kain
4. Jangan membebankan mesin basuh anda
5. Pastikan kawasan pencucian mempunyai pengudaraan yang baik
6. Basuh mesin basuh anda dengan kerap
Kalau tengok kotoran sebelum di bersihkan,sudah tentunya terdapat banyak bakteria yang melekat di dalamnya.

Terdapat beberapa sebab mengapa mesin basuh boleh membina kotoran berlebihan

  • Penggunaan pelembut fabrik yang kerap.
  • Sambungan ke tangki luar.
  • Penggunaaan mesih lebih tinggi daripada purata(contohnya keluarga besar,pakaian kerja ahli perniagaan dan lain-lain).
  • Mesin basuh berumur 3 tahun ke atas dan tidak pernah dibersihkan sebelum ini.
Kotoran ini biasanya dikeluarkan melalui proses membuka mesin basuh dan membersihkannya secara manual yang biasanya ditawarkan oleh perkhidmatan luar.Kos untuk membersihkan mesin basuh secara manual ini boleh mencapai rm300 bergantung kepada tahun,buatan,dan juga model mesih basuh berkenaan.

maoboo

Itulah sebabnya mengapa Maoboo Washning Mashing Cleaner oleh Schelly ini adalah alternatif hebat untuk memastikan mesin basuh korang terhindar dari sebarang kekotoran.Maoboo Washing machine cleaner ini merupakan jenama terlaris No.1 di Taiwan.Setiap kotak dilengkapi dengan serbuk kering 3x + 3x AG + Silver Ion.Ia dapat mengeluarkan sehingga 99.9% bakteria.Apa yang penting produk ini memastikan ia bersih untuk keluarga korang.

Maoboo
 serbuk kering 3x + 3x AG + Silver Ion

Maoboo Washing Machine Cleaner ini diuji oleh makmal (SGS lab) untuk memastikan tiada bahan kimia yang berbahaya di gunakan dalam pembuatannya.

Manfaat menggunakan Maoboo Washing machine cleaner

  1. Murah.
  2. Cepat dan mudah.
  3. Tidak perlu memanggil kontraktor luaran.
  4. Satu-satunya jenama pencuci anti-bakteria.
  5. Jenama mesin basuh no.1 Taiwan.

maoboo
Pakej termasuk:
3x Detergent (300g setiap)
Penyelesaian 3x AG + anti bakteria
Maklumat lain:
- Keluarkan kotoran kotoran
- Ujian SGS (Lab)
- Teknologi Silver Ion (POWER CLEANING EXTRA!)
- Menghilangkan bau
- Mencegah acuan

Harga promosi: RM25 !! (NRP: 33.90) + Poslaju RM6!

Cara untuk mendapatkan Maoboo Washing machine cleaner boleh refer link di bawah


https://www.facebook.com/happyshoppermy/











Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Dah Guna Voucher menang contest Motherhood

Monday, July 31, 2017 7 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Lama jugaklah dok peram vaucher yang dapat tempohari.Lagi satu voucher tu valid sampai hujung minggu ni sahaja..So cepat-cepatlah umi dok beleh-belek apa yang best dari motherhood ni.
Oh ya,kalau korang lupa,meh aku ingatkan balik,hari tu aku ada cerita pasal aku menang voucher melalui Menang Mom blogger contest dari motherhood.Kalau rajin korang baca eh entry tu balik.Di situ aku dapat voucher bernilai RM200 tau.So ikutkan hati mak-mak ni,nak je kumpul stock susu dan pampers Naura Auni.Tapi disebabkan tak boleh membeli susu dan pampers menggunakan voucher tu,so kenalah ambil sesuatu yang dirasakan perlu,
Tetiba terfikir untuk membelikan dua barang di bawah ni.Yelah,bila tak boleh nak buat stock,kenalah cari perkara yang berguna untuk dia.Memang satu produk ni akan menjadi kegunaan dia sampai dia dah besar.Mungkin sampai umur dia sehingga 9 hingga 10 tahun.Lama kan.Lepas tu boleh lah umi dia gunakan untuk santai-santai di luar rumah pulak..hehehehe..
Kids Table (1 Chair x 1 Table)
Cumanya dapat satu je kerusi,so jangan terpedaya ok.Kalau nak beli single untuk kerusi sahaja harga dia pun dalam RM64++ la.Tapi oklah kan,boleh lah aku letak kat bilik anak dara tu.At least,kalau dia nak conteng-conteng buku pun,adalah meja khas untuk dia.

Kids Table (1 Chair x 1 Table)

Meja yang sempurna untuk melukis,belajar,membaca,makan dan banyaklah aktviti yang boleh di buat di atas meja ni.

Saiz meja ini adalah 630mm(L) 630mm(width) 485mm(H)
Kerusi pula adalah 280mm(L) 280mm(W) x 520mm(H)

Meja  ini diperbuat dari kayu getah pepejal.Baguslah kan bila dah ada satu macam ni kat rumah.


Sebenarnya kalau ikutkan banyak lagi kemudahan untuk dia beraktviti untuk aku beli,tapi memandangkan voucher ni hanya rm200,so selebihnya aku belikan dia botol susu.

Philips Avent Natural bottle 290ml


Emm...itu jelah yang aku dapat beli untuk dak naura tu.Oh ye..kalau korang sedang mencari barang-barang baby yang murah,kat motherhood ada sales tau..Korang bolehlah survey apa yang korang nak beli tu di sini >>>>> Motherhood <<<<<<<<








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

How Much Should You Be Spending On Rent

Monday, July 31, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Interested in buying yourself a property in Singapore but could not afford it yet? Therefore the only choice you are left with is to rent a room in Singapore. However, with living expenses being so high in Singapore, you try to minimize all costs as much as possible and comparing prices in order to score a cheaper deal. Being a room tenant in Singapore, you caught yourself asking these questions so frequently “am I paying more than I should for my rental?” or “how much should I be spending on my rental in Singapore?”. Read further to figure out if you are paying the right amount on your rental in Singapore and know how much you should be spending on renting in Singapore. 

Bear in mind that condominium rental is normally much higher than renting a room in a  HDB flat in Singapore. In addition, location affects the rental prices as well. For example, the rental cost of condominiums in the Core Central Area and Sentosa is approximately $5,000 to $7,00 a month, whereas the rental cost for condominiums outside the Central Region is slightly cheaper, at approximately $2,100 to $2,600 a month. As for the rest of the Central Region, rental cost for condominium is priced at approximately $3,500 to $3,900 per month. In addition, rental costs for units nearer to a hub area, amenities, education institutions or MRT stations may go up to twice the rental prices that you typically see. 

If renting a condominium is more than what you can afford, you can always opt for renting a room in a HDB flat as it will be cheaper and more affordable than renting a condominium unit. Owners of a 3-room flat in Singapore will normally have individual room for rent, and can be pretty affordable, at approximately $600 to $1,200, depends on the location of the HDB flats. However, renting a whole unit of HDB flat might cost the same as renting a condominium unit in the region outside the central. Whereas for HDB flats in the central or prime areas, the rental for a unit of HDB flat can go up to approximately $3,000 a month.
There are some guidelines and considerations for you to calculate on how much you should be spending on renting a room in Singapore. First of all, use the 40% expenses ratio guideline. As a rule of thumb, spend no more than 40% of your monthly income on rental in Singapore as we mentioned above, living expenses in Singapore is not cheap. You will definitely need to have savings and extra to tide you through difficult situations just in case. So a 40% of your income on rental is still sufficient for you to spend on necessities and allow you to have a decent savings. 
Next, you should do your research and check the rental rates of units in the neighbouring area. Do not rush through major decision or you will end up regretting over your actions in the future. Do your homework. Check for the rental of  room for rent in the neighbouring units in Singapore. Check if the development has any other available units with cheaper rental. Or you could speak to the owner of the units and negotiate with. By doing your homework, you might be able to deal a good deal for yourself and not overpay. You certainly do not want to find yourself paying the extra $300 for a unit where the other neighbouring units are paying $300 lesser than you are paying. That extra $300 could be a price for a furniture that you will need for your new room or unit so always be mindful, as most first time home tenants missed out on this crucial step which cost extra money for them.
You could also get a cheaper rental if you opt for longer lease for a room you desire. Always ask if you could get a better and cheaper price if you know you will be renting for at least 2 years. Most owners will be willing to lower the price down to 10% to 15% of the original rental if you were to take a longer lease, as most home owners or landlords are longing to minimise vacancies. 
Lastly, do yourself a favour and go for furniture shopping before looking for a room. Do your research and decide if you want a furnished room for rent in Singapore or an unfurnished room. Do the calculation and see if getting a furnished room or an unfurnished room is cheaper after adding the cost of getting your own furniture. If getting a bed and a rack is more expensive than a furnished room in Singapore, then opt for the furnished room and save on the furniture cost. And vice versa, if getting a table and a bed is cheaper than a furnished room, then go for the unfurnished room and get your own furniture. Afterall, getting a bed, a table or a cupboard will not cost you a lot as they can be found at an affordable price from IKEA for example, or any other furniture shops or second hand furniture shops that you could find. Always remember, do your calculations in advance and work out the costing that you need before deciding or a furnished unit and an unfurnished unit. 
In conclusion, you can be the one to decide on how much you should spend on renting a room or unit in Singapore. Do your research and homework in advance to secure yourself a good deal. 

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Sunday, July 30, 2017

The benefits of Turmeric Milks

Sunday, July 30, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊 i think my readers didn't try to add a turmeric into your daily milk right.and obsulately not tried yet.Did you know by the adding turmeric into your milk,it can giving you benefits when you drink this Turmeric Milk.Let see the benefits of Turmeric Milk

  • Treat Illness related to respiratory system.
  • Natural Aspirin which cures headaches,swelling and pain.
  • Strengthen the spine and joint in the body.
  • Excellwnt blood purifier and cleanser.
  • Fights cough and cold.
  • Help in controlling weight loss.
Wow..I'll think you were regrets right by not adding the turmeric in your milks...so,lets tried..

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Laksa Johor untuk minuman petang.

Sunday, July 30, 2017 5 Comments
Assalamualaikum

Hai korang😊😊..Selamat petang..alahaii dah nak maghrib kan.Baru tiba di rumah.Actually aku berhujung minggu dirumah kampung.Disebabkan husband ada seminar,so aku ambil peluang untuk stay kampung.Takdelah boring sangat.

Sebenarnya masih cerita throwback dua hari lepas.Hari khamis,masa tu aku mc.So bila dah namanya tak sihat,nak masak pun rasa tak larat.Tapi petang tu tekak macam nak makan sesuatu.

Duduk di bandar ni,tak payah nak susah lah kalau ko teringin nak makan ape je.Orang sekarang pandai,dah lah pandai masak,lepas tu buat pulak delivery.Nak harap orang cari keluar memang lambatlah nak masyuknya.

Nasib baik ex-officemate sekarang ada buat delivery.Yelah,bolehlah tampung sedikit sebanyak keperluan rumah kan.Yang sebenarnya ex-officemate aku ni diberhentikan kerja,Bukan sebab prestasi kerjanya,tapi disebabkan company kami tu nak kurangkan kos,maka terpaksalah diberhenti kerja.


Tapi bila dia dah berhentikan kerja,jadi pendapatan keluarga berkurangan,jadi bila dah ada kepakaran memasak,why not kan jual dan buat delivery.Orang lagi suka.Itu hari dia try buat laksa Johor,alhamdulillah,ramai yang pakat order.Dan antara orang yang order itu adalah aku,.Order dalam dua,of course untuk husband sekali.

Nampak pun dah menyelerakan,inikan pulak merasainya.

Emm.kalau korang berdekatan sini,aku memang recommended sangat tau..




Alhamdulillah..kenyang..






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Spicey korean chicken Burger dari mcdonalds.

Sunday, July 30, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊..throwback cerita beberapa hari lepas.Dah lama nak up story ni,tapi asyik tak berkesempatan je.
Hari ni gigih jugak nak update entry.Hari khamis lepas,lepak kat mcdonalds sambil mencuba resepi baru dari mcdonalds.
Actually macam malas nak pergi awal-awal ni sebab takut ramai orang,tapi alhamdulillah,takdelah ramai sangat.
Menu kami pada malam itu semestinya menu terbaru dari mereka.Spicey Korean burger.aku order yang set,and husband order ayam spicy tu.
Ini antara menu yang kami order.extra ice cream sundae strawberry and butterscooth tak silap aku.

Menu untuk aku,lambat sikit sampai.

Not bad jugak rasanya.pedas sikitlah walaupun ko baru letak sikit je sos.Burger ni lain dari burger yabg ada mcd sebab dia bewarna hitam.
Baru 1st time lah kan mcd buat keluaran burger ni.mesti lepas ni ada lagi permintaan pelanggan.

Sambil lepak-lepak,borak-borak dengan husband and cik jaja pada malam tu.Saja invite dia makan-makan malam tu,sebab rumah kami dekat je dengan mcd tu.So takdelah payah sangat nak jumpa.Cik jaja ni ex-officemate umi.Lama tak jumpa dia..

Babah takde dalam gambar ni bukan bermakna dia tak ikut,cuma taknak interframe dalam gambar.Borak-borak dekat pukul 11 jugak berbual.Memandangkan esok masing-masing kerja,tu yang balik awal..
Korang dah cuba..

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Benefits of watermelon

Sunday, July 30, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊Happy sunday.I hope you guys feeling well in this weekend.
Need to share with you guys about the 10 benefits of Watermelon. I am pretty sure you like to eat this fruits.Lets see the benefits.

  1. Highest alkalising fruit
  2. Reduce high blood pressure.
  3. Reduce blood sugar level.
  4. High water contest(92%).
  5. Reduce heart disease risk.
  6. Boosts immune system.
  7. Strengthens bones.
  8. Produces energy.
  9. Cleans kidneys.
  10. Fights cancer.

So this are 10 benefits of watermelon you should now.













Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Saturday, July 29, 2017

Cara elak Nasi menjadi Basi

Saturday, July 29, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Punyalah semangat masak nasi lebih malam tadi,tup-tup esok pagi nak buat nasi goreng,dah basi.Situasi ni selalu jugak terjadi tau.Kadang-kadang masak nasi pagi,malam dah basi.Mesti ada sebab kan kenapa nasi tu boleh jadi basi.Alahai...sayangnya lah kan bila nasi banyak,tapi dah basi.
source :google
Ada jugak terjadi pada aku,kalau aku nak masak nasi goreng,malam terpaksa lah aku panaskan lagi bagi mengelak nasi basi.Sebenarnya ada beberapa tips untuk elak nasi basi.Dari pembacaan aku di majalah keluarga,beberapa tips dikongsikan untuk elak nasi basi.Alahaiii..sebenarnya semua dah ada depan mata,cuma kita perlu praktikkan sahaja.Sebab aku ni suka bawak bekal ke tempat kerja.Sebab tu bila masak untuk malam,aku akan lebihkan masak nasi.Jadi pagi tinggalkan hangatkan je.Meh la kita tengok,apa tips yang aku nak kongsikan ini.

1.Basuh beras hingga bersih

Ada sesetengah orang kata,beras tak boleh basuh banyak kali kerana ditakuti nutrisi di dalam beras akan keluar.Walaubagaimanapun,jika beras hanya di cuci sekali,ia cenderung kepada nasi akan menjadi cepat basi.Apa yang boleh kita lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci lagi buat kali yang seterusnya.

2. Pastikan Periuk di cuci bersih

Apa yang aku tahu,periuk yang ingin digunakan haruslah di cuci dengan bersih tanpa ada tertinggal sisa-sisa yang melekat pada periuk.Jika masih ada kotoran di dalamnya,maka ia akan cepat basi.Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamnya,mungkin terdapat bahagian yang kotor dan karat atau kesa wap nasi.Ini juga boleh menjejaskan fungsi Rice cooker dan kualiti nasi anda.

3.Perah Limau Nipis

Sebelum nasi di masak,di sarankan memerah setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air.Korang tak perlu risau kerana rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah di tambah dengan perahan limau.Malahan,ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
Ini merupakan ilmu baru yang aku pelajari tau dalam memasak nasi..emm....dah umur 30 tahun lebih baru tahu,,hehehe

4.Hilangkan wap nasi selepas di masak

Jika korang lihat nasi sudah di masak ,jangan lupa membuka penutupnya sebaik sahaja butang rice cooker menjadi cook berubah kepada warm.
Nasi hendaklah di kais supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk.Dengan cara ini,nasi tidak akan menjadi lembab.Selain itu,jika korang tak mahu lagi memakan nasi pada waktu itu,pastikan cabut plug rice cooker.

5. Masukkan secubit garam.

Selepas mencuci beras dan menyukat air,masukkan secubit garam ke dalam periuk.Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama,sedap dan kenyal.
Boleh la cuba petua ni,sebab sebelum ni tak tau pun boleh letak garam.Selalunya ketupat je letak garam kan..korang pulak bagaimana?

6.Panaskan periuk nasi atas dapur

Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung,maka nasi pun berulat dan berair...eiiii...memang teruk...Perlu diingat,walaupun dah dicuci banyak kali,mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.Untuk mengatasi masalah seperti itu,ada yang menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur,kemudian nyalakan api.Tindakan ini dapat membunuh kesemua bakteria yang masih tinggal di dalamnya.Jadi masak nasi pun boleh tahan lama.

7.Masak air dalam periuk nasi

Isi air di dalam periuk nasi sehingga penuh,kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih.Boleh masukkan beberapa helai daun pandan agar dapur menjadi wangi.
Menurutnya,proses masak air sehigga mendidih di dalam periuk nasi tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi,memadai sekali sebulan.
Hah..itu jelah tips mudah yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan nasi basi.Haihhh..kalau tahu,dari dulu lagi dah buat kan..Betul lah orang kata,kalau orang-orang dulu masak nasi kenduri,dua tiga hari pun boleh taha n lagi kan.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Friday, July 28, 2017

Lunch di Hj Abu Soto Power

Friday, July 28, 2017 18 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Barulah kan nak up cerita rabu lepas.Actually memang dah lama pun nak ke sana.Lama weh tak pekena Soto nasi Hj Abu ni.
Actually,dah banyak kali jugaklah kan makan kat sana.Dulu aku ada ceritakan tentang lunch kat sana dalam entry Pekena Hj Abu Soto Power.Kalau rajin korang bacalah ye.Kalau korang dah pernah pergi ke kedai ni,pasti korang dapat bezakan di antara soto yang pernah korang makan.Serious ramai yang cakap berbeza.Kalau tengahari ke sana,lambat je,memang lah kena menunggu giliran untuk makan.Makanan pun takde lah mahal sangat.

Tengahari tu aku and officemate makan kat situ.Nampaklah perubahan kedai yang baru ni..mungkin lebih selesa.
Soto Hj Abu Soto Power

Nilah menu kami pada tengahari tu.ada jugak antara officemate aku yang order mee hoon soto.Nak order yang double boleh jugak.Sebab soto ni kalau ikut tekak aku,sikit je..hahaha...Tapi disebabkan aku order tahu,so kenyanglah sikit.

Harga soto tu rm5.00 tak silap aku.Soto ni semua makan dengan sambal special tau.Bukan sambal kicap yang selalu kita dok makan.Macam sambal bakso lah jugak..

Tahu tu pulak harga dia rm4.50,ni  kalau tak silap aku tau..Tapi oklah kan,ramai tau penggemar kedai ni.Kot korang berada di kawasan pasir gudang ni,bolehlah terjah kedai ni.kedai ni terletak di Kampung pasir putih.Berdekatan je dengan kedai seafood.Senang nak mencari.









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Bengkung Moden Mudah Guna dari Lunavie

Friday, July 28, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Sebenarnya kan kalau kita yang nak jaga shape lepas bersalin WAJIB tau pakai bengkung.Korang ingat tak bengkung orang-orang lama..uihh..Mau senak tau perut bila guna..Itu orang katalah...aku takde pengalaman dalam pemakaian bengkung lama ni.
Masa aku lahirkan Naura secara Czer,memang lah tak berkesempatan untuk memakai bengkung lama kan.Tapi bila aku tengok orang yang memakai bengkung lama ni,pemakaian nya sangat teliti dan mengambil masa yang lama untuk belit perut kita tau.Kan bagus kalau ada bengkung yang mudah untuk kita gunakan.
Di zaman serba moden ni,semuanya nak mudah kan,begitulah Lunavie memudahkan ibu-ibu yang dalam pantang menggunakan bengkung moden ni. Bengkung moden ni bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu yang bersalin sahaja,tetapi untuk ibu yang inginkan shape badan yang lebih baik selepas bersalin.
Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal Binder ni bukan sahaja senang untuk digunakan ibu yang melahirkan anak secara normal,ianya sangat sesuai juga untuk ibu yang bersalin secara Czer.Ia boleh menampung perut ibu yang bersalin dengan lebih mudah dan tidak menyakitkan,
lunavie
Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal ini memang di reka khas sesuai untuk digunakan di bahagian abdomen pada bahagian perut.Ia juga membantu mereka mendapatkan shape yang dikehendaki.

Apa yang best bila menggunakan  Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal ini adalah :-
  • Cepat mengurangkan inchi di perut anda.
  • Kurangkan bengkak dan kembung selepas bersalin.
  • Menyokong  penjagaan otot perut dan membantu rahim mengembalikan saiz aslinya.
Produk Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal  ini mempunyai ciri-ciri dalam membentuk kembali body shaping yang berkesan.Ia juga memberikan sokongan perut selepas bersalin bagi ibu-ibu yang bersalin secara Czer.Amat disyorkan dalam kes-kes hernia Perut.Ianya juga boleh dipakai di luar perut.

lunavie
Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal yang sangat mudah untuk digunakan.


Bengkung Moden Mudah Guna dari Lunavie
 Kalau korang nak tahu,produk ini menggunakan Kualiti kain getah  yang boleh dilaraskan.Jadi bila korang guna,ia tidaklah menyeksakan.Fabrik yang digunakan sejuk apabila disentuh dan mempunyai fabrik bernafas yang mengurangkan peluh dan bau badan .

Bengkung Moden Mudah Guna dari Lunavie
 Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal ini mempunyai velcro yang boleh di laraskan dengan rekabentuk satu lagi kain yang fleksibel mengikut kehendak pengguna.


Alangkah mudahnya menggunakan Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal,dan ianya semudah ABC,Paling cepat dan pantas apabila memakainya,Jadi takdelah anak meraung lambat nak bagi susu kan.Dengan dua cara ni membantu korang mendapatkan perut yang diinginkan..Takdelah gelebeh je..hehehehe...

Macam aku pulak ,senanglah nak pakainya di tempat kerja,Tak nampak terlalu tebal menggunakannya..Sangat selesa.Kalau yang nak cepat lagi penghasilannya,aku suggestkan guna sekali Lunavie Concentrated Cellulite cream.Krim ni juga dapat membantu menghilangkan selulit dengan cepat...Tapi korang tahanlah sikit kepanasannya.Kalau korang ke gym pun masih boleh menggunakan krim ni.Aku ada ceritakan tentang krim ni di entry  Lunavie Concentrated Cellulite cream. Jangan lupa baca tau.


Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal mempunyai 4 size ye iaitu :-
  • M (26-32)
  • L ( 28-36)
  • XL ( 30-38)
  • XXL ( 32-41)
Harga untuk Bengkung Lunavie Postpartum Abdominal adalah Rm 69.00 sahaja dan sangatlah berpatutan.Untuk korang yang ingin mendapatkan Produk ni,boleh klik details di bawah


Website  LunavieEmail : caelycare@caelygirl.com.myFacebook : Lunavie MalaysiaInstagram : Lunavie_com

















Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, July 27, 2017

Wednesday, July 26, 2017

Didi the Cat Charity | Donate food fo stray cats

Wednesday, July 26, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊 ini ada pesanan sikit ni,bagi membantu salah seorang rakan yang ingin mencari food donation for stray cat.Walaupun aku tak gemar sangat membela kucing,tapi sokongan untuk mendapatkan donation ni,tak salah bagi aku.Tak suka tak bermakna membenci kan.
Jika korang ingin menghulurkan bantuan,boleh terus ke blog yang dinyatakan di bawah ni.
PESANAN FOUNDER:
****************************************

Didi The Cat Charity is a small organization to help out stray cats in Malaysia. Its a platform to give a chance to cat's lovers to spread their love. We are currently based in Penang as we are helping out all the free Cat's Sanctuary here cause most of this sanctuary need help from the society.

We dont accept any money, but we are welcoming Cat's food donation . They need help with this as cat's food is very expensive and lots amount of cats here need lots of food too. We dont have any specific requirement for the cat's food, we even accept the balance of your cat's food as long as you sincere to donate! Here got hundreds of cats that will tell God how generous you are.

Any question you may call me at 016 8228854 and if you want to know more about this new organization you can go towww.didithecatcharity.blogspot.com
****************************************

Moga Allah sentiasa memberikan peluang untuk menolong hamba Allah yang memerlukan..insyallah.


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru - MBJB

Wednesday, July 26, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Sedikit maklumat yang aku dapat dari rakan tentang Jawatan kosong Majlis Bandaraya Johor - MBJB.Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Ogos 2017

jawatan kosong mbjb

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru - MBJB

Permohonan adalah di pelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru - MBJB seperti di bawah ini

  • Arkitek  Landskap 
  • Arkitek
  • Penolong pegawai penguatkuasa
Untuk maklumat lanjut untuk jawatan kosong di atas boleh klik :-



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Shoppping Drypers Classic di Lazada

Wednesday, July 26, 2017 16 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Hati tak tenteram dah bila tengok lazada buat offer Semua jenis diapers..Nak pulak diapers yang anak aku pakai ada sales...huihhhh..Mau hati tak tenteram.
Hari tu aku ada cerita kan dekat korang dalam entry Melayan Birthday Girl .Kat entry tu kan aku ada cerita ke mana aku pergi kan.Memang masa ke Tesco tu hari nak cari pampers dan susu Naura.Aku tak jadi beli pampers yang selalu digunakan Naura tu sebab harganya sangat mahal.Selalu aku dapat harga Pampers tu dalam RM28.Tapi kalau dah harga di Tesco Rm32,emm..tak jadilah nak beli.

Last-last aku beli je Pampers Tesco satu pack.Beli tu pun sebab kat rumah memang dah kehabisan stock.Walaupun aku tau yang Lazada ada buat Lazada Big Baby Fair, tak sangka pulak kan, Harga Pampers begitu murah.Baru je tadi tengok promotion dengan harga yang aku rasa sangat berbaloi.
lazada malaysia

Drypers Classic XL

Search pampers anak aku Drypers Classic memang harga tak masuk akal.Mula-mula aku memang berkira jugaklah nak beli.Tapi disebabkan tak jumpa lagi harga macam tu kat luar,Call husband tanya setuju ke tidak beli pampers ni,terus check out..Uihh...tak boleh tunggu lama lah..Mana tau esok-esok dah takde kan..Mau terlepas.
Korang kiralah sendiri betapa jimatnya kat situ.Selalunya Aku beli dalam Rm28 lah kan..Bila di Lazada Malaysia, aku dapat dengan harga RM24 se pack ok..Berbaloi kan??
Bukan sahaja Drypers Classic,Semua jenis Drypers pun ada sales tau
lazada Malaysia
Dah selesai pun check out..Tunggu barang jelah sampai.So umi jimat duit beli pampers untuk bulan depan...Korang pulak jangan lepaskan peluang ni tau.. Sebabnya kalau korang nak tahu,Lazada sedang mengadakan LAZADA BIG BABY FAIR dari 26 July-30 July

Dan jangan tak tahu,Lazada Jugak ada buat flash sales tau di mana pada masa itu sahaja sales menjadi-menjadi bila korang beli...
lazada malaysia

klik Lazada Flash Sales 

oklah..aku nak sambung cuci mata kat Lazada...Mana tau ada lagi yang berkenan...


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Power Root Tunaikan 36 pelanggan Menunaikan Umrah

Wednesday, July 26, 2017 3 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Siapalah yang menolak apabila berpeluang untuk menunaikan umrah kan.Tapi itulah yang berlaku kepada 7 pelanggan Power Root apabila mereka terpilih dalam peraduan Power Tunaikan Hasrat Umrah .




Power Root berhad,yang terkenal dengan jenama Kopinya Alicafe,membantu 36 orng rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan umrah,dalam sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang kepada komuniti.

" Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu
tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan
sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun,
semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.




“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat
Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan
“Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh
kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang
pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’
Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka
sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan
Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu
pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan
bakal berakhir pada 15 September 2017.

Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma
untuk memilih nombor siri yang bertuah.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root,
dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk
dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan
peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my

Mereka yang bertuah untuk mengerjakan Umrah adalah


  • Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin
  • Aziana bt Adnan
  • Abd Mustakim bin Ali
  • Puan Shuhadah.
  • Puan Pauziyah bt Jantan
  • Mohd Hanafi  bin Nasarudin
  • Nawi Bin Awang
Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa,Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan  herba-herba tradisional ini,untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri,antaranya Alicafe,Alitea,Per'l dan extra Power Root



Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my

Alhamdulillah,tercapai juga impian mereka untuk ke sana.Diharap lebih banyak lagi impian rakyat Malaysia untuk ke sana tercapai dengan adanya peraduan seperti ini.Yang penting kenalah usaha..Tuah ayam nampak di kaki,Tuah manusia nampak pada usahanya...













Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Dehydrated Chicken Stock Homemade by Kravve.co

Wednesday, July 26, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bila dah jadi isteri dan mak ni,bab pemakanan memang dah jadi tanggungjawab kita kan dalam menjaga apa sahaja yang mereka makan.Dalam penyediaan makanan pun,kena ambil berat jugak bagi memastikan mereka mendapat khasiat,cukup nutrisi dan yang paling penting,bebas dari bahan pengawet.


Untuk itu,sebagai isteri dan juga umi ni,sentiasa mencari sesuatu bahan masakkan yang tidak mengandungi bahan pengawet dan selamat digunakan.Hari tu,ada someone yang memperkenalkan satu website yang menjual semua produk homemade.And of course aku mestilah teruja kan bila dapat tahu wujudnya website yang menjual semua makanan ringan dan perasa makanan buatan Malaysia ni.

Kravve.co adalah satu laman web dalam talian yang menjual produk berkualiti premium buatan sendiri.Di Kravve.co korang boleh mencari pelbagai produk homemade seperti,rempah,rendang,jem,sos,stock perasa,snack dan lain-lain lagi.Apa yang menariknya di Kravve.co ini,semua produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan tidak menggunakan pengawet-pengawet yang berbahaya.Kravve.co membantu korang dalam memberikan nutrisi dalam menjaga pemakanan keluarga.Keluarga sihat,hati pun bahagia....


Bila dah namanya online,itu lagi memudahkan korang kerana,Kravve.co menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma sehingga ke depan pintu rumah korang.hah..senangkan.


Tak sah lah kalau aku tak mencuba apa yang di jual di Kravve.co ni kan.Disebabkan husband and anak aku suka dengan sup,maka aku mencuba Dehydrated chicken stock.
Botol ini walau nampak comel,tapi dengan sedikit  campuran kedalam sup,memberikan aroma dan rasa yang sedap tau.

Meh aku nak share sedikit dengan korang bagaimana Dehydrated chicken stock powder ini dihasilkan.

Dehydrated Chicken Stock Powder ini dihasikan dengan menggunakan 3 bahan sahaja iaitu Kampung chicken Breast,Australian celery dan juga Australian carrot .Serbuk memasak ini adalah 100% organik tau.Tiada rasa masin seperti yang selalu aku gunakan tu.Semua ramuannya dipilih dengan teliti untuk memastikan selamat digunakan oleh ibu yang mengandung dan  anak yang berumur 6-12 bulan.So tak perlu diragui tentang bahan pengawet kerana untuk stock ayam ini memang takde bahan pengawet langsung.

Daging ayam tanpa lemak kaya dengan besi, protein dan vitamin B12 membantu meningkatkan tahap tenaga anda.
Lobak merah dan saderi mempunyai serat pemakanan untuk memperbaiki fungsi usus dan mengurangkan sembelit
Saderi adalah sumber antioksidan yang sangat baik dan enzim yang bermanfaat, sebagai tambahan kepada vitamin dan mineral.


Hari tu,husband request untuk sup cendawan.Dan kebiasaannya,dalam sup aku akan masukkan kiub ayam supaya rasa dia lebih umphhh..Tapi kali ini,aku masukkan Dehydrated Chicken stock powder.Memang takde rasa masin tau.So,rasa yang alami je kan dengan perasa baru ni.


aku hanya masukkan suku sudu sahaja dalam sup ni.Itu pun dah rasa chicken stock ni tau.

Hah...dah nampakkan bagaimana Dehydrated chicken stock powder ini memberikan kesihatan dalam masakkan korang? untuk korang yang ingin mendapatkan stock homemade ini,bolehlah layari website Kravve.co dan pembelian rm50 ke atas korang akan mendapat penghantaran percuma. Special untuk pembaca blog kisahsidairy ,meh nak kasi Kupon Diskaun sebanyak Rm5.
Korang cuma perlu masukkan kod  "SitiRohaida



Untuk maklumat lanjut tentang Kravve.co ni,korang boleh refer bawah ni

Website : www.kravve.com
Email : hello@kravve.com


















Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Follow Us @aida_yusof81