Friday, July 07, 2017

# blog # kisahsidairy.com

Blog under Construction lagi

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Haishhh..tak taulah kenapa tangan ni gatal sangat nak tukar template lagi.Asyik tukar jelah kerjanya.Untuk tahun ni je,aku dah dua kali tukar template.Ada je yang tak berkenan kat mata.

source:google

Actually bukan kerana tak berkenan kat mata ni,cuma bila ramai blogger dok update template terbaru mereka,mulalah dok godeh-godeh template baru jugak.Bila berkenan,tulah jadinya

Tukar template lagi!! Kali ni masih lagi menggunakan template Mesra Seo.Sama jugak dengan template lama,cuma aku suka template terbaru ni..ada gerak-gerak kat bawah header.Yang gerak tu,entry terkini yang atau entry yang dah terupdate kat blog.So senang korang nak klik kat situ..Ada ke orang klik eh....Harap adalah kan..sedihh

Kalau korang perasan,widget tunggang terbalik lagi.Seperti template lepas,aku just godeh-godeh sendiri.Tukar coding mana yang boleh.Yang mana senang tu, aku tukarlah..Tutorial blog berlambak kat google,rajin tak rajin jelah kan kita nak buat.

Harap bertahan lama lah kan template baru ni.

Kenapa aku menggunakan Template responsive dan mesra SEO ni? actually,aku bukan pakar SEO.Aku tak tahu menahu pun pasal SEO ni,adalah sikit.tu pun mungkin dalam 20% je.Yang lain,haram....

Tapi yang aku tahu,kalau dah guna mesra SEO ni,carian enjin di google amatlah senang.Tapi bukan senang sangat pun,Kalau korang buat entry merapu macam ni,takdelah menyengat di carian google,tapi kalau korang ada entry yang orang tengah cari,contohnya resepi masak-masak.Kena pulak korang bold kan apa yang mereka cari,perkataan-perkataan yang orang akan cari di carian google,mestilah jumpa blog korang kan..Eh..macam pandai je kan

Meh aku share sedikit Kelebihan Menggunakan Template Responsive atau Mesra SEO ni

1.Lebih ringan dan Simple
 For sure,kebanyakkan orang yang bukak blog kita,akan suka bila blog kita cepat loading.Takdelah berpusing macam gasing lama benau nak keluar blog korang tu.Memang diorang akan pangkah ler cecepat.Lagi satu,template ni sangat simple,takde  sarat barat dengan widget dan coding yang entah pape.Orang pun tak suka.

2.Mesra mobile.
Kenapa mesra mobile? sebab kebanyakkan orang suka menghadap handphone dari mengadap pc.So bila korang menggunakan template yang mesra mobile,of courselah senang kan.Berbeza tau menggunakan pc dan juga handphone ni sebab bila korang menggunakan handphone,takkan keluar widget-widget yang ada blog korang tu.Hanya artikel sahaja yang akan keluar berbanding menggunakan pc

3.Pengunjung yang menggunakan handphone lebih selesa
Sama dengan yang no.2 ni.Itulah sebabnya kena ada version mobile.Senang orang nak mencari bila korang menggunakan mobile version.Template ini mempunyai pandangan yang bagus bila kita buka dari handphone..tak semak wehh

4.Pendapatan Adsense meningkat.
Sesiapa yang mempunyai akaun adsense je yang boleh komen pasal ni.Aku dapati lah kan,bila ada blogger yang mempunyai iklan adsense,bila menggunakan template mesra SEO ni,iklan diorang akan terpampang jelas bila bukak dekat phone.apatah lagi dekat pc kan.So sangat-sangat berbaloi.

5.Lebih SEO Friendly
Template SEo ini mampu menaikkan lagi populariti sebagai artis  blog di mata google,jadi dengan menggunakan template Responsive ni,pengunjung akan bertambah yang datangnya dari enjin carian.Walaupun tidak semua template responsive boleh mendatangkan banyak pengunjung,paling tidak boleh membuat google semakin senang dengan blog kita.

Itulah yang dapat kongsikan sedikit tentang penggunaan template responsive ni hasil dari pembacaan aku dari blog  danforblog.


Aku tengok,ramai sekarang ni blogger sudah pun menggunakan template macam ni.so,korang macam mana?




12 comments:

  1. yup!betul..guna template yang responsif dan mesra seo, insha Allah, pageviews blog dan pendapatan dari iklan juga semakin lumayan:) saya dah buat dan dah dapat hasilnya...alhamdulillah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..saya pun masih bertatih lagi..terima kasih kerana menyinggah di blog ni ye

      Delete
  2. selamat bertukar template ya eda....

    ReplyDelete
  3. rabia pun kerap tukar template..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..gatal sangat tangannya asyik nak bertukar je

      Delete
  4. 1 dengan 2 tu penting. kadang-kadang internet slow, kalau blog berat malas nak tunggu.baca satu entry pastu blah.kalau loading laju baru best blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau loading baru syok...kalau lambat tu yang malas nak masuk blog tu

      Delete
  5. Dah lama jugak CCL tak tukar template blog . Ccl pun tak berapa nak pandai jugak dengan pemilihan blog mesra seo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyak membaca pasal template ni CCL.akak pun tak berapa nak pandai...hehehe

      Delete
  6. Aduhh, dah lama gile tak tukar tukar..cmne nak tukar yg mesra SEO ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. google je nona,banyak sekarang ni.tapi kena pandai memilih lah

      Delete



Follow Us @aida_yusof81