Tuesday, July 04, 2017

Brekfast of The Day 04 July 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ entry sarapan pun boleh je di blog kan..hehe...ada je sebenarnya cerita yang boleh diceritakan di blog ni.Biasalah,itu dah memang kerja blogger kan.Apa je cerita,yang sedap untuk didengar,boleh dikongsi bersama.Janji tak mengaibkan orang,tak jugak berlaku isu sensitiviti masyarakat dan sebagainya.

Hahaha...boleh jelah kan.Selalunya untuk sarapan,kalau tak dibawa dari rumah,aku akan beli di luar,Sejak dah berkurangan kawan di office ni,jaranglah aku keluar makan.Sebaiknya bawak bekal dari rumah or beli.itu jelah.

Macam hari ni,aku bawak bekal dari rumah.Sebenarnya semalam petang,saja je aku masak lebih.untuk en husband yang masih tak sihat tu kat rumah dan untuk aku bawak ke office.So takdelah lapar sangat tak makan bila kat office ni.



ikan masak kicap dan sayur kacang panjang goreng.

Insyallah,boleh buat alas perut.Kang kalau petang lapar,boleh beli roti dengan uncle lori tu,super jimat la nampaknya kan.

Actually,boleh je nak bawak bekal hari-hari.Cuma tak masak banyak,itu je.Kalau masak banyak boleh je bawak kan.

Kalau dekat kedai pun ni dah berapa ringgit dah.Dengan ekonomi sekarang ni,semuanya mahal.Ikan je sekilo dah lebih rm10 tau.Udang sotong jangan kira lah..mahal nak mati.Jadi bila nak makan seafood tu,terasa lah jugak nak membelinya.Bukan kedekut,cuma bila teringin tu,aku akan belilah..

Korang pulak macam mana,aku percaya ramai yang lebih suka bawak bekal berbanding makan luar,sekali sekala tu oklah kan..Kalau dah tiap-tiap hari,tepuk dada tanya poket seluar sendiri lah kan.

Kena berjimat cermat demi nak membeli banglo..ececeh...banglo tu tidak la,rumah ku syurgaku dah wujud,cuma tinggal nak renovate sikit-sikit je.Mana tau hasil dari penyimpanan duit ni,ada jugaklah benda yang nak dibeli untuk rumah tu kan.

So,pepandailah nak jimat.

10 comments:

  1. Simple aje lauknya tapi tetap menyelerakan.. Lea suka sngt menu ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya ikan masak kicap. haah biasalah blogger. apa2 pun ambik gmbar lepas tu baru fikir nak buat entry apa haha

    ReplyDelete
  3. Lauk yang simple lah yang paling membuka selera kan awak..

    ReplyDelete
  4. biasa bawak bekal unuk breakfast je, time lunch tu pandai-pandailah.tapi bawak bekal ni, simple pun rasa sedap je.

    ReplyDelete

  5. πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    ReplyDelete
  6. Biasalah, sebelum makan amek gambar dulu.
    Pakcik pun selalu bawa bekal pegi kerja.

    ReplyDelete
  7. bagus kak bawak bekal ni. dapat berjimat, yang penting kita tau masakan tu confirm terjamin kebersihannya

    ReplyDelete