Saturday, July 29, 2017

# info # Tips

Cara elak Nasi menjadi Basi

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Punyalah semangat masak nasi lebih malam tadi,tup-tup esok pagi nak buat nasi goreng,dah basi.Situasi ni selalu jugak terjadi tau.Kadang-kadang masak nasi pagi,malam dah basi.Mesti ada sebab kan kenapa nasi tu boleh jadi basi.Alahai...sayangnya lah kan bila nasi banyak,tapi dah basi.
source :google
Ada jugak terjadi pada aku,kalau aku nak masak nasi goreng,malam terpaksa lah aku panaskan lagi bagi mengelak nasi basi.Sebenarnya ada beberapa tips untuk elak nasi basi.Dari pembacaan aku di majalah keluarga,beberapa tips dikongsikan untuk elak nasi basi.Alahaiii..sebenarnya semua dah ada depan mata,cuma kita perlu praktikkan sahaja.Sebab aku ni suka bawak bekal ke tempat kerja.Sebab tu bila masak untuk malam,aku akan lebihkan masak nasi.Jadi pagi tinggalkan hangatkan je.Meh la kita tengok,apa tips yang aku nak kongsikan ini.

1.Basuh beras hingga bersih

Ada sesetengah orang kata,beras tak boleh basuh banyak kali kerana ditakuti nutrisi di dalam beras akan keluar.Walaubagaimanapun,jika beras hanya di cuci sekali,ia cenderung kepada nasi akan menjadi cepat basi.Apa yang boleh kita lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci lagi buat kali yang seterusnya.

2. Pastikan Periuk di cuci bersih

Apa yang aku tahu,periuk yang ingin digunakan haruslah di cuci dengan bersih tanpa ada tertinggal sisa-sisa yang melekat pada periuk.Jika masih ada kotoran di dalamnya,maka ia akan cepat basi.Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamnya,mungkin terdapat bahagian yang kotor dan karat atau kesa wap nasi.Ini juga boleh menjejaskan fungsi Rice cooker dan kualiti nasi anda.

3.Perah Limau Nipis

Sebelum nasi di masak,di sarankan memerah setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air.Korang tak perlu risau kerana rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah di tambah dengan perahan limau.Malahan,ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
Ini merupakan ilmu baru yang aku pelajari tau dalam memasak nasi..emm....dah umur 30 tahun lebih baru tahu,,hehehe

4.Hilangkan wap nasi selepas di masak

Jika korang lihat nasi sudah di masak ,jangan lupa membuka penutupnya sebaik sahaja butang rice cooker menjadi cook berubah kepada warm.
Nasi hendaklah di kais supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk.Dengan cara ini,nasi tidak akan menjadi lembab.Selain itu,jika korang tak mahu lagi memakan nasi pada waktu itu,pastikan cabut plug rice cooker.

5. Masukkan secubit garam.

Selepas mencuci beras dan menyukat air,masukkan secubit garam ke dalam periuk.Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama,sedap dan kenyal.
Boleh la cuba petua ni,sebab sebelum ni tak tau pun boleh letak garam.Selalunya ketupat je letak garam kan..korang pulak bagaimana?

6.Panaskan periuk nasi atas dapur

Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung,maka nasi pun berulat dan berair...eiiii...memang teruk...Perlu diingat,walaupun dah dicuci banyak kali,mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.Untuk mengatasi masalah seperti itu,ada yang menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur,kemudian nyalakan api.Tindakan ini dapat membunuh kesemua bakteria yang masih tinggal di dalamnya.Jadi masak nasi pun boleh tahan lama.

7.Masak air dalam periuk nasi

Isi air di dalam periuk nasi sehingga penuh,kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih.Boleh masukkan beberapa helai daun pandan agar dapur menjadi wangi.
Menurutnya,proses masak air sehigga mendidih di dalam periuk nasi tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi,memadai sekali sebulan.
Hah..itu jelah tips mudah yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan nasi basi.Haihhh..kalau tahu,dari dulu lagi dah buat kan..Betul lah orang kata,kalau orang-orang dulu masak nasi kenduri,dua tiga hari pun boleh taha n lagi kan.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 comments:



Follow Us @aida_yusof81