Tuesday, July 04, 2017

Cari Makanan luar dan beriadah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ ok,moh ler kita throwback cerita cuti raya minggu lepas.Dalam kepala ni sebenarnya banyak nak cerita,tapi nak sorting dulu gambar,nak buat itu ini,ambil masa jugaklah kan.

Bila dah raya ni,memang takkan jumpa lauk ikan,telur,ikan masin tu semua.Dari raya pertama je dah jumpa ayam,udang,daging, dan lauk-lauk raya yang lain.Sampai lah raya ke tiga ,Kalau ada lebih ayam,selalunya mak akan beli lebih ayam,senang nak masak.So,akan jumpa ayam sahaja dalam minggu tu.Beraya rumah orang pun jumpa ayam..Oh ayam..Sampai dah muak tengok ayam.Tapi bila dapat makan ikan masin,sayur bening tu pun dah rasa nak menambah dua tiga kali.

Bila aku dah balik ke kota tinggi,adik yang beraya di rumah mertua pun dah balik ke kota,so adalah plan dan aktiviti kami semua.Ayah dan mak pun still tak bekerja lagi..Dari malam sebelum sabtu lagi kami dah plan nak cari sarapan kat luar.Ayah suggest kedai mamak..Oh ayah dan kedai mamak tak boleh nak dipisahkan.Apa yang dia suka di kedai mamak adalah makan Tosei.Tak tahulah ejaan tu betul ke tidak.Ikut korang la nak gayakan macam mana..haha.So pepagi lagi dah kejutkan anak-anak untuk mandi.

Dengan menaiki 2 biji kereta,penuh mampat,kami ke Bandar penawar.Al maklum kampung takde mamak.Nak kena makanan mamak kena pergi ke sana.

Penuh kami satu meja sampai ke hujung tu.Ayah of courselah pekena tosai dengan roti telur.Yang anak-anak nasi lemak dan aku just makan Roti telur cheese.It's my favourite tau.

Lepas pada makan-makan tu,mak ajak pergi tengok kolam mandi yang dulu dalam pembaikkan.Tapi sekarang ni dah siap.So kami dah warning awal-awal tak boleh sebab anak-anak tak bawak baju.Untunglah diorang bila nampak kolam taknak mandi.Last-last kami pergi ke Tasik Bandar penawar.Kat situ boleh beriadah,anak-anak boleh main playground kat situ.Mak-mak boleh selfie...hehehehhe.

Puan blog yang wajib selfie

Puan blog dengan husband
Memang payah weh nak ambil gambar bersama kalau tak ya..
Ni pun confirm dia bising aku masukkan gambar...hehehehe.
Tapi dia amat sporting.heheh

Me,my mom and sister

Adik beradik perempuan dalam keluarga kami.Ini jelah..

Mana anak-anak? diorang dah pakat pi terjah playground tu,atok tolong jagakan cucu-cucu hehehe..

Lepas pada tu kami balik sebab dah tengok anak-anak macam dah mandi peluh semuanya.Sihat nampak diorang tu.

uih..nak tau,petang tu kami pi balik bandar penawar ni,nak mandi kolam..nanti aku cerita bab mandi kolam tu ye.





6 comments:

  1. Dah check berat lum lepas raya ni, ramai kata naik berkilo2... hihi...

    ReplyDelete
  2. Hehehe meriah pulak tgk gmabar-gambar raya eda.. Paling switttt gambar eda ngan encik husband tu.. ekeke..

    ReplyDelete
  3. syokkk cuti dapat kumpul semua family kan.. aah ek jarang nampak muka encik ahmad tu.. low profile je hehehe


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  4. taubat nak pergi pontian terus ke kota tinggi ikut senggarang. perghh dia punya jem tuh kak.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. sekali-sekala dapat berkumpul keluarga macam ni memang best buat aktiviti sama-sama, walaupun simple.Rindu gak nak makan tosai. Hehe. Boleh geng dengan Ayah awak. haha

    ReplyDelete