Thursday, July 20, 2017

# birthday

Happy Turns 2 Auni!

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Sannah Helwah Anak umi,happy turns 2.Apa lagi yang menggembirakan hati umi bila melihat anak umi membesar dengan baiknya.

Mulalah umi kau ni nak nangis..nak sedu bila cerita pasal anak.Bab anak,memang aku cepat touching.Walaupun hal yang kecil,nampak je umi korang ni garang,tapi hati bak salju ok..

Di hari ini,umi dah duduk dalam labour room pun.Dari malam pukul 12 masuk,terpaksa jugak tunggu doktor pakar,doktor ubat,doktor bius dan segala jenis doktor yang ada..umi masa tu memang dah tak tentu arah dibuatnya..alahaii..kalau korang tengok entry naura cukup setahun pun umi ada cerita jugak. Moh ler baca entry kat SINI .Asyik cerita pasal bilik bedah je kan..seriau jugak umi ni.

Hari ni anak umi dah semakin membesar..Kenapa cepat sangat nak kau membesar.Umi masih nak cium lagi bau masam-masam baby..Walaupun sekarang ni umi masih lagi boleh cium masam-masam kau nak.Tapi masa bau baby tu lain sikit.Ni dah besar semakin lain..Tapi masih lagi rasa sedap untuk dicium..Haishh lah anak.

Pagi tadi,macam tau-tau je birthday dia,siap nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri

hepibedei yuyu..hepibedei yuyu...



Tak sangka umi dah ada anak dara..Boleh la jugak diharapkan sekarang.Cuma nak kena berlembut je dengan dia.Macam-macam perasaan umi ada sekarang ni,Kadang bila umi dalam keadaan marah,sedih,dialah tempat umi bersandar.Nak sandar kat kakak jauh..sesekali jelah jumpa..

Umi cuma harapkan dia je disisi umi.Dia kekuatan umi.Dia segalanya bagi umi.Umi bertahan pun demi dia.Please sayang,sentiasa beri umi kekuatan walaupun kadangkala umi tak kuat.

Moga anak solehah umi ini akan menjadi anak yang berguna kepada semua.Yang sentiasa menjadi yang terbaik untuk umi.

Tiup kek belum lagi..insyallah..hari ini kita tiup sama-sama...









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. happy birthday naura auni.. semoga menjadi anak yang solelah ya..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to you Auni ☺

    ReplyDelete
  3. happy birthday naura.. senyum senyum selalu okeh :)

    ReplyDelete
  4. happy birthday auni..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..dengar cakap mummy ya tau..jadi anak solehah ya.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81