Tuesday, July 11, 2017

# nur awfiyah # parenting blogger

Kakak In Action

Assalamualaikum

Hai korang☺☺..Lama kan tak dengar cerita pasal kakak Awfiyah..Kalau dulu umi rajin cerita pasal monthsary Kakak.Yelah..dulu kakak duduk dengan umi.Sekarang ni kakak dah duduk dengan nenek.Tapi sekali sekala tu,ada jugaklah dia melepak kat rumah umi.

Dia,kalau umi balik ke kampung,memang tak lekang dengan umi.Semuanya umi.Sampaikan umi hilang sekejap pun dia dah sibuk mencari.Kesian kakak...emmm..dia tak faham..dia masih tak mengerti sebab dia masih anak kecil.Yang sentiasa dahagakan kasih sayang.Dialah tempat umi bertumpang kasih dulu.Kini dan selamanya hendaknya.sob..sob..

Seminggu kakak dengan umi lepas balik raya hari tu.Sebolehnya dia nak ikut umi balik.Actually bukan taknak bawak dia balik,tapi dia tak boleh ditinggalkan dengan babysitter.Bila dia tak biasa dengan orang,mulalah nanti nak merengek je.Tapi rengek dia sekejap je.Masa pagi hantar dia ,lepas tu okdah..peramah bagai nak rak.

Bila dah dengan adik,ada jelah aktiviti diorang ni.semua nak dikumbahnya.Last-last terjumpa barang yang umi review untuk dutch lady dulu..Hah...apa lagi..semua nak try.Lepas tu suruh umi ambil gambar dia.


ada je si kakak..Cuma si adiklah payah sikit bila nak bergambar

Si adik,kalau suruh bergambar,bukan main karenah dia...ada je..Tapi bila kakak buat,dia nak buat jugak.Sudahnya bergaduh dengan kakak berebutkan topi tu.

Bila dua orang ni ada riuh rendah je suara.Bila kakak dah balik..sunyi..adik pun jadi boring je.

Kakak ni bila berdepan dengan kamera,ada je yang dia buat.Pandai bila berposing depan kamera.Tapi bila angin baik lah..bila angin tak baik...jangan haraplah nak ajak dia berselfie pun.

Hujung minggu ni baru jumpa kakak balik.emm..drama lagilah bila umi nak balik pulak..Kakak tak boleh dah nak lama-lama kat rumah umi sebab dia dah sekolah.Cuti sekolah je lah dapat cuti lama kat rumah umi dia.





Thanks for Reading kisahsidairy.com
sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. Alahai...kakak mesti manja dgn umi dia

    ReplyDelete
  2. alahai kakak..macam-macam karenah dia ye

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...tomey jer dua beradik ni...pandai posing tu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. aksi2 time kecik ni kena rekod.. simpan jadikan kenangan. nanti besar sama2 tengok balik ^^

    ReplyDelete
  5. Alahaiiii sedihnya kena berjauhan kakak...tp takpe sekarang dah mudah...video call jer...hihi

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81