Monday, July 17, 2017

MINYAK YU YEE CAP LIMAU minyak yang dipercayai turun temurun

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Pernah menjadi Kontroversi bila ramai yang mengatakan Produk Minyak YU Yee Cap Limau tidak HALAL.Tapi setelah kenyataan dari Jakim mengesahkan bahawa Minyak Yu Yee Cap limau ini adalah halal dan boleh digunakan oleh umat islam.

Minyak Yu Yee Cap Limau ni dah lama bertapak di Malaysia ni.Setahu aku,minyak Yu Yee ini dah digunakan pada zaman aku baby lagi..Ko ghasee!! Of course dah lebih dari 30 tahun minyak ni kan.And aku sendiri adalah pengguna tegar Minyak ni tau!

Dulu pernah aku stop kejap pakai minyak Yu yee ni,tapi telah disahkan JAKIM halal,aku guna balik minyak ni,sampailah ke anak-anak aku.Memang wajib ada di rumah,di dalam beg dan di mana-mana sahaja aku pergi kerana Minyak Yu Yee Cap Limau ini sangat bagus untuk melegakan kembung perut,sengal-sengal otot dan sebagainya.Bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi,malah untuk kita orang dewasa pun boleh tau.

Aku memang suka bauan dari Minyak ni,sebab bukan sahaja melegakan tapi memberi kesegaran saat ko menghidu bauan minyak ni.Ini kerana terdapat di dalamnya Peppermint oil yang memberikan rasa kesegerannya tau.

Kalau dekat rumah,memang wajiblah ada minyak ni.Sekali beli berbotol-botol.Bukan apa,bila tetiba nak mencari tu takde,ada jugaklah kan extra yang lain.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Stock untuk setahun.Memang akan ada di banyak tempat supaya senang nak mencari dan digunakan

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Dak Naura ni tau-tau je stock ni dia punya.Kemahin taknak bagi kat umi.
Untuk Naura,selalunya aku akan sapu minyak YU YEE CAP LIMAU ni selepas mandi.Cuma sapukan di perut,dada,belakang dan juga betis.

Kalau dia tak sihat,aku akan sapukan jugak extra di tapak kaki dan sedikit di hidung. dan belakang dada.

Bila dah ada minyak ni,bukan sahaja untuk bayi korang tau,aku pun ada spare di beg makeup.
MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Ni hah..ada satu kat beg makeup.Memang sentiasa ada di dalam beg,kemana sahaja

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Bila rasa mual,migrain,inilah ubatnya..

MINYAK YU YEE CAP LIMAU
Nak pergi mana-mana walaupun dalam kereta pun tetap WAJIB ada minyak ni.


Kalau bukan anak meragam,mak-mak pulak yang meragamnya.
Produk ini hanya untuk kegunaan luar sahaja.Perlu dijauhkan dari kanak-kanak.Ianya digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi dan untuk melegakan simptom kembung perut dan selsema.Jika penyakit berterusan,terus dapatkan nasihat doktor.


Minyak YU YEE CAP LIMAU ini terdapat 3 jenis botol yang mempunyai 10ml,22ml dan juga 48ml.
And of course korang boleh miliki botol kecil ini serendah RM9 tau.Minyak  YU YEE CAP LIMAU ni tiada masalah kesan sampingan.Itu yang aku taulah kerana sepanjang pemakaian produk ni takdelah terkena kesan sampingan ke apa..Selamat je rasa.


Minyak YU YEE CAP LIMAU Disahkan Halal

Sebelum ini telah terjadinya kekeliruan tentang produk ini samada halal untuk digunakan oleh orang islam atau tidak.Pihak Jakim telah sahkan bahawa Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah Halal.So, korang tak perlu risau untuk mendapatkan Minyak YU YEE CAP LIMAU  ini keluaran Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd  di mana-mana pasaraya dan kedai berdekatan korang.

minyak yu ye halal
Kalau ada yang was-was tentang produk ni,boleh terus ke website Jakim.Kat situ korang boleh check samada produk ni halal atau tidak.Bagi aku,takkanlah minyak macam ni nak masukkan khinzir pulak kan..Motif?emm...yelah..bila dah ada produk yang berzaman di gunakan ni,ada je netizen-netizen yang nak menjatuhkan produk yang diguna ramai ni kan..Hah..checklah..hehe


Kandungan Minyak YU YEE CAP LIMAU


Peppermint Oil............... 36.0% w/v
Clove Oil.........................2.6% w/v
Menthol..........................1.6% w/v
Borneol...........................1.0% w/v
Cortex Cinnamoni.........1.0% w/v
Resina Calamus Draco....1.0% w/v
Nutmeg Oil....................0.6% w/v
Light Liquid Paraffin.......q.s 100%


Cara Penyimpanan Minyak YU YEE CAP LIMAU

Simpan di  dalam suhu bilik (25-30 darjah c)
Jauhkan dari kanak-kanak dan ikut label tarikh luput pada label Minyak YU YEE CAP LIMAU ini

Kepada korang yang ingin dapatkan Minyak Yu Yee ni,korang boleh dapatkannya di pasaraya berdekatan dengan korang ye.







7 comments:

  1. assalamualaikum eda...dulu mama pun ada byk minyak yu yee ni tapi bila ada yg kata x halal terus buang...bila ingat balik sayang pulak dibuang...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama...dulu pun eda berhenti kejap tau guna minyak ni pasal kes tak halal tu..sayang je

      Delete
  2. Minyak wajib bila ada baby kecik...

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang zie pakai minyak yu yee ni, elok sgt, cepat hilang sakit perut budak

    ReplyDelete
  4. ohhh dah boleh pakai dah ya minyak ni..

    ReplyDelete