Tuesday, July 25, 2017

# Sharing # vacation

Percutian menarik di Yogyakarta Indonesia

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Seronoknya kan bila dapat bercuti di Negara orang.Khususnya Negara yang memberikan kita pengetahuan tentang sejarah indah penempatan mereka.Sambil bercuti,sambil mengenali sejarah tempat mereka
Percutian Menarik di Yogyakarta Indonesia adalah satu impian aku untuk ke sana.Dari apa yang orang cerita tentang yogyakarta memberikan aku satu impian untuk ke sana.Yogyakarta di kenali sebagai bandar Jogja..pelancong lebih suka menggunakan perkataan "JOGJA" dari perkataan Yogyakarta.Jogja mempunyai senibina yang menakjubkan.Kepada mereka yang sukakan tentang sejarah,Yogyakarta adalah pilihan yang tepat untuk dilawati.
Kota Yogyakarta, juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, Yogyakarta, dan Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang besar di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota Daerah Istimewa Yogyakarta yang dipimpin oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X dan Pangeran Pakualam. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg.Yogyakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Pelajar-pelajarnya berasal dari berbagai-bagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah Universiti Negeri YogyakartaInstitut Seni Indonesia Yogyakarta, serta Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga. Yogyakarta pernah menjadi pusat Kerajaan Mataram antara tahun-tahun 1575-1640. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Yogyakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.Selain warisan budaya, Yogyakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapitampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta. Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas. Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru. Ahli-ahli muzik tepi jalan selalu siap menghibur para pengunjung warung-warung lesehan.Pengangkutan ke Yogyakarta termasuk kereta api dari JakartaBandung, dan Surabaya, selain daripada bas dari hampir semua bandar di Pulau Jawa serta kapal terbang. - wikepedia



Percutian menarik di Yogyakarta Indonesia

Kalau nak disebut apa yang ada di Yogyakarta,memang penuh satu entry ni tau.Tapi ada beberapa tempat yang perlu kroang terjah bila di sana.Kebanyakkan pelancong suka menerokai sejarah salah silah yang ada di Yogyakarta,Selain dari hasil seni yang dijaga bertamadun lamanya,ianya meberikan satu pemandangan yang tidak boleh dilupakan apabila anda balik,Tempat yang WAJIB dilawati apabila melawati YOGYAKARTA adalah :-

Candi Prambanan Temple Yogyakarta


Candi Prambanan Temple  Yogyakarta adalah sebuah kuil hindu yang berada di antara jawa tengah dan daerah istimewa Yogyakarta.Candi Parambanan ini berada lebih kurang 30 kilometer di sebelah timur laut bandar Yogyakarta.Kalau korang nak tahu,Candi Parambanan ini adalah candi peninggalan Hindu yang terbesar di Indonesia dan di Asia Tenggara dengan mencapai ketinggian setinggi 47 meter.Ia dibangunkan pada abad ke-9 lagi dan dipersembahkan oleh tiga dewa besar hindu iaitu Dewa Brahma sebagai dewa Pencipta,Dewa Wishnu sebagai dewa pemelihara dan Dewa Syjwa sebagai dewa penghancur.Candi Prambanan ini dikenali sebagai tempat pemujaan dan tempat acara keagamaan yang lain.Ada beberapa bangunan di Candi parambanan menyerupai kuil

Batu Allien

Pelik tapi benar,tetapi inilah keunikkan yang ada di Yogyakarta.Ia terletak di Kaki Merapi yogya.Asal usul batu ini adalah dari kemusnahan lava berapi satu ketika dahulu.Mereka memanggilnya dengan Batu Allien kerana batu ini seakan-akan kepala Alien.Batu Alien ini sangat dikenali di kalangan orang sana.

Hutan Mangrove Congot Kulon Progo Yogya

Nama je hutan kan,tapi inilah hutan yang penuh dengan kehijaun dan suasana romantik..amboi..hutan pun romantik kan.Kepada mereka yang datang ke Jogya,jangan lupa untuk menyinggah di Hutan Mangrove Kulon Progo Yogya kerana Hutan ini bukan hutan biasa yang pernah korang lewati.Hutan Mangrove ini adalah hutan yang dijadikan kawasan pemuliharaan hutan bakau dan pemuliharaan alam sekitar.Hutan ini sangat menarik pada petang hari.Keindahan yang terdapat  disini sangat-sangat dinantikan pada lewat petang.Spot untuk merakamkan detik menarik keindahan hutan ini adalah di waktu petang.Kepada yang datang ke hutan ini pasti akan terpegun melihat panorama yang ada disini.

Taman sari Istana Air Jogyakarta.

Taman sari ini dikenali sebagai Taman Sari Istana Air kerana ia adalah tapak bekas Taman DiRaja Kesultanan Yogyakarta.Taman sari ini terletak kira-kira 2 kilometer di dalam kawasan Kraton Jogja.Taman sari ini dibina pada abad pertengahan abad ke -18.Taman Sari mempunyai pelbagai fungsi seperti ruang rehat,bengkel,ruang meditasi,ruang pertahanan dan tempat bersembunyi.

Struktr bangunannya agak unik mengikut tamadun lama.Di tengah-tengah istana ini terdapat kolam iar yang sangat indah dinikmati.Tengok dari sini pun aku teruja untuk ke sana,.Jadi tak sahlah bila dah ke Jogja tidak melewati Taman sari Istana Air jogja ini kan.Selain itu,Taman sari Air ini mempunyai masjid yang terletak di bawah tanah.



credit picture :google





Untuk korang yang masih tercari-cari tawaran menarik,aku syorkan memilih Traveloka kerana Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia,malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.So kepada korang yang ingin melancong ke Yogyakarta Indonesia,jangan lepaskan peluang menarik ini kerana diskaun menarik ni hanya untuk 3 hari sahaja tau.Promosi potongan harga sebanyak Rm188 untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Traveloka App sahaja.Uih..aku rasa berbaloi sangat dengan harga Promosi ni..Potongan sebanyak RM188  untuk hotel dan penerbangan melalui Traveloka app tau...banyak dah tu


Traveloka App here


Tapi korang perlulah mengikut syarat-syarat harga Promosi Traveloka ini.
  • Hanya penerbangan ke Yogyakarta(indonesia) melalui Traveloka App sahaja

  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYYOG).Kemudian selepas pengesahan tiket,terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak Rm138.Minimum spend flight RM150 dan hotel Rm300 untuk 2 malam.

  • Booking period(flight) : 28 Julai(jumaat) -30 Julai(Ahad)
  • Booking period(hotel): Selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb julai.
  • Travel period : anytime
  • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax,tiada harga tersembunyi.
  • Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia tenggara dengan 15 million muat turun(15 million download)
  • Untuk destinasi lain,sila layari Traveloka
  • download Traveloka App  sekarang untuk tawaran hebat ini di SINI ye


So korang yang ingin menyusuri dan mengenali pelbagai kisah menarik di Yogyakarta,jangan lepaskan peluang ini ye.Sementara Promosi masih ada ni.Bukan mudah untuk mendapat promosi murah macam ni tau.





Reminder
 Guna Kupon SEAFLYYOG  untuk mendapatkan potongan sebanyak RM50


















Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. Qekra pun ada jgk angan2 nk ke sana.. sbb architecture yg cantik kan..

    ReplyDelete
  2. Subahanallah cantiknya permandangan nya itu..
    Airnya biru SR..
    Terasa nyaman di pagi hari..

    ReplyDelete
  3. hai,salam kenal, saya Maryam from Indonesia ^^

    ReplyDelete

  4. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Artanti Tanti biasa di panggil Anti, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan togel dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya.Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya,baiknya melalui jalan togel saja.Dan angka yang di berikan beneran tembus ,4607 dan saya dapat 275 juta alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. walaupun ini melalui togel






































































































































    Mbah Suro....

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya! bila lah dapat jejak kaki ke sini hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya merantau kat negara org..btw sya tengah blogwalking dan dah follow blog sis yang comel ni.harap sis follow back blog sye yang msih bru ye..tqvm :)

    ReplyDelete
  7. bestnyaaaaaaa. traveloka ni memang mudah kan nak travel,
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81