Monday, July 10, 2017

Raya kedua Ke Pulau Besar Melaka

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Lama sangat terperam entry ni.Actually ni entry hari raya.So bila dah lama sangat terperam,payah pulak nanti nak update.

Sementara ada masa ni,haruslah up satu persatu entry yang diperam lama tu.Oklah,taknak buang masa lama sangat.Bila dah kat Melaka ni,tak sah kalau tak pergi ke tempat-tempat yang menarik.Yang tak jauh dari kampung aku.Kalau korang nak tahu,di Merlimau banyak tempat-tempat bersejarah yang boleh korang lawati,contohnya Perigi portugis,Makam tun Teja,rumah demang.AKu suka dengan keaslian rumah Melayu Melaka ni.AKu pernah cerita pasal rumah melaka di entry Rumah melayu Melaka dan keasliannya.

Pada hari raya kedua yang lalu,kami berjalan-jalan di Jeti Anjung Batu.Tak terfikir pun nak sampai ke Pulau Besar Melaka.Tetiba je abang ipar aku ajak ke Sana.Lepas semua bersetuju,terus kami ke sana.Dari Jeti Anjung Batu tu,kami menaiki Feri.Tiket dalam Rm15 seorang tau.Tak sure pulak untuk budak berapa.Actually,masa kami di Jeti anjung batu lagi dah nampak ramai foreigner dan juga bangsa yang lain.Tapi kami tak fikir pun kenapa ramai foreigner dan orang India khususnya.

Bila dah naik feri ni,ramai lah dok beratur nak naik jugak.Memang sesak dan kami tak sangka sangat.Dari jeti anjung batu ke Pulau Besar mengambil masa dalam 20 minit ke 30 minit jugak.Kalau korang naik bot,mybe boleh cecah dalam 15 minit je.
pulau besar
sementara menunggu feri sampai

Kalau tak silap aku kan,Feri yang datang tu, satu jam sekali.So kalau nak cepat,pandai-pandailah korang beratur sebelum feri sampai.

pulau besar melaka
Dah pun selamat masuk ke perut Feri.

jeti anjung batu

Masa 1st impression aku kat sini pun dah tak selesa bila mana ada sesetengah foreginer yang tak menghormati antara satu sama lain.Ada yang selfish dan tolak menolak orang yang ramai kat situ..Masa naik feri ni pun aku dah mula seriau beb.Yelah,feri ni aku rasa dah berabad lama,jadi keselamatan tu,diorang tak berapa nak penting sangat lah kan.

pulau besar melaka
dah sampai ke Pulau Besar Melaka
related images
Bila dah sampai ke Pulau besar ni,macam tak tau nak kemana,Ada banyak van yang merupakan pengangkutan mereka  ke perkampungan pulau besar tu.Aku memang tak sampai ke sana.Nak naik van tu pun aku takut.Kami cuma berjalan-jalan di sekitar situ je.Ramai yang datang sini untuk bermandi manda dan tak kurang jugak untuk bercamping

pulau besar
Muzium pulau Besar
Masa kami pergi ni,muzium ni tutup.So tak dapatlah nak tengok sejarah yang ada di pulau besar ni

pulau besar
So kami cuma berehat-rehat di tepi pantai sambil menyaksikan kedatangan pengunjung-pengunjung di sini.

pulau besar
Pemandangan tepi laut.

pulau besar
Pemandangan di Jeti pulau Besar

Kami tak ke mana pun,menurut cerita abang ipar aku,sebab dia yang rajin dok meneroka dan bertanya dengan orang -orang sini tentang pulau besar ni.
Actually Pulau besar ni banyak mitos cerita yang terjadi.Ada sesetengah agama yang menjadikan pulau besar ini sebagai tempat pemujaan dan tempat mereka berubat.Aku tak boleh nak cerita panjang tentang tu,.takut apa yang keluar dari mulut nanti tak sahih.

So kepada korang yang teringin nak mengetahui lebih lanjut tentang Pulau Besar ni,boleh la google tentang mitos yang berlaku di Pulau Besar tu.Dalam pukul 6 lebih kami dah bergerak balik.Tapi bila nak tunggu Feri tu kosong ,memang payah la,Korang nak kena bersesak dengan foreigner yang datang..Taubat taknak dah datang sini.Cukup sekali.Itupun dah syukur sebab merasa jugaklah ke sana kan.




6 comments:

  1. syoknyer raya leh jalan-jalan satu family...

    ReplyDelete
  2. sayangnya x dapat masuk museum tu..maybe sebab raya tu yg tutup kan?

    ReplyDelete
  3. kak eda.. kitorg sepanjang tinggal kat melaka tak penah terpikir nak pegi pulau besar tu tau.. tp 15thn lepas bila cousin dtg rumah mak, dia yg ajak kitorg pegi pulau besar tu.. so merasa la jejak kaki ke sana.. tp mmg betul, diorg buat tmpt permujaan org2 hindu.. mmg tak kan pegi lagi la ke sana.. haha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eda...yer la dulu ada sekali pergi mmg x best...tapi skg x tahu la...mungkin dah berupa rupa agaknya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. wahhh hebat akak raya ke-2 dah pergi holiday..i raya kedua pergi jalan2 rumah terbuka ..hehehe

    ReplyDelete