Thursday, July 20, 2017

# parenting

Toypudding Tv kegemaran Naura dan Awfiyah

Assalamualaikum


Hai korang☺☺Ada je kan cerita pasal budak berdua ni.Nilah kalau dah ada anak,bila zaman sekarang ni,kemahin..Nak tengok youtube je.

Tapi apa pun sebagai ibubapa kita kena pantau jugak apa yang dilihat oleh anak-anak kita.Tak boleh terlalu tertumpu jugak kepada gadget.Sesekali tu boleh je.

Macam naura dengan fiyah pun aku tak terlalu dedahkan mereka kepada gadget.Kalau nak tengok pun ,aku pastikan aku ada sama masa mereka tengok youtube tu.

Tapi tulah kan,bila dah asyik nak tengok video je,habislah data umi dia kan.Walaupun aku dah save sebagai offline,tapi yelah,budak kan.mana asyik nak tengok benda yang sama je.Macam kakak dengan adik tu,dah bosan,pandai pilih yang lain untuk mereka tengok.

Selain aku download kan,video untuk pelajaran mereka,ada jugaklah video yang wajib mereka tonton setiap kali pegang handphone.Macam video kat bawah ni,So umi pun subscribelah untuk diorang.

Toypudding TV
Aku pun tak pasti kenapa diorang suka sangat dengan video dari Toypudding TV ni.Padahal,bukannya kartun,cuma doll dan toy je yang ada.Itupun ada orang mainkan doll dengan toy ni.Kalau korang nak tau,viewer untuk video ni pun dah menceceah million tau..Pelik-pelik.Tapi tak pelik sangatlah sebab umi pun dah tersuka setiap kali tengok sama-sama..

Kalau kakak,dia panggil video ni "MICU". dulu masa dia mintak micu,aku dan babah dia ingat dia mintak mee sop,tapi ternyata tidak.Rupanya dia nak video ni.

haishhh lah...pelik kan..hehehehe..Tapi itulah video yang selalu dia tonton kat youtube.

meh aku share sedikit video ni.


So korang layanlah..hehehe..mana tau korang tersuka..selalunya anak perempuan lah suka dengan video ni..Anak korang macam mana pula?


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 comments:

  1. anak-anak saya suka tengok 5 minute D.I.Y tu pastu dia akan cerita balik kat kita hehe

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang zaman canggih kan..boleh tgk kat youtbe lg kartun2 ni

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81