Tuesday, August 29, 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Tuesday, August 29, 2017 21 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Nak jemput korang untuk join Giveaway Merdeka by Kisahsidairy.com ni.
Ambil semangat sempena Bulan Merdeka pada bulan ini,"Semangat Merdeka Yang ke 60 tahun"

Giveaway ini akan berlangsung bermula dari 16 Ogos 2017 sehingga 29 Ogos.Pengumuman pemenang akan di umumkan pada 30 Ogos 2017. Hadiah berupa Cash ,topup dan hadiah lain untuk di menangi.
Syarat-syaratnya sangat mudah.JUST FOLLOW STEP di bawah.Tapi diingatkan kepada peserta agar mematuhi syarat-syarat yang diberikan ye.

Syarat-syarat Giveaway

1) WAJIB Follow Blog/Instagram/Fanpage Sponsor disini
2) WAJIB komen salah satu Entry ini Panduan percuma produk elektrik
3) Add Friend Noridayuzan

4) Buat Entry bertajuk "Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com" .

Assalamualaikum

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

5) Copy Coding yang telah disediakan dan paste ke dalam ruangan Html dan publish entry.
credit segmen copy paste to mialiana

6) Tinggalkan  URL entry anda ke dalam ruangan komen entry INI
7) Pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos 2017 menggunakan random.org
8) Giveaway ini akan berlangsung dari 16 Ogos 2017 sehingga  11.59 malam 29 Ogos 2017

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI

1. Voucher  Printcious RM60 untuk seorang pemenang
2.Wang Tunai Rm50 x 2 Pemenang
3. Wang Tunai Rm20 x 1 Pemenang
4.Wang Tunai Rm10 x  9 Pemenang
5. Customized phone Casing by Tanoshi Phone Casing
6. Produk Navou bernilai Rm25 x 1 pemenang
7.Topup bernilai RM40 x 4 Pemenang

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI,PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, August 17, 2017

Piyan Ping ointments,harap membantu

Thursday, August 17, 2017 1 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Bila dah anak dok menangis macam kena pukul,mulalah hati umi ni risau je..mulalah fikir yang bukan-bukan.

Hari tu,aku ada cerita kan tentang dak naura yang naik ruam lepas demam,ni hah..Korang baca kat entry SINI .Nampaknya Celamine Lotion tu tak langsung membantu untuk menghilangkan ruam kegatalan pada Naura.Sampai dah 3 hari ruam dia tak jugak surut.Kalau tengok dia nangis masa ketika dia gatal-gatal tu.Rasa nak nangis tengok dia meraung aje.

Hati mak mana kan tak risau,sampai babysitter pun dok risau jugak.Yelah,kalau kat rumah bolehlah dia nak mengaruk ke ape ke kan.Tapi kalau kat rumah orang,adohaiii...Kesian pulak.

Last-last whatssap kat babah dia bagitahu keadaan Naura.Malam semalam jugak pergi ke kedai sengseh cari ubat untuk dia.

Piyan Ping Ointments

Rasanya naura pun pernah guna minyak ni masa dia kena gatal-gatal dulu.Tapi cari ubat tu kat rumah entah ke mana perginya.Banyak sangat ubat dak naura ni kan.Kulit naura ni memang sensitif sikit,kalau terlebih garu,mulalah sampai berdarah di buatnya.

Harap-harap dia oklah kan kena minyak ni.Tak larat dah nak tengok dia merengek tak tentu hala.Walaupun nampak macam gatal-gatal aje,tapi kita tak taukan gatal dia tu macam mana...

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Wednesday, August 16, 2017

Tuesday, August 15, 2017

Teaser Merdeka Giveaway by Kisahsidairy.com

Tuesday, August 15, 2017 13 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ SAVE THE DATE ok...Esok Merdeka Giveaway by Kisahsidairy.com akan dijalankan.Giveaway ini berlangsung dari 16 Ogos sehingga 29 Ogos 2017.

Pemenang bertuah akan memenangi hadiah-hadiah yang di taja oleh rakan blogger dan individu untuk giveaway ini.

Hadiah yang bakal dimenangi adalah Wang tunai lebih dari Rm200,top up ,phone casing dan juga product dari Navou.

So,save the date ye.Esok pukul 11.00 pagi.Pastikan korang telah pun melalui syarat-syarat yang diberikan,kepada mereka yang tidak menepati syarat,korang tidak layak untuk melayakkan diri dalam pemilihan pemenang menggunakan random.org.Jadi,untuk menang,agak nipislah kalau korang tak mengikuti syarat-syarat yang diberikan.Jadi sangat adil bagi mereka yang sudah pun memberikan like,follow dan komen entry yang dinyatakan nanti..

All the best

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Giveaway by LZ

Tuesday, August 15, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Giveaway by LZ

Giveaway by Lz mencari 5 orang  yang bertuah untuk menjadi pemenang di Giveaway LZ ni.
Suka dengan template dari blog Lady in red planner ni,nampak bersih dan tak banyak widget yang menyemakkan.Loading blog laju dan takde masalah ambil masa yang lama untuk lihat blog ni

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Resepi mudah Pengat Labu + Tepung

Tuesday, August 15, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Alah..cerita hujung minggu hari itu.Dalam fridge tu memang dah ada labu.So,plan hujung minggu nak masak Labu lemak campur kacang panjang,ikan goreng dan sambal belacan.

Tapi bila ada lebihan dari labu tu,teringin pulak lah kan nak makan pengat.Rasa hati nak makan pengat nangka tu,sedap kan...Tapi dah ada labu ni,kita buat pengat labu.Bahan semua dah ada di dapur,tinggalkan nak sediakan je ni.So,terjadilah pengat labu campur dengan tepung.Aku saja campurkan tepung tu ala-ala nak buat macam bubur cha cha je lah kan.Itu pun saja nak tambah dalam labu,banyak sikit isinya kan.Mudah je nak buat ni,campak- campak je orang kata kan..hehe...Tapi hasilnya insyallah sedap.Meh la tengok resepi mudah Pengat Labu + tepung ni.

PENGAT LABU

RESEPI MUDAH PENGAT LABU + TEPUNG

• Beberepa potong labu(ikut korang nak banyak mana ye)
• 1 buku gula melaka
• 1/2 cawan sagu
• 1/2 cawan gula(ikutlah korang nak manis macam mana)
• 2 cawan santan pekat(aku guna santan kotak je)
• 1 cawan air.
• sehelai daun pandan

Untuk tepung pula
• 1/2 cawan tepung
• Air
Uli sehingga air dan tepung tu sebati macam buat doh tu ye

Cara membuatnya

didihkan air di dalam periuk dan masukkan  sagu.Dah nampak sagu tu kembang,masukkan pula labu.Selepas agak-agak labu tu dah empuk,masukkan gula melaka dan gula biasa.Lepas tu baru masukkan santan dan jugak daun pandan.Bila dah rasa elok,korang matikan api dahulu ye.

Di dalam periuk lain,tepung yang dah siap di uli tu,korang masukkan,macam aku ,gentelkan tepung tu memanjang dan gunting pendek-pendek dan masuk dalam periuk yang korang masukkan air tu,Pastikan air tu dah menggelegak lah ye.Dah nampak macam tepung tu ringan sikit,angkat dan masukkan ke dalam pengat labu tu.

Lepas tu,korang hidupkan api pengat labu tu semula dan,kacau lah supaya tepung tu sebati dengan pengat tu.

Baru boleh dihidangkan....acane..senangkan.

pengat labu

Nilah rupa pengat labu + Tepung yang dah siap.

Aku tak sempat nak ambil gambar dalam mangkuk cantik..Dah sibuk dengan anak.Selalunya pengat ni aku suka makan masa panas-panas...Dah tak menyabo nak makan weh....

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Monday, August 14, 2017

Liang Pori Terbuka? Apa kesudahannya.

Monday, August 14, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alahai...kalau cerita pasal beauty tips ni bukan kepakaran aku.Siapa je kan tak nak kulit cantik.Ada sesetengah orang dikurniakan dengan kulit yang cantik,dan ada orang yang kurang cantik..Bukan jenis kulit macam sawo matang ke,hitam manis tu ye.Itu semua cantik je kejadiannya.

Yang aku nak ceritkan ni adalah kulit muka yang pori kulitnya terbuka.Macam aku ni hah.Kalau dulu,kulit muka aku bukan sahaja ada open pores tau,tetapi jugak package dengan jerawat dan kulit berminyak.Macam-macam produk jugak guna.Ada yang memberikan kesan awal,ada jugak yang takde kesan.Bila dah bercampur produk ni,macam-macam lah masalah kat muka ni.

Tu yang mengerikan sebenarnya kan.Dulu pernah jugak aku terjebak dengan produk yang memberikan kesan awal ni,memang kulit cantik,tapi lepas pada berhenti,mulalah segala jenis mak nenek tumbuh kat muka.Berminyak dan berjerawat balik..huiiii..Boleh murung tau dibuatnya.Kalau aku ni sejenis spesies pakai makeup takpe lah jugak,At least,boleh lagi cover muka tu.hehehe...Tapi bila tak pandai makeup,ko keluar jelah dengan muka breakout tu...Self confident terus jadi down tau..Lagi satu tabiat dulu,suka sangat usik muka ni dengan jari..Jari adalah no satu perkara yang menyebabkan kulit muka kita ni lagi teruk...Sila percaya!! Sebab tu jangan gatal-gatal tangan dok picit jerawat.Memang kesan jerawat hitam keluar lah nampaknya.

Tapi bestnya,hormon lepas bersalin ni ok je..Takde jerawat gatal tu,jerawat masa period tu normal,sekejap je hilang.tak gitu..Cuma masalah aku sekarang adalah Open Pores yang sangat mencabar untuk memulihkan keadaannya..Tapi ada ke ubat untuk hilangkan open pores ni.

APAKAH PUNCA LIANG PORI TERBUKA

1.GENETIK
Masalah pori-pori di muka terbuka berpunca dari beberapa faktor antaranya adalah genetik  keturunan.Genetik  ni bukan sahaja hanya pada warna kulit dan mata,malah ia juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang.

2.PENUAAN
Bila kita dah meningkat usia ni,secara semulajadinya,penghasilan Elastin akan berkurang,Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal.Bila Elastin berkurangan,ia menyebabkan kulit menjadi kendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

3.CAHAYA MATAHARI
Radiasi Ultraviolet dari cahaya matahari menyebabkan kerosakkan Elastin pada wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka apabila wajah sering terdedah dengan matahari.

4.KEBERSIHAN
Jika kita tidak mencuci wajah dengan betul,pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat,dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

CARA BERKESAN MENGECILKAN LIANG PORI

Apabila liang pori terbuka ni,maka timbullah whitehead dan blackhead...betul tak,lagi merimaskan dan mencacatkan lagi muka..hadoiii...tak boleh terima kenyataan macam ni...hehehe...Tapi kalau malas,memang benda tu semua akan datang.

Ada je kaedah-kaedah alami yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan pori ni,cuma ambil masa sikitlah kan.Di luar sana,banyak jugak produk-produk yang boleh membantu kita ni untuk mengecilkan pori,cuma kita kenalah  mencuba dan pastikan produk yang kita gunakan tu,bebas dari bahan kimia berbahaya.Meh aku share sedikit beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mengecilkan Liang Pori Terbuka ni.Dari pembacaan aku disini ,tak perlu guna produk mahal pun,boleh atasi masalah ni

BASUH MUKA
Basuh muka adalah rutin yang wajib kita lakukan setiap hari.Bagi aku,bila dah rasa kulit muka ni tak selesa,aku memang basuh.Sebab muka Oily ni kekadang merimaskan kita,jadi untuk menyegarkan muka ni,basuhlah muka.Kalau korang nak tahu,dengan membasuh muka secara kerap,ia akan membersihkan muka kita daripada kotoran yang tersumbat di dalam kulit seperti habuk,minyak mahupun bakteria yang membuatkan liang pori terbuka.

SCRUB GULA
Gula pun boleh membantu kita dalam kecantikkan diri tau.Tak semestinya gula untuk memaniskan masakkan dan minuman.Gula dikatakan boleh membuang sisa minyak tersumbat di wajah dan mampu mengeciklan liang pori.Caranya :-

• Letakkan sedikit gula kepada satu bahagian perahan jus buah lemon.
• Sapukan perahan itu tadi kepada seluruh wajah.
• Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk.
• Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

STIM MUKA
Cara ini membantu untuk liang-liang pori itu mengecil dengan perlahan dan sekaligus menyingkirkan bakteria serta kotoran yang ada pada wajah dengan berkesan.Semasa proses Stim muka ni berlaku,korang boleh cuba buang whitehead dan blackhead yang ada pada muka.Selepas itu,haruslah dibersihkan dengan air sejuk.

JUS LEMON
Selain kegunaan Jus lemon ni dalam kehidupan kita,Jus lemon ini juga mempunyai astringen semulajadi yang membantu kita untuk mengecilkan liang pori terbuka.Ia juga mampu untuk menegangkan kulit muka kita.Caranya adalah :-

Ambil 2 biji buah lemon dan perahkan jusnya.Sapukan jus tersebut di bahagian muka selama 30 minit.Kemudian bilas dengan air sejuk.Lakukan ia 2 kali sehari.

YOGURT
Yogurt merupakan produk semulajadi untuk mengatasi masalah pori terbuka ini.Ia mampu menyingkirkan sel kulit mati.Caranya adalah :-

Ambil Yougrt asli tanpa perisa dan tidak mengandungi gula.Korang boleh cari yogurt plain.Sapukan pada muak setiap kali sebelum mandi dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 minit.

Hah....dah adakan cara yang boleh mengatasi masalah Liang Pori terbuka ni.So ,apa kata kita cuba dari sekarang.Mana tau muka kita akan berubah menjadi cantik...hehehehehe....Puan blog nak jugak mencuba,tapi tak taulah bila nak start..nanti puan blog share ye kalau puan blog ni dah cuba.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Demam dan Ruam

Monday, August 14, 2017 3 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Naura demam lagi.Naura ni memang jenis senang sangat kena demam,nak kata antibodi tak kuat,mungkin lah kot.

Masa sebelum aku pergi appointment kat Hospital lagi dia dah demam.Malam sebelum esoknya ke Hospital,aku dah bawak dia pergi jumpa doktor.Biar pun ada ubat lagi kat rumah,aku memang akan bawa dia ke klinik kalau demam dia tak kebah tau.Jenis Naura ni suka demam malam.Kalau malam,badan dia memang akan meningkat.Sebab tu bila dia dah demam,umi dia tak boleh nak tidur malam.

Kali ni,demam dia diikuti dengan ruam tau.Masa nampak biji-biji merah kat badan dia tu,aku ingat dia nak kena chicken pox ke ape kan,Tapi takdelah besar-besar macam kakak dulu kena.Aku pernah up entry pasal kakak fiyah kena Chicken pox di SINI .Tapi kakak bukan sekali tau kena,dua kali dia kena,hah,kot korang nak baca entry pasal tu,Klik je kat SINI. Tapi masa kakak kena teruk jugak tau,besar-besar biji dia tu.Meletus-letus air dari biji merah tu.

Hah..si Naura ni belum kena pulak.Tak taulah nanti tu macam mana.Tapi demam kali ni,seperti yang aku cakaplah kan,ada ruam-ruam merah.Tanya kat doktor apa yang merah-merah tu,chicken pox ke? Dia kata jauh sangat chicken pox.Aku tak ingat apa yang dia cakap,tapi aku ada lah menggoogle tentang ruam merah ni.

Aku ada goole,ada maklumat ni kata nama demam ruam ni dikenali sebagai Roseola infantum.Dari pembacaan aku,Roseola ini adalah penyakit virus yang agak ringan yang biasanya menyerang bayi berumur antara 6 hingga 3 tahun.Ia bermula dari demam yang agak tinggi selama tiga hingga lima hari dan diikuti dengan ruam ni.

Bukan setakat di badan,malah celah peha,kaki,tangan..Ni dah mula naik kemuka pulak

Tapi kesiannya,ruam ni macam gatal pulak tengok,kerap nau suruh umi dia garu.Actually umi memang tak garu pun,umi cuma gosok-gosok je pakai tapak tangan,kalau garu kang,takut luka pulak.

Doktor pun dah bagi Calamine Lotion ni sebab doktor dah pesan siap-siap ruam ni macam merenyam sikit.Nanti anak tak selesa,Dan betullah,dia memang tak selesa.

Bila setiap kali dia gatal,aku sapukan lotion ni,lepas mandi wajib aku sapu.Tak pun kalau dia dah kerap sangat suruh garu,aku mandikan dia,baru letak lotion ni balik.Yelah,dia tau nak ngaruk je kan,sebab apa,sebab dia tak selesa.Kita yang tengok pun kesian,

Moga cepatlah dia sembuh,malam pun macam ngigau je dia,tak tau kenapa..Bertabahlah seorang umi bila tengok dan layan anak dia  dalam keadaan tak sihat.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Sunday, August 13, 2017

Breakfast cucur bilis viral

Sunday, August 13, 2017 24 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊actually yang viral bukan cucur bilis or cucur udang.Yang paling viral adalah cucur manis.Cucur manis ni takde pun letak apa-apa di dalamnya.Cuma tepung dan sedikit gula serta air panas.
Tapi disebabkan mengikut selera tekak masing-masing maka terjadilah cucur bilis viral.Setahu aku resepi ni sebenarnya dari tok moyang kita dulu.Tapi bila sorang dah buat,kuasa media social tu memang luas.So,bila dah semua pakat share,maka terjadilah,cucur manis viral,cucur udang viral dan cucur bilis viral.

Tapi serius weh,bila korang buat jemput-jemput ni pakai air panas,memang lembut gila.Laju lah bila mengunyahnya.Kena pulak dengan kopi O.Memang terangkatlah jawabnya.

Nak bagi budak makan pun tak risau tercekik.

Nanti senang-senang bolehlah pelbagaikan lagi rencah dalamnya.Buat untuk makan petang or malam.Sure licin,kena pulak menghadap tv,syoklah mengunyah.Kena pulak time hujan..wehhh..memang tak cukup sepinggan.

Resepi cucur bilis Viral

Bahan-bahan
• Tepung(ikut suka korang nak banyak mana)
• Lobak di potong dadu
• Sedikit daun kucai
• Ikan bilis yang dah ditumbuk halus
• Sedikit garam
• Air panas(ni yang penting,yang betul-betul panas)
Cara membuatnya,campurkan semua ke dalam besen,then korang letak air panas tu.Korang agak-agak jelah air panas tu dengan tepung,jangan terlalu banyak sangat.

Panaskan minyak di dalam kuali.Pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas tau.Ambil satu sudu dan korang bulat-bulatkan.Nak guna tangan pun boleh,tapi kalau takut melekat,korang letaklah tepung kat tapak tangan...then,gorengkan dia,nampak dah macam keemasan tu,bolehlah diangkat.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Benefit of Sun Gazing

Sunday, August 13, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hi..Hope you're guys doing well..Did you know many reason why you should see the sungazing.Let'see the benefit of sungazing.

• Decrease in appetite,weight loss
• Increase production of serotonin and melatonin.
• More psychic powers and increase intuition.
• Impeove eyesight and vision.
• More energy and vitality.
• Increase sex drive and stamina
• Raise consciousness and awareness
• Decalcify the pineal gland
• Improve overall health
The safe time to look at the sun is no later than 30 minutes after sunrise within 30 minutes before sunset.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Saturday, August 12, 2017

Menu lunch Sabtuday

Saturday, August 12, 2017 7 Comments
Assalamualaikum
Hai korang..selamat tengahari.Keman korang hari ni?emmm..menu korang hari ni?

Sabtu ni tak kemana pun.Just relaks kat rumah.Kalau takde aktiviti lain,memang kag rumah lah berehat.Sambil-sambil mengemas kat luar rumah tu.Biasanya kalau hari bekerja aku jaranh bersihkan kat laman rumah.Hari sabtu atau ahad lah hari untuk aku mengemas.Lepas mengemas,waktu untuk ke dapur pulak kan.

Menu hari ni,nak kata simple tu,boleh lah.Tapi jarang masak menu ni.Sesekali jelah kan.Menu untuk tengahari ni,labu masak lemak bersama kacang panjang,ikan goreng dan juga sambal belacan.Hah..itu jelah menu kami.

Sebenarnya menu ni memang dah plan masa aku beli lauk lagi.Selalunya macam tulah,aku akan beli lauk mengikut apa yang aku akan masak.Tu pun kalau teringat nak masak apa,macam sayur sawi ke,kacang panjang ke,taugeh,memang wajib aku beli setiap kali beli lauk.Begitu juga dengan makanan laut macam ikan,aku akan beli dua jenis.Ayam seekor dan kalau rasa nak makan daging aku belilah.

Biasalah kan,nak ke pasar tu,agak jauhlah.Lagi pulak aku bekerja,selalunya lauk aku akan beli seminggu sekali.Kalau aku tak bekerja,nak je hari-hari pergi ke pasar,best sikit kan.Dapat lauk segar lagi sedap.korang pulak macam mana?

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Friday, August 11, 2017

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Friday, August 11, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
• Follow Blog Sponsor

• Like Fanpage

• Add To Circle Sponsor
• Follow Instagram Sponsor

• Follow Twitter Sponsor
• Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com
• Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
• Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI

17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada
1 September 2017

Sekian , terima kasih

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

BelVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour

Friday, August 11, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Untuk pengetahuan korang,Biskut Belvita breakfast menawarkan perisa terbaharu iaitu Pisang dan Oat.
Biskut Belvita Breakfast adalah Menu Variasi terbaru untuk menyokong amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk bandar.Mondelez Malaysia(Mendelez)iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelez International,hari ini memperkenalkan produk terbaharu bagi rangkaian biskut Belvita Breakfast,iaitu BelVita Pisang & oat.Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.
belvita
Sharon Tan, Head of Biscuits and Salty Snacks of Mondelēz International and Dr Hamid Jan, Associate Professor, School of Health Sciences, Universiti Sains

Kata Sharon Tan,iaitu Ketua Bahagian Biscuits & salty snack,Mondelez Internatioan berkata,Rata-rata -rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda,badan dan jiwa.Oleh sebab itu,kami telah menghasilkan produk yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia.
belvita
(From L to R) Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana and Jenn Chia at the launch of new belVita Banana & Oats

Dengan menggunakan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini,kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang.Tambahan pula,BelVita pisang dan Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan,sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.
Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

belvita
(From L to R) Renowned lifestyle gurus, Jenn Chia, Hansen Lee and Dr. Ezani Farhana demonstrated a complete mind, body and soul experience at the event

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”

Harga dan Tempat Jualan

• belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
• 80g (RM2.90)
• 160g (RM5.20)

• Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
• Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
• Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Benefit Of Iron in human body

Friday, August 11, 2017 0 Comments
Assalamualaikum

Benefits of iron in human body.Must be taken everyday.

Benefit Of Iron in human body
• Treats Anemia
• Cures restless leg syndrome
• Regulates body temperature
• Helps in formation of hemoglobin
• Helps cure insomnia
• Maintains muscle health
• Increases brain development
• Cures anemia during pregnancy and menstruation

So,everybody must take iron for a healthy body.

source: google

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Setiap kali ke Hospital

Friday, August 11, 2017 4 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Masuk lewat sikit hari ni,Anak dara sorang tu,malam tadi tak keruan lagi.Risau pulak bila malam je dia demam,lepas tu tumbuh pulak banyak ruam-ruam kat badan.Kata doktor tak perlu risau sebab bukan campak or chicken pox.Eh...aku tak sure samada dua-dua tu sama jenis ke tidak.

Kalau diikutkan nak je cuti lagi sehari,tapi disebabkan AL tak de,jadi terpaksalah mak masuk kerja nak oii..Jadi bertabahlah mak menahan segala sengsara dok ingatkan anak kat rumah.Harap dia ok je dengan babah and nenek.And of course,sebelum tinggalkan dia dengan babah,banyak dah input bagi kat babah.Banyak dah senarai yang perlu babah buat hari ini..Siaplah kalau babah tak buat..hahahaha...

Oh ya,harap korang tak muak dengan entry ni,sebab entry ni masih lagi bercerita pasal appointment dengan pakar semalam.AKu ada cerita dekat korang di Entry SINI semalam.Selalunya bila jumpa pakar,ada dua benda aku akan buat.Satu aku akan buat Echo dan satu lagi jumpa doktor pakar..Tu jelah.

Setiap kali pergi memang itu adalah benda wajib yang aku perlu buat.Nak tunggu buat Echo tu memang lama tau.Bukan sekejap.Jadi pesakit kat situ pun dah faham.Yes,Bukan sebab diorang tak buat kerja tau,sebab untuk  buat echo pada pesakit pun mau makan setengah jam.Itu yang tak serius,yang serius lagi lama aku rasa.Kalau tak jumpa apa yang diorang cari,lagilah lama.Yelah,mereka buat kerja mereka kan,kena Faham.So far pesakit yang buat echo tu memang faham..macam aku..hehehe
Hah..itulah bendanya Echo tu.Mesin ni digunakan untuk check keadaan jantung korang.Kotlah ada masalah.

Memang setiap kali ada appointment dengan pakar,inilah benda yang aku buat.Lepas tu baru aku jumpa pakar.Biasa bagi jumpa pakar,dia akan terangkan apa yang aku alami.Kes nak pregnant lagi...Hah...itu yang buat aku sedih bila cerita pasal pregnant,kalau aku nak pregnant lagi lah,akan ada high risk samada untuk baby ataupun untuk aku.And setiap kali tu dia tanya,ada plan nak pregnant lagi ke tak.Huihhh....kalau ikutkan hati ni,macam nak preggy lagi,Tapi bila fikirkan kesihatan,nasihat mak,kawan-kawan,diorang  pun nasihatkan aku supaya tidak mengandung.Yes,bila fikir positif,memang takde bendalah akan berlaku.

Tapi bila fikir negatif,bila aku mengandung,jadi apa-apa kat baby dalam kandungan,dan perhatian pada Naura,buat aku banyak kali berfikir.Kalau aku takde nanti,haisshhh..semua lah...

Hidup ni kena teruskan,kalau rasa diri mampu,maka kita akan teruskan,sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul,kena lihat ke hadapan.Betul tak.Harap-harap aku terus sihat untuk anak -anak..Be Strong beb!!

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, August 10, 2017

Bersiaran di Hospital

Thursday, August 10, 2017 7 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊Bersiaran di Hospital Sultanah Aminah hari ni.Kalau korang ada baca  entry aku tentang appointment lagi,sure korang tahu kenapa aku disini hari ni.

Ini pun terlambat datang untuk appointment.Dalam kad appointment pukul 9 pagi,tapi disebabkan Naura kurang sihat,terpaksa lambat sikit.Pukul 9.30 pagi baru daftar.And of courselah masa untuk jumpa doktor tu memakan masa yang lama.Ini pun penuh semua tempat duduk.Yelah,dah namanya hospital besar kan,mesti ramai orang.

Angka giliran dah dapat,cuma tunggu panggil je ni.Tapi jenuh jugak menunggu.Sebab tu kena ambil cuti satu hari.Ni pun angkut anak dara ni pergi ke hospital jugak.Nak tinggalkan dengan baby sitter ,takut yang lain jangkit pulak.

Alhamdulillah,malam tadi lagi dah bawa dia ke klinik.Nampak ada ruam kat badan dia,ingatkan campak ke apa,cuna ruam panas.Doktor kata badan kanak-kanak ni,kalau panas sangat,dia akan keluar ruam panas ni.Bila dia dah demam,memang umi dia tak dapat nak tidur dengan tenang.Otj lagi baik,dari perkara buruk berlaku.Biasanya budak yang demam malam ni bahaya sikit,buatnya panas dia naik mendadak,uih.naya.Tu pun umi dia kerap bangun basahkan badan dia.

Alang-alang menunggu ni,up satu entry kat blog kesayangan ni.Sempatlah sementara anak masih tidur.kesian dia,mesti ngantuk sebab malam tadi tak lena tidur.

Ok guys,jumpa lagi nanti..Dah namanya blogger kan,kat mana-mana boleh update..heheh

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Wednesday, August 09, 2017

Follow Us @aida_yusof81