Wednesday, August 09, 2017

# Nagging

Appointment lagi!

Assalamualaikum


Hai korang☺☺ Rasanya macam dah lama tak cerita pasal berjumpa dengan doktor pakar ni.Last aku jumpa dengan doktor pakar adalah pada tahun lepas  bulan lapan.




Setiap kali jumpa dengan doktor pakar,setiap kali tu lah kena bercuti sehari.Memang tak dapatlah nak masuk halfday kan.Jumpa doktor pakar adalah di Hospital Sultanah Aminah.Memang bercinta pagi-pagi nak redah jammed ke sana.Bukan takat jammed je,parking pun payah.Sebab tu husband kena ikut setiap kali ke sana.Senang aku terus jumpa doktor,manakala dia cari parking.Lagi satu bila dah berjumpa pakar,aku akan pastikan husband kena ada di sebelah.Biar dia dengar apa yang keluar dari mulut doktor tu..hahahaha...




Aku pernah ceritalah apa yang aku buat di Hospital,korang boleh rujuk entry aku terdahulu di SINI .Sebelum entry tu pun dah banyak aku cerita apa yang terjadi pada aku.emmm...kalau korang sedia maklum,aku memang dari kecil dah ada masalah jantung.Operation jantung pada tahun 1996.Selalu kena buat check up kat HSA.Tapi lama kelamaan terus tak pergi..Macam dah sihat sepenuhnya je kan.Sangkaan paling melesetlah kalau ko dah betul-betul sembuh.Sampai aku pregnant,baru tau aku masih ada masalah jantung..



Sebab tu dalam sebulan lebih 10 kali pergi ke klinik dan hospital.Boring tau!! Tapi apakan daya,demi anak,harungi jugaklah walaupun pahit.Dan bermulanya kehidupan sebagai seorang pesakit jantung lagi...hahha..lagi? entah eh..Lepas bersalin kan naura,aku memang hadapi masalah jantung tu,walaupun doktor tak dapat nak diagnos lagi apa puncanya,tapi redha jelah..Janji aku masih lagi bernafas.Kalau ikutkan Jantung belah kiri aku ni denyutannya berbeza...ishhh..susahlah aku nak terangkan,tapi itu sahajalah yang aku tahu.Kadang-kadang ada satu masa,jantung aku ni akan berdegup laju...degupan laju tu ambil masa dalam 5-10 minit.




Sebab tu aku kena follow up,dan setiap kali follow up,aku kena buat echo sound.ahhh..benci! tapi pasrah.Allah nak bagi bahagian aku,aku terima seadanya.Memang terkadang,fikir benda yang negatif,tapi aku tetap berserah pada Dia.Buat-buat happy,buat - buat bahagia sebab takmo fikir benda yang negatif tu.



Eh.dah..melalut dah ni hah..Cerita pasal appointment je pun.Tapi alhamdulillah lah,Sekarang ni appointment pun setahun sekali.Degup jantung aku yang laju tu pun dah jarang muncul.Syukur..Cuma cepat penat tu je.Lepas tu tak boleh nak terkejut sangat,mulalah berdebar tu datang..Korang jangan terperanjat kan aku tau..hahahaha...pendek umur kang.



Hope esok takde apa yang merisaukan aku..Nak tengok doktor senyum tanpa geleng kepala..Mana tau boleh pregnant untuk sorang lagi...agagaga...teringin weh bau baby..sengal kan.





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. macam tu kisahnya...tabahlah ye.semoga akan sentiasa sihat and boleh dapat ramai lagi baby. Amin..

    ReplyDelete
  2. semoga diberikan kesihatan selalu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda..semoga diberikan kesembuhan dan diberikan kesihatan yg baik...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak.. Baru tahu kisahnya.. Moga akak diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81