Sunday, August 13, 2017

# food # Resepi

Breakfast cucur bilis viral

Assalamualaikum
Hai korang😊😊actually yang viral bukan cucur bilis or cucur udang.Yang paling viral adalah cucur manis.Cucur manis ni takde pun letak apa-apa di dalamnya.Cuma tepung dan sedikit gula serta air panas.
Tapi disebabkan mengikut selera tekak masing-masing maka terjadilah cucur bilis viral.Setahu aku resepi ni sebenarnya dari tok moyang kita dulu.Tapi bila sorang dah buat,kuasa media social tu memang luas.So,bila dah semua pakat share,maka terjadilah,cucur manis viral,cucur udang viral dan cucur bilis viral.

Tapi serius weh,bila korang buat jemput-jemput ni pakai air panas,memang lembut gila.Laju lah bila mengunyahnya.Kena pulak dengan kopi O.Memang terangkatlah jawabnya.

Nak bagi budak makan pun tak risau tercekik.


Nanti senang-senang bolehlah pelbagaikan lagi rencah dalamnya.Buat untuk makan petang or malam.Sure licin,kena pulak menghadap tv,syoklah mengunyah.Kena pulak time hujan..wehhh..memang tak cukup sepinggan.

Resepi cucur bilis Viral

Bahan-bahan
  • Tepung(ikut suka korang nak banyak mana)
  • Lobak di potong dadu
  • Sedikit daun kucai
  • Ikan bilis yang dah ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Air panas(ni yang penting,yang betul-betul panas)
Cara membuatnya,campurkan semua ke dalam besen,then korang letak air panas tu.Korang agak-agak jelah air panas tu dengan tepung,jangan terlalu banyak sangat.

Panaskan minyak di dalam kuali.Pastikan minyak tu banyak dan betul-betul panas tau.Ambil satu sudu dan korang bulat-bulatkan.Nak guna tangan pun boleh,tapi kalau takut melekat,korang letaklah tepung kat tapak tangan...then,gorengkan dia,nampak dah macam keemasan tu,bolehlah diangkat.




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

27 comments:

  1. Mcm cucur ikan bilis adabi kn . Tapi better homemade sndiri boleh letak ikn bilis ikut citarasa kita kan .. sedap ni ..cicah dengan sos thai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat sendiri,nak letak apa pun boleh kan

      Delete
  2. Saya pun dah rasa nak buat jugs.. Pergh.. Sedap giler tu

    ReplyDelete
  3. yummeh, cik timm buat cucur jagung ptg2..nk abiskn stok jagung..nk mkn smpai boring..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah boring buat lain pulak cik timm

      Delete
  4. Biase buat dulu. Fmly sy pgil cikodok lampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah,padahal orang dulu memang buat ni kan

      Delete
  5. Ingat zaman muda-muda dulu, selalu beli cucur yang paket.Adabi rasanya. Cuma perlu tambah air .. kami nak lagi boleh tak cepat ?

    Muzik masih tergiang di kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha..teringat iklan tu sampai sekarang pun ada

      Delete
  6. Selalu juga bersarapan jemput-jemput ikan bilis homemade ni.
    Jemput2 nasi pun sedap.

    ReplyDelete
  7. selalu wat x jadi taruh air panas
    cucur jadi garing dan berminyak - sentiasa mencuba

    ReplyDelete
  8. dari dulu buat jemput-jemput tuang air panas gelegak..sekarang viral dah
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mar,biasalah sekarang ni kuasa viral tu kuat

      Delete
  9. busyra suka cucur mcm ni.. makan time ptg2.. fuh best. hehe

    ReplyDelete
  10. alamakkkk sedapnya..nak buat bulat2 pulak lah..

    ReplyDelete
  11. alamakkkk sedapnyaaa haihh baca entri pulak time hujann.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  12. sedap! yang cucur viral tu agak leceh nak buat bentuk bulat tu kan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum eda...mama pun kalau buat cucur ni mmg guna air panas..kalau dah sejuk pun ianya tetap lembut...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81