Thursday, August 24, 2017

# makanan berkhasiat

Khasiat Pink Rose Buds Tea yang baru aku ketahui

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Actually dah lama dah aku terbaca tentang kebaikkan pengambilan Rose buds ni,Tapi asyik lupa je nak beli.Bila dah meningkat usia ni,banyak yang kena jaga,apatah lagi jenis suka makan macam-macam.Tak jaga pemakanan,So badan pun makin lama makin naik,makin tak sihat.
Sedari dari itulah,aku plan nak jaga kesihatan...eufff....Harap aku bertahan untuk menjaganya.Tak taulah bila betul-betul aku nak start.Cuma sekarang ni aku nak kurangkan pengambilan karbohidrat dalam badan.Pesakit jantung macam aku ni,kalau tak jaga pemakanan,lama-lama ianya kan menjadi lebih teruk.Tu yang ingat nak mati je.Korang tahu berat aku sekarang berapa? Berat aku sekarang adalah 62kg dengan ketinggian 159cm...Korang rasa,adakah itu berat yang ideal.emm..entah la..rasa nak kena belajar kot tentang berat ideal,berapa kalori yang perlu kita ambil,apa yang perlu kita ambil..Semua tu kita kena ambil tahu.
Hari tu masa aku berjalan di Aeon Jusco,actually dari rumah dan ingatkan babah,bila pergi ke Aeon Jusco mesti singgah di kedai yang jual Rose Buds ni..So di AEON babah dah ingatkan umi untuk beli Rose Buds.So sebelum balik aku singgah di kedai China yang jual produk herba.kat situ pun banyak jugak Teh yang pelbagai jenis di jual.Aku ingat nak beli sekali dengan Apple buds tu,tapi aku nak cuba dulu Rose Buds ni.
pink rose buds tea
Rose Buds
Harga untuk satu botol ni adalah RM15 sahaja.Botol pun besar jugaklah..Tapi apa khasiat yang terdapat di dalam Rose Buds ni..Meh aku kongsikan

Kebaikkan  Pink Rose Buds Tea 

  1. Ia mampu merawat penyakit berkaitan dengan sistem peranakkan.
  2. Ia mampu menyembuhkan luka dan radang pada kulit.
  3. Ia merawat masalah saraf dan sebagai ubat hidu untuk pesakit paru-paru.
  4. Ekstraknya pula digunakan unttuk pesakit yang mempunyai masalah jantung dan buah pinggang.
  5. Menentang bakteria dan mengatasi masalah proses masalah proses penghadaman di dalam perut dan usus kecil kerana ia mengandungi vitamin C ,karotena dan kumpulan vitamin B dan K.
  6. Hampir semua mineral penting boleh di dapati dalam kelopak bunga ros.
  7. Di dalam kelopak ros juga ada iodin yang bagus untuk kelenjar tiroid.
  8. Kelopaknya yang segar boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan melecur serta alahan pada kulit dan masalah gatal.
  9. Dengan menghidu bau bunga ros segar atau minyak ros,insyallah dapat melegakan pening kepala,mabuh dan lemah tenaga.
  10. Mengandungi kalsium yang mempengaruhi metabolisme dan proses asimilasi zat makanan.
  11. Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen(awet muda)
  12. Baunya sahaja boleh menghilangkan sakit kepala,batuk ,seleseam dan masalah saraf.





Khasiat yang ada di dalama Pink Rose Buds Tea

Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.
Merawat ulser perut.
Membuka penutupan pada saluran bronkial(paru-paru)
Membantu proses penghadaman
Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan merka yang mudah lupa(ini adalah hasil dari penyelidikan saintis jerman tau)
Merawat jangkitan pada mata.
Meredakan sakit tekak.
Merawat infeksi pundi kencing
Memberi kesan penyejukkan pada badan-merawat demam dan selsema
Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen(awet muda)
Mengekalkan kesihatan usus
Mengandungi bahan pengantioksida-Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular
Meredakan kebimbangan dan kemurungan(anti-depressent)
Merangsang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis
Melancarkan kitar haid dan masalah rahim
Menghilangkan keletihan
Merawat cirit birit
Mengandungi Vitamin A,B3,C,D dan E
Menghilangkan sakit kepala dan pening


Bagaimana cara pengambilan Pink Rose Buds Tea


Ambil 4-5 bunga ros dan rendam di dalam air panas.
Biarkan selama 10 minit hingga bertukar warna kemerahan.
 Boleh di tambah berulang kali sehingga warna rose itu pudar.
 Amalkan pengambilan setiap hari untuk kesihatan dan kesegaran yang berpanjangan.



credit : fizura512.blogspot.my





Nampak tak,betapa banyaknya khasiat yang terkandung di dalam bunga ros.So,sebab tu aku dah try minum Pink Rose buds Tea ni..Memang best.Nak tau berkesan ke tidak..Alah..baru 3-4 kali minum,mana nampak hasilnya kan.Kenalah berterusan.Betul tak..


Ini bukan advertorial tau..Ini pengalaman aku yang aku akan gunakan untuk diri kelak.Sebab jika kita tahu ianya bertujuan untuk kesihatan,why not kita kongsikan sama-samakan.



And yess,aku nak ingatkan korang Merdeka Giveaway masih lagi berjalan,so korang ada masa lagi nak join Giveaway tu.Hadiah yang menanti pastilah yang menarik kan.






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

8 comments:

  1. Tak pernah tahu pula ada jual Rose Buds tu... Maknanya sebelum jadi bunga ros diaorang petik ke? Banyak juga khasiatnya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh cuba kan..saya pun banyak belajar dari orang cina tentang ni

      Delete
  2. ada penyakit jantung ke? rabia jantung berlubang dan injap bocor sikit.Tapi dah operation masa darjah 4 kat IJN.Alhamdulillah skrg pergi check-up je dkt hospital sini.Skrg pun mkn supplement utk jaga kesihatan rabia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...kita sama sebenarnya...sama je..sekarang akak pun dok follow up dengan doktor,tapi akak operation masa akak umur 13 tahun

      Delete
  3. Suka aroma rose yang wangi bila bancuhh dengan air panas tu.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81