Wednesday, August 09, 2017

# info # Tips

Perbezaan cili kering yang perlu korang tahu

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Pernah tak korang alami bila makan sambal,korang rasa tahap kepedasan sambal tu memang dah melebihi level kepedasan pada korang? Padahal korang letak cili tu sikit je kan,Tapi kenapa sambal tu terlebih pedas.
Haishhh...Masa aku jenjalan kat Tesco tu,adalah kan pasangan ni,dia sibuk nak mencari cili kering yang cantik.Tapi bila dia tengok aku ambil cili kering yang kerinting dan nampak buruk tu,terus dia tanyakan aku,apa beza cili kering yang aku ambil dan yang dia ambil.
Kalau dulu,aku memang tak amik tahu pun kan samada cili tu macam mana keadaan dia.Sampailah dah jadi mak-mak ni,baru aku tau bila aku pernah tersalah beli cili kering..Sebab pada aku,sama je semua cili kering.Meh aku share sedikit apa yang membuatkan jenis cili kering ni berbeza.
Image result for jenis cili kering

1.Cili kering jenis biasa pedas

Kalau korang yang tak berapa suka nak pedas sangat dalam masakkan yang menggunakan cili kering,korang wajib mengambil cili kering yang kerinting ataupun berkedut.Warna cili kering yang biasa pedasnya ni sedikit kusam dari yang lain.Cili kering jenis ni,memang aku gunakan berbanding yang lain tau.

2.Cili kering yang kurang pedas.

Selalunya cili kering yang kurang pedas ni,jarang jumpa di pasaran.Warna cili kering jenis ini nampak merah kehitaman.Cili kering ni besar sikit dari cili yang lain dan selalunya terdapat di pantai Timur sahaja.Cili kering ni kurang biji,tak sama dengan yang lain.
Image result for jenis cili kering

3.Cili kering Pedas

Hah..Yang ni korang berjaga-jaga sebab kepedasan tak masuk di akal..itu untuk akulah,kalau korang yang suka pedas,bolehlah beli cili kering ni.Bentuknya  tak terlalu panjang dan jenis cili ni berkilat.Cili ni nampak licin.memang senang korang nak bezakan.Warnanya pula merah dan banyak biji.
Itu sahajalah yang aku tau tentang cili kering ni.So korang kenalah hati-hati sebelum membeli.Tak susah pun nak mencari mana jenis yang biasa sahaja,yang penting korang dah tau membezakan cili-cili ni.
sumber gambar : google

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. thanks share..penting tau ni lagi-lagi jenis yang tak makan pedas.boleh menangis dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Oooo yea ke..? Selama nie saya main bedal aje bila beli cili kering, bagus info nie.. Baru tahu ada jenis-jenisnya..

    ReplyDelete
  3. Selalu beli yang kerinting tu.. Tak pedas sangat..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eda...memang betul tu eda...kalau beli mmg kena pilih cili yg kita suka...mama mmg suka beli yg keriting tu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. akak pon tiap kali beli lada kering mesti request yg tak nak pedas:)

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing kakak. boleh cuba tips ni bila beli lada kering. hehe
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81