Thursday, August 17, 2017

# parenting

Piyan Ping ointments,harap membantu

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Bila dah anak dok menangis macam kena pukul,mulalah hati umi ni risau je..mulalah fikir yang bukan-bukan.


Hari tu,aku ada cerita kan tentang dak naura yang naik ruam lepas demam,ni hah..Korang baca kat entry SINI .Nampaknya Celamine Lotion tu tak langsung membantu untuk menghilangkan ruam kegatalan pada Naura.Sampai dah 3 hari ruam dia tak jugak surut.Kalau tengok dia nangis masa ketika dia gatal-gatal tu.Rasa nak nangis tengok dia meraung aje.


Hati mak mana kan tak risau,sampai babysitter pun dok risau jugak.Yelah,kalau kat rumah bolehlah dia nak mengaruk ke ape ke kan.Tapi kalau kat rumah orang,adohaiii...Kesian pulak.


Last-last whatssap kat babah dia bagitahu keadaan Naura.Malam semalam jugak pergi ke kedai sengseh cari ubat untuk dia.

Piyan Ping Ointments

Rasanya naura pun pernah guna minyak ni masa dia kena gatal-gatal dulu.Tapi cari ubat tu kat rumah entah ke mana perginya.Banyak sangat ubat dak naura ni kan.Kulit naura ni memang sensitif sikit,kalau terlebih garu,mulalah sampai berdarah di buatnya.


Harap-harap dia oklah kan kena minyak ni.Tak larat dah nak tengok dia merengek tak tentu hala.Walaupun nampak macam gatal-gatal aje,tapi kita tak taukan gatal dia tu macam mana...





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 comments:

  1. semoga cepat sembuh daripada gatal² tu

    ReplyDelete
  2. Qekra utk Zhafran apply Uniflex N. lama dah dia pakai cream ni, mmg serasi dgn dia. sapu nipis pagi dan malam lepas mandi kat tempat gatal tu. try lah nnt carik. biasa kat Farmasi ada. nnt Qekra share gambr krim ni.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...semoga cpt sembuh yer...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. dah ok kah pakai minyak tuh?harap2 dah sembuh.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81