Tuesday, August 15, 2017

# Resepi

Resepi mudah Pengat Labu + Tepung

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Alah..cerita hujung minggu hari itu.Dalam fridge tu memang dah ada labu.So,plan hujung minggu nak masak Labu lemak campur kacang panjang,ikan goreng dan sambal belacan.


Tapi bila ada lebihan dari labu tu,teringin pulak lah kan nak makan pengat.Rasa hati nak makan pengat nangka tu,sedap kan...Tapi dah ada labu ni,kita buat pengat labu.Bahan semua dah ada di dapur,tinggalkan nak sediakan je ni.So,terjadilah pengat labu campur dengan tepung.Aku saja campurkan tepung tu ala-ala nak buat macam bubur cha cha je lah kan.Itu pun saja nak tambah dalam labu,banyak sikit isinya kan.Mudah je nak buat ni,campak- campak je orang kata kan..hehe...Tapi hasilnya insyallah sedap.Meh la tengok resepi mudah Pengat Labu + tepung ni.


PENGAT LABU

RESEPI MUDAH PENGAT LABU + TEPUNG


  • Beberepa potong labu(ikut korang nak banyak mana ye)
  • 1 buku gula melaka
  • 1/2 cawan sagu
  • 1/2 cawan gula(ikutlah korang nak manis macam mana)
  • 2 cawan santan pekat(aku guna santan kotak je)
  • 1 cawan air.
  • sehelai daun pandan


Untuk tepung pula
  • 1/2 cawan tepung
  • Air 
Uli sehingga air dan tepung tu sebati macam buat doh tu ye

Cara membuatnya

didihkan air di dalam periuk dan masukkan  sagu.Dah nampak sagu tu kembang,masukkan pula labu.Selepas agak-agak labu tu dah empuk,masukkan gula melaka dan gula biasa.Lepas tu baru masukkan santan dan jugak daun pandan.Bila dah rasa elok,korang matikan api dahulu ye.



Di dalam periuk lain,tepung yang dah siap di uli tu,korang masukkan,macam aku ,gentelkan tepung tu memanjang dan gunting pendek-pendek dan masuk dalam periuk yang korang masukkan air tu,Pastikan air tu dah menggelegak lah ye.Dah nampak macam tepung tu ringan sikit,angkat dan masukkan ke dalam pengat labu tu.


Lepas tu,korang hidupkan api pengat labu tu semula dan,kacau lah supaya tepung tu sebati dengan pengat tu.

Baru boleh dihidangkan....acane..senangkan.


pengat labu

Nilah rupa pengat labu + Tepung yang dah siap.

Aku tak sempat nak ambil gambar dalam mangkuk cantik..Dah sibuk dengan anak.Selalunya pengat ni aku suka makan masa panas-panas...Dah tak menyabo nak makan weh....












Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. sedapnya.. lama tak masak pengat labu..

    ReplyDelete
  2. sedapnya..dapat bahan santan segar tu mesti lagi umpph rasa dia kan :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...sedapnya tengok bubur ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. sedap...boleh try nih nanti resepi dia kat rumah..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81