Monday, August 28, 2017

# Resepi

Resepi Sandwich telur mudah untuk sarapan

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Saja nak up story pasal breakfast ..Yelah..Kalau nak sediakan breakfast pagi tu,kekadang ambil masa jugak.Kalau boleh nak menu sarapan yang senang,yang mudah disediakan.Lagi cepat lagi bagus.


Maklumlah,bila bekerja ni,semuanya nak cepat..Masa tu kita nak kena kejar.Kalau tak kejar,alamatnya kenalah tapau kat luar.Kalau boleh nak buat sarapan hari-hari bawa dari rumah.Yang penting jimat duit.

Apa menu yang simple untuk sarapan? Banyak sebenarnya,salah satu darinya adalah Sandwich telur.Oklah,meh la aku share resepi dekat korang,walaupun ada yang dah tau resepi ni,aku saja je nak share ikut cara aku. Sandwich telur ala-ala hotel gitu..Cuma ada beza sikit dari penyediaan telur tu.



Resepi Sandwich Telur Mudah dan cepat

alt image sandwich telur

Sebuku roti(yang kecil tau)
4 biji telur
1 biji tomato
1/2 biji timun
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam
Perahan Lemon(aku perah sikit je)
Lada hitam

Cara membuatnya
4 biji telur tu aku goreng kurang minyak.Kalau korang guna kuali yang baik sikit tu,tak payah guna minyak.Telur tu goreng hancur tau.Tomato dan timun potong dadu.Dalam satu bekas,satukan semua telur,tomato dan timun dak korang perasakan dengan garam.
Perahkan sedikit lemon dan tabur lada hitam yang dah sedia di kisar dalam botol tu...


Hah...Siap untuk korang sapukan pada roti.Nak letak salad pun boleh..Korang yang suka pedas boleh je cincang lada masuk dalam bahan tu tadi..Simple dan sedap kan..Aku letak lemon tu sebab nak hilangkan rasa muak mayonis dan telur..Thats why aku letak lemon...Sedap wehhh...

alt image sandwich telur
Siap resepi mudah Sandwich Telur ala-ala Hotel ni



Kalau ada Cheese KFC tu lagi lah best...Next aku nak try dengan serbuk cheezy tu..mesti ngamcoiii..Jangan kecam aku dah la kan..Yelah..aku bukan pandai masak sangat pun.Tapi masak untuk puaskan hati tekak husband aku pun dah syukur.Tak mintak di puji pun..hehehe..









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

6 comments:

  1. senangnya..nampak sedap tu ha...nanti SA nak cuba la buat..

    ReplyDelete
  2. Pagi makan roti camni memang terbaik. Simple dan mudah dibuat :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eda...wah !! sedapnya tengok...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. memang sedap..eh, rasa teringin nak buat pulak

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81