Sunday, August 06, 2017

# Nagging # outdoor

Riadah Pagi sabtu

Assalamualaikum
Hai korang😊😊Throwback cerita semalam.sabturday selalunya memang aku suka bawak anak-anak jalan.
Kebetulan mak dari kota datang rumab abang,so plan sabtu tu ke tasik layang-layang.Sambil brekafast,sambil beriadah dengan anak-anak.Sesambil tu,sambut birthday si anak dara tu.Even dah sambut hari tu,tapi saja-sajalah sambut dengan kakak pulak.Kesian kat kakak,nak sambut birthday dengan adik hari tu umi tak sempat nak buat bersama.Jadi sabtu tu,merealisasikan impian mereka..cewah
Antara menu simple pagi tu,yang kuih muih tu beli je.

Sempatlah semalam beli kek adik.Beli kek kecil je.setengah kilo pun ok makan beramai-ramai.Tu pun boleh share dengan orrang sebelah..alhamdulillah..rezeki diorang.Tapi masa nak tiup kek tu,anak-anak dah tak sabar nak main kat playground.Jadi terpaksalah layankan kakak dengan cousin yang lain.

Kakak-kakak lain nak main belon,so babah belanja main belon  sabun semangkuk sorang.Satu mangkuk rm3.habis mandi dengan sabun je budak-budak ni.Lepas main belon sabun,nak main gelongsor pulak.

Sudahnya mak-mak yang mandi peluh.Bila memasing dah letih.balik semula tempat berteduh,barulah aktiviti potong kek.


Kakak dan adik potong kek..dah settle semua..Dalam pukul 12.00 kami gerak balik.Itupun sebab nak hujan.Kalau ikutkan nak borak-borak lagi.Tapi bila lama-lama kang,hujan payah pulak nak bergerak.
Itu pun dah oklah riadah hari tu.Balik rumah semua dah lepak.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 comments:

  1. Seronok aktiviti macam ni...saya pun hari tu main buih sabun tapi depan umah...hikhik

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81