Friday, August 18, 2017

# Nagging

Santai petang di Jusco semalam

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Sambil menunggu jarum jam ke angka 5 petang,betapa boringnya hari ni..hadoii...tak tau dah nak cakap ape.Mybe sebab hari ni last bekerja,Gaji pun dah settle,So.kita up sikitlah story kan.
Eh korang..Giveaway masih lagi berlangsung tau,kepada korang yang belum menjoinkan diri tu,cepat-cepat tau join..Hadiah menarik menanti korang.So yang nak join boleh klik Link di bawah ni
Merdeka Giveaway by kisahsidairy.com
Actually,semalam aku half day,baby sitter ada personal problem dan dia mintak untuk jaga Naura separuh hari je.So,terpaksalah aku half day semalam.Balik je terus pergi ke rumah maklong.Saja nak melepak sana sementara menunggu babah balik kerja.Lagipun dah plan,lepas babah balik kerja nak pergi ke Aeon Jusco Tebrau.Babah ada hal nak settle dengan AEON.
Actually kalau khamis babah memang balik awal,dalam pukul 3.30 petang macam tu,dah spare siap baju babah.So,bila babah balik terus tukar baju.Malangnya petang tu hujan,pergi pun dah lambat.Gerak ke Jusco dalam pukul 4 lebih gitu.Biasalah dengan jalan jammed.Tak sahlah kan tak jammed kalau dah hujan macam tu.Tapi alhamdulillah,sampai jugak dengan selamat walau banyak jugak jalan dinaiki air.


Sambil menunggu babah settlekan hal dia dengan Aeon credit,umi dengan dak naura sempatlah berwefie.Ada je tau budak ni sorang.turun naik kerusi,pergi kacau orang,.Kacau nenek dia..Nak ke sana sini..Sampai umi pun dah tak larat nak melayan.Nasib baik ada nenek tolong layankan.Lepas pada dah settle hal babah,kitorang pi tapau perut yang mintak diisi.Just makan kat food court situ je.



Biasalah bila dah dengan nak dara ni,handphone memang tak boleh di pegang.Kalau pegang,dia pun nak sama,Jadi memang tak boleh nak pegang.Lepas pada makan-makan tu,saja umi nak window shopping kat area situ.Ikut hati ni nak masuk je belek-belek barang,walau tak membeli itu pun dah jadi..hahaha...kan..kan.




Tapi bila lalu dekat  Baskin Robbins terus babah tanya kat umi nak ice cream ke tak.hehehehe..orang nak belanja kan..so kita pun angguk jelah.Masa tu pun baskin Robbins ada buat promotion.Beli cup kedua berharga Rm3.10
 Aku ambil yang single junior,so cup kedua tu cuma Rm3.10.So total damage is RM11

Eh..sepanjang bulan kemerdekaan ni,baskin robbins ada buat promosi tau..Kot korang lalu-lalang kat situ,bolehlah menyinggah.



Kitorang lepak kat situ je makan-makan..Share makan dengan babah and nenek.Hujan so tak boleh nak makan banyak.



Tapi budak sorang ni memang tak berhengat tau.Dapat ice cream dia punya sorang je.umi nak mintak sikit pun tak boleh.Marah dia tau kalau umi ambil.Nak mintak dengan dia kena baik-baik.Kalau tak,memang takkan dapat lah apa yang dia ada tu.


Dalam jam 9 lebih kitorang dah balik.Yelah dah malam,esok pun masih bekerja..Itu pun babah ada niat nak ajak umi masuk wayang..kemahin kan..Dia ingat anak dia dah besar..umi dok risau tentang pendengaran dia je nanti.Yelah,tau-taukan sound yang mereka pasang kat wayang tu macam mana..Kuat sangat,so memang umi tak galakkan anak masuk wayang..tunggulah dia dah besar sikit..baru boleh ajak

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

6 comments:

  1. Untunglah jalan2... makan beskin robin lagi.. amboiii dia...

    ReplyDelete
  2. anak zie kalu masuk wayng tido.. hahaha

    ReplyDelete
  3. untung merdeka byk promosi kan.. mama pun dah beli eskrem br aritu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eda...wah !! naura mkn ais krim yer...grandma nak minta sikit boleh...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  5. wahhh..best budak tu dapat makan aiskrim.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81