Friday, August 11, 2017

# appointment # Nagging

Setiap kali ke Hospital

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Masuk lewat sikit hari ni,Anak dara sorang tu,malam tadi tak keruan lagi.Risau pulak bila malam je dia demam,lepas tu tumbuh pulak banyak ruam-ruam kat badan.Kata doktor tak perlu risau sebab bukan campak or chicken pox.Eh...aku tak sure samada dua-dua tu sama jenis ke tidak.


Kalau diikutkan nak je cuti lagi sehari,tapi disebabkan AL tak de,jadi terpaksalah mak masuk kerja nak oii..Jadi bertabahlah mak menahan segala sengsara dok ingatkan anak kat rumah.Harap dia ok je dengan babah and nenek.And of course,sebelum tinggalkan dia dengan babah,banyak dah input bagi kat babah.Banyak dah senarai yang perlu babah buat hari ini..Siaplah kalau babah tak buat..hahahaha...

Oh ya,harap korang tak muak dengan entry ni,sebab entry ni masih lagi bercerita pasal appointment dengan pakar semalam.AKu ada cerita dekat korang di Entry SINI semalam.Selalunya bila jumpa pakar,ada dua benda aku akan buat.Satu aku akan buat Echo dan satu lagi jumpa doktor pakar..Tu jelah.


Setiap kali pergi memang itu adalah benda wajib yang aku perlu buat.Nak tunggu buat Echo tu memang lama tau.Bukan sekejap.Jadi pesakit kat situ pun dah faham.Yes,Bukan sebab diorang tak buat kerja tau,sebab untuk  buat echo pada pesakit pun mau makan setengah jam.Itu yang tak serius,yang serius lagi lama aku rasa.Kalau tak jumpa apa yang diorang cari,lagilah lama.Yelah,mereka buat kerja mereka kan,kena Faham.So far pesakit yang buat echo tu memang faham..macam aku..hehehe
Hah..itulah bendanya Echo tu.Mesin ni digunakan untuk check keadaan jantung korang.Kotlah ada masalah.

Memang setiap kali ada appointment dengan pakar,inilah benda yang aku buat.Lepas tu baru aku jumpa pakar.Biasa bagi jumpa pakar,dia akan terangkan apa yang aku alami.Kes nak pregnant lagi...Hah...itu yang buat aku sedih bila cerita pasal pregnant,kalau aku nak pregnant lagi lah,akan ada high risk samada untuk baby ataupun untuk aku.And setiap kali tu dia tanya,ada plan nak pregnant lagi ke tak.Huihhh....kalau ikutkan hati ni,macam nak preggy lagi,Tapi bila fikirkan kesihatan,nasihat mak,kawan-kawan,diorang  pun nasihatkan aku supaya tidak mengandung.Yes,bila fikir positif,memang takde bendalah akan berlaku.


Tapi bila fikir negatif,bila aku mengandung,jadi apa-apa kat baby dalam kandungan,dan perhatian pada Naura,buat aku banyak kali berfikir.Kalau aku takde nanti,haisshhh..semua lah...



Hidup ni kena teruskan,kalau rasa diri mampu,maka kita akan teruskan,sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul,kena lihat ke hadapan.Betul tak.Harap-harap aku terus sihat untuk anak -anak..Be Strong beb!!


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

4 comments:

  1. rasanya naura tu mcm anak2 aku la..kalo panas kuat sgt keluar rashes..nti hilang sendiri.. apap pun semoga ko terus sihat beb..

    ReplyDelete
  2. Erm...sabar yer...setiap apa yang berlaku ada hikmahnya....apa yang Allah bagi itu yang terbaik...inshaAllah lau ada rezeki mungkin pregnant lagi...kalau x pun ada sesuatu yang lebih best Dia nak bagi =) kita tak tau kan =)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. haah izwa..dulu saya adalah pesakit jantung berlubang...

      Delete



Follow Us @aida_yusof81