Saturday, September 30, 2017

Produk Tropika Wajib ada untuk si kecil

Saturday, September 30, 2017 5 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Dah semestinya bila kita ni dah jadi mak-mak,tak pernah kalau tak mencuba sesuatu produk tu untuk lihat keberkesanannya kepada anak-anak.Nak-nak pulak jenis anak-anak kita yang senang sangat dapat penyakit.
Kebanyakkan produk di luar sana,apabila nak membeli,mesti Ummi akan pastikan bahan yang digunakan adalah selamat untuk anak-anak kan.So itu adalah benda penting yang Ummi kena pastikan supaya anak tidak terdedah kepada chemical atau bahan yang berbahaya.Risau jugak bila dari kecil dah terdedah dengan semua bahan yang berbahaya tu,bagaimana kesihatan anak kita kelak kan.
Hari tu,ada kawan  Ummi yang suggestkan untuk menggunakan produk TROPIKA yang  menggunakan bahan-bahan semulajadi,bebas kimia dan selamat digunakan.Mulanya macam risau jugak,tapi bile melihat banyak testimonial dan ada jugak nurse yang suggestkan produk ni,tu yang Ummi beli tu.
3 Produk yang wajib ada untuk anak kecil kita di rumah.Yess...itu yang Ummi belikan untuk si kecil,malah bukan dia je yang dapat manfaat,Ummi pun dapat manfaat jugak.
Semua produk yang Ummi akan perkenalkan dekat korang semuanya berasaskan Minyak Kelapa Dara di mana korang semua tahu kan khasiat yang ada Minyak Kelapa Dara ni sangat² lah tinggi.
So Ummi dah gunakan ketiga-tiga produk ni yang sangat-sangat bagus untuk anak-anak.Tiga produk ini adalah Produk dari TROPIKA .Meh Ummi cerita satu persatu produk dan keberkesannya terhadap anak-anak Ummi.
Tiga produk yang wajib ada sekarang ni..


BABY HERBAL CREAM


Baby Herbal cream  ini diperbuat dari ramuan Minyak Kelapa Dara,Minyak kayu putih dan Halia.Ia dapat membantu bayi melegakan perut kembung serta perut berangin.Krim ini tidak panas dan sangat sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak.Krim ini mudah meresap serta tidak meleleh atau melekit bila di sapu.Baby Herbal Cream ni kalau untuk anak-anak yang ada batuk dan selsema ni sangat bagus tau.Apa yang aku perasan tentang produk ni, ia tidak memedihkan kulit langsung. Sebab kalau korang perhatikan, sesetengah minyak yang berangin ni, bila terkena pada badan yang masih basah, dia akan rasa pedih, tetapi tidak pada krim ni, ia lebih sejuk dan tidak memedihkan.. 
Kebetulan Naura batuk dan selsema.Naura ni kalau kena batuk dan selsema memang lambat nak baik.Tapi bila dah lama sangat batuknya tu,itulah yang sangat merisaukan Ummi.Sebelum ni cuba jugaklah produk lain,tapi hampa je.Sampailah Ummi jumpa TROPIKA HERBAL CREAM ni,Setiap malam Ummi akan sapu di dada,belakang,ubun² dia  dan tapak kaki...Umi selet sikit kat hidung dia supaya senang sikit nak bernafas.Lepas tu setiap pagi selepas mandi,Ummi akan letak jugak kat dada dan belakang..And its amazing la bila dia cepat je reda batuk dan selsema tu.Aku just amalkan 3 hari je setiap pagi dan malam sapu kat bahagian dada,belakang,belakang betis dan tapak kaki.Huishhh...Terus whatssap kat member,terima kasih lah kat dia sebab perkenalkan produk ni.Sebab tu,bila dah ramai yang bagitahu berkesannya sesuatu produk tu,jangan tunggu lama untuk membelikan si manja...Ok...terus Ummi rasa insaf.Sesiapa ada anak yang semput tu,ataupun dia berkahak,elok tau pakai baby herbal cream  ni..

Tu baru satu produk yang Ummi dah guna..Produk lain apa pula ye..
BABY HAIR AND BODY OIL LAVENDER


Baby Hair and Body Oil Lavender ni salah satu produk dari TROPIKA yang laris jugak tau.Untuk pengetahuan korang Baby oil lavender diperbuat daripada VCO dan aroma Lavender.Ia dirumuskan untuk  melembabkan kulit,membantu menyelesaikan masalah kulit kering dan sensitif.Baby Oil Lavender ni juga boleh melebatkan rambut.
Yang aku suka dengan Baby Hair and Body Oil Lavender ni,boleh buatkan kulit anak lebih lembut.Nak² sapuan selepas mandi.Memang wangi jelah kan kulit anak.Lagi satu Naura ni,rambut dia tak lebat mana,so sebab tulah aku menggunakan Baby Hair and Body Oil Lavender.Mana tau lebih lebat dari rambut sekarang.Bila dah sapu kat rambut,nampak hitam sinar menawan ko!! Bau pun wangi je tau.Haruslah wangi sebab ia ada bauan Lavender di dalamnya.



Selain dari aku buat sebagai minyak rambut,aku buat jugak sebagai minyak rambut dan minyak  sapu  untuk Naura.Kalau anak kulit sensitif,aku syorkan sangat dengan korang.Sebab apa tau,sebab kulit Naura ni memang sangat sensitif,salah sikit je,habislah berkudis kulit dia.And minyak ini fungsinya untuk melindungi kulit naura yang sensitif tu.So,korang wajib tau guna minyak ni.Bila nampak dia menggaru tu,aku cepat-cepat sapukan Minyak Baby Oil Lavender ni.Minyak ni pun membantu untuk melembutkan kulit Naura yang kering tu.


MINYAK KELAPA DARA PERISA BLACKCURRANT


Hah,yang ni produk bukan sahaja untuk anak kecil tau,ia boleh digunakan oleh semua peringkat usia kerana ianya mempunyai banyak fungsi.Jom aku share sedikit tentang Minyak Kelapa Dara ni.

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA PERISA BLACKCURRANT

Sebenarnya, aku tak tahu kegunaan minyak kelapa dara perisa blackcurrant ni.Sampailah ada orang inform aku yang minyak ni boleh merawat mereka yang ada ekzema.Bila mana Naura batuk ,mestilah ada kahak kan,so untuk kurangkan dan hilangkan kahak yang ada tu,aku amalkan bagi dia minum satu sudu minyak kelapa dara perisa blackcurrant ni.Kalau payah sangat aku masukkan satu sudu dalam susu.And aku make sure susu tu tak terlalu pekat untuk Naura.Sebab susu ni boleh buat kahak lagi banyak.Cepat je hilang kahak tu kalau kita betul-betul konsisten amalkannya tau.Jadi takdelah risau dia asyik nak termuntah je bila kahak banyak dekat dada tu.


Bila aku dapat tahu yang minyak ni untuk kurus,aku cuba jugaklah minum sesudu setiap pagi.Bau blackcurrant tu pun dah sedap.Cuma yelah,rasa tu takdelah sesedap mana pun,dah nama pun ubatkan.

Oh ya,kalau korang nak tahu,Minyak Kelapa Dara perisa Blackcurrant ni sangat sesuai tau untuk ibu-ibu yang mengandung yang nak melahirkan anak.Bila korang amalkan dari start korang mengandung lagi,ia memudahkan dalam proses bersalin nanti.Bukan itu sahaja,ia juga membantu korang untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik dan rambut yang lebat dan juga waktu bersalin tu takdelah meneran lama sangat kan.Bukan sekadar kata tau,ini adalah testimoni ibu-ibu yang dah menggunakan minyak ni.Lagi satu,bila waktu pregnancy,ada tak korang alami masalah sembelit.Uih...kalau aku tau,dah lama aku gunakannya tau.Sebab Minyak ni boleh mengatasi masalah sembelit.Yang tak mengandung boleh je guna.Selain tu,ia juga meningkat imunisasi dalam badan bagi badan tu cergas dan bertenaga.





Pada korang yang nak mencari produk  TROPIKA ini boleh terus ke website yang tertera di bawah ni.




Bukan itu sahaja tau,malah korang jugak boleh dapatkan advice berkaitan kanak-kanak dan juga resepi di website mereka dan juga di Youtube

                                                      Website : Tropika Beauty
  Page       : TropikaHQ
   Youtube : Tropika HQ








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Friday, September 29, 2017

Kakak in action di depan kamera

Friday, September 29, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊Masih bercuti ni..hah..memang aku takde mention kat sesiapa pun pasal percutian ni.Alah..takat orang terdekat tu lainlah cerita kan.
Actually aku start bercuti pada hari rabu lagi.Ada hal nak aku settlekan di Melaka.Tu pun tak lama ke sana.Lepas dah settle problem kat Melaka,terus je ke Pahang untuk tengok anak buah baru kami
Baby boy kali ni.Tapi sebelum ke Melaka nak cerita kakak yang suka sangat berposing bila di depan camera.Setiap perlakuannya dia sibuk suruh umi dia ambil gambar.



Hah..itulah kakak fiyah bila depan kamera.Ade je action dia buat.Masa ni dia sibuk suruh umi dia pakaikan t

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, September 28, 2017

Wednesday, September 27, 2017

DIY | Face Mask Recepi Honey + Yogurt

Wednesday, September 27, 2017 5 Comments
Assalamualaikum

Face mask Recipe

  • 2 tbsp yogurt plain
  • 1 tbsp honey
Directions
  • Combine the ingredients,and apply on your face and neck.paying particular attention to blemishes
  • Leave it to 15 minutes or so before washing with warm water
  • Apply a natural moisturizer such as Jojoba oil to your skin




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Minyak ikan Omega 3 dari StemLabs

Wednesday, September 27, 2017 5 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Baru order hari isnin,selasa dah dapat..Hah..ni hah..aku beli Omega 3 Fish  Oil ni kat Lazada..Aku ingatkan nak beli dari satu produk ni,tapi memandangkan harganya tak mencukupi budget aku,jadi penyelesaiannya cari yang masih di dalam budget la. kan.


Omega 3 Fish oil Capsule StemLabs



Actually hari isnin hari tu aku dah beli Omega 3 ni,memang ingat nak cari kat farmasi je,tapi disebabkan aku takde masa nak menyinggah ke farmasi,lagi satu takut aku laburkan banyak duit aku kat farmasi tu,baik aku beli online je.Bukan apa,bila dah masuk situ,nak-nak masuk ke Guardian or Watson..fuh...melilau tau biji mata ni.So..aku beli je online..senang sikit.
Kesedaran aku tentang Omega ni berpunca dari start aku dapat tau yang doktor kata denyutan jantung aku ni tak normal..So,aku fikir,aku perlu menjaga kesihatan aku supaya ianya tidak lebih buruk dari yang ada.So,sebelum tu aku ada survey jugak manfaat Omega 3 ni untuk jantung dan tubuh badan.Jom aku share



PERANAN OMEGA 3 UNTUK TUBUH BADAN DAN JANTUNG




1.MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
Peranan penting Asid Lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi.Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA didalam Asid Lemak Omega 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah yang normal.


2.MENGGALAKKAN FUNGSI OTAK YANG SIHAT
Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat.DHA pula merupakan asas Asid Lemak Omega 3 bagi perkembangan otak,sistem saraf dan mata,terutamanya kepada bayi.Bagi orang dewasa,terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan boleh membantu dalam meningkatkan daya ingatan ,menginga kisah lampau dan daya tumpuan.


3.MENYOKONG FUNGSI SENDI SIHAT
Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh.Apabila sendi bergesel,asid lemak ini boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu sendi bergerak secara bebas.





Ada yang aku baca,selain dari yang atas ni,Omega 3 ni mampu mengurangkan kolestrol,baik untuk kesihatan mata,membantu mengurangkan stress.Banyak lagi sebenarnya khasiat untuk tubuh badan kita ni.So kita ikthiar je mana yang perlu kan.Hope berkekalanlah menggunakan Omega 3 dari StemLabs ni




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 ways to reduce Belly fat

Wednesday, September 27, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
source: fb

10 ways to reduce belly fat
  1. Reduce sugar
  2. Consume healthy fats
  3. No white carbs
  4. Two-three liters H20 daily
  5. Manage stress(reduce cortisol)
  6. Increase green leafy veggies
  7. Eat lean protein
  8. Move your body
  9. Fresh lemon in warm water
  10. Love the body you have whilst you work towards the body you want


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Tuesday, September 26, 2017

Terminat menonton Titian cinta Drama TV3

Tuesday, September 26, 2017 12 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Aku tak tau sejak bila aku dah tak berapa nak minat dengan TV,bukan tak minat kot,lebih kepada takde masa nak tengok.Kalau bukak je tapi tak tengok tv,emmm...rasa membazir pulak tv tu cakap sorang-sorang

Tapi bila tertengok cerita TITIAN CINTA ni di tv3 hari tu,itupun sebab MIL kata dia suka tengok tu,so aku join sekali tengok...uihh..best rupanya cerita ni.
Sinopsis cerita Titian Cinta

Mengisahkan tentang  percintaan antara Rahadatul Aish dan Umayr Harris.Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di Kota London.Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Haris.Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu,Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu.Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sodea dan ingin menebus segala kesalahannya.Aisy yang menyangkakan dirinya sudah diceraikan,,terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran,kini sangat penyayang.Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya.Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai.Pelbagia perkara telah dilakukan oleh Harrris untuk melembutkan hati Isterinya.
Lama kelamaan,hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih.Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu.Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi,Namun apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris,sebenarnya masih belum hilang.Tatkala saat bahagia muncul kembali,dugaan baru melanda rumahtangga pasanngan ini sekali lagi.Kemunculan Rayyan iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea,mengubah kembali perangai Harris kepada asal.Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi.Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris.Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga  Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula.

Hah..Macam tulah cerita Titian Cinta ni.Aku pun dah baca novel ni ,baru baca sebab aku tak sabar nak tau apa lagi yang akan belaku kepada suami isteri ini.

Korang jugak boleh je Tonton online drama Titian Cinta ni. Meh aku share Episode-episode yang telah di tayangkan,





credit to :mytonton.net
titian cinta



Hah...nanti kalau korang nak tengok sambungan episode seterusnya boleh je ke blog Mytonton.net ni Nanti mytonton akan update episode terkini tau.So korang stay tune je kat blog tu.


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Lunch di Soul Thai Aeon Bukit Indah

Tuesday, September 26, 2017 8 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Ingat tak aku ada cerita pasal Media invitation ke The Lego Ninjago Movie hari sabtu yang lalu.Ni hah..aku ada ceritakan dekat Entry SINI.


Hah..lepas habis je tengok wayang,perut pun dah lapar,so kami cari lah port terbaik untuk isi perut.Tapi malangnya tempat yang kami nak pergi tu penuh.Cuma ada satu restoran ni je yang masih ada kosong.Yelah masa kami keluar dari movie tu,dah pukul 1.00 tengahari.Betul-betul time orang nak cari makan.So redha jelah makan kat situ.


Kami masuk ke Soul Thai Restoran yang menyajikan semua makanan ala Thai.Ingatkan nak rasa Tomyam dia,tapi disebabkan takut menunggu lebih lama,kami order je yang simple untuk alas perut yang betul-betul dah kelaparan ni.

Meh tengok apa yang kami order untuk lunch hari tu

Air apple

Ayam goreng

Thai Belacan Fried Rice

Phat Thai Kung SOD

Biasalah kan bila dah masuk restoran yang ada di shopping mall ni harga dia memang mengancam sikit.Kalau nak bagi rate ,aku bagi just 6/10 je.

So far oklah semua makananya.cuma aku lebih selesa kalau nak makan,makanan thai ni,baik pergi kedai makan seafood je..lebih menyelerakan kot..hehehe...jangan marah.

Tapi husband aku kata Phat Thai Kung Sod tu sedap.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Preview Screening The Lego Ninjago Movie

Tuesday, September 26, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Throwback cerita sabtu lepas.Actually aku dapat invitation untuk prview Screening The Lego Ninjago Movie ni dari Legoland Malaysia.
Pagi sabtu lagi aku dah terpacak di TGV Cinema Aeon Bukit Indah.Ada lagi rakan blogger yang join untuk tengok movie iaitu Hernee Nazir.So pukul 10.30 kami dah siap-siap ambil tiket.
Sebelum masuk wayang,sempatlah kami wefie bersama.
Tetiba je muka jadi flawless macam ni..hahaha

Pinjam anak-anak si Hernee ni.memandangkan dak Naura tak ikut,umi pinjam menantu jelah...hehe

Masa reaction aku first time tengok cerita ni,oh,...Pelakon yang sangat terkenal dari Hongkong ni berlakon,tetapi sangkaan ku dikesemua cerita ni akan ada kisah dia..Nop..Itu hanya pembukaan sahaja ok.

Selepas sinopsis,barulah keluar Lego animation Ninjago ni beraksi..Dalam cerita ni,Lord Garmedon ni adalah seorang remaja yang selalu tak disenangi oleh rakan di kolej kerana kejahatan Ayahnya terhadap Bumi Ninjago.

Sampai satu masa dia menentang Ayahnya untuk menakluki bumi Ninjago dengan kuasa-kuasa Jahatnya.Banyaklah aksi-aksi pergaduhan antara dia dan ayahnya sampai ayahnya sendiri tak tau yang menentang dia tu adalah anaknya..Hah..macam tulah ceritanya.

Tapi ending yang menarik tu,membuatkan aku yang tengok ni sedih,dengan perkara-perkara yang berlaku sepanjang dia menentang ayahnya..Ha...itu jelah aku nak cerita.Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya haruslah menonton movie ni ye.


Bila Legoland Invite para Blogger,tak sah kalau takde gift dari Mereka.
Ini adalah koleksi aku yang kedua selepas Ayam lego..hehehe







Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Monday, September 25, 2017

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus Peranti dwi skrin terbaru di Pasaran

Monday, September 25, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Actually Meizu Pro 7 dan Pro 7 plus ni telah dilancarkan baru-baru ini di Malaysia tau.Aku ni bukanlah seorang yang kaki gadget,tapi bila dapat memilih telefon pintar yang terkini dan mempunyai peranti dwi skrin ni,rasa macam nak dapatkan Model Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ni.
Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ini didatangkan khas dengan skrin depan dan belakang yang menggunakan 16 megapixel kamera di bahagian depan dan 12 + 12  megapixel untuk kamera belakang.Aku yakin,mereka yang suka dengan selfie mesti akan terpikat dengan Model Meizu ni.

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ini telah pun dibuka jualannya pada 21 september 2017.Hah..nanti aku cerita kat mana korang boleh dapati Model ini ye.


Oklah..di entry ni aku share sedikit details tentang spesifikasi Meizu Pro 7 dan Pro 7 plus ini ye.

SPESIFIKASI MEIZU PRO 7 

  • Skrin 5.5" Samoled HD penuh
  • Media Tek Helio X30
  • Memori 4GB Ram
  • Soran 64GB
  • Kamera utama berkembar 12 + 12 Megapixel Sony IMX386 F2.0 dan Kamera hadapan 16 Megapixel.
  • Mempunyai skrin sekunder pada bahagian belakang menggunakan panel SAMOLED berwarna
  • Bateri sebesar 3000MAH
  • Sokongan pengecas Mchare 3.0

**Meizu Pro 7 didatangkan dengan warna hitam,emas dan merah.

SPESIFIKASI MEIZU PRO 7 PLUS

  • Skrin 5.7" Samoled QHD
  • Memori 6 GB
  • Storan 128GB
  • Bateri sebesar 3500 MAH
  • Kuasa pengecasan Mcharge 4.0

**Meizu Pro 7 Plus didatangkan hanya dengan warna hitam sahaja.

IMAGE UNTUK PRO 7 DAN PRO 7 PLUS





Untuk Pengetahuan korang Meizu menggunakan gandingan lensa RGB dan monokrom untuk kamera belakang.Ia menggunakan sensor Sony IMX386 12mp,autofokus dan dwi tona LED Flash.


HARGA UNTUK MEIZU PRO 7 DAN PRO 7 PLUS

  • Meizu Pro 7  = Harga 1899
  • Meizu Pro 7 Plus = RM2799

Untuk pembelian korang boleh lihat kat mana nak beli Meizu Pro ni di sini


The otherside story



Untuk Maklumat lanjut mengenai Meizu Malaysia boleh layari website di bawah


Facebook Meizu Malaysia : https://goo.gl/K2HjFj
WEbsite Meizu : https://goo.gl/f3fsaE
Instagram Meizu : https://goo.gl/X3dBMR



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Enhance your mood naturally

Monday, September 25, 2017 5 Comments
Assalamualaikum

Enhance your mood naturally

Almonds : Brain power food
Bananas : Raises serotonin
Cayenne Pepper : Soothes the nerves & mood enhancer
Green Tea : Anxiety reliever
Omega 3-s : Influence good personality
Kale : Energy booster
Oranges : Brain health
Smiling: Better mood
Wallnuts : Packed with omega 3
Filtered water  : Relieves Stress
Walking :  Raises serotonin




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Sunday, September 24, 2017

Dating berdua dengan babah

Sunday, September 24, 2017 9 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊throwback cerita semalam..ececeh..umi dok dating dengan babah semalam.Mana dak Naura?

Actually masa jumaat hari tu,babysitter Naura ada hal sikit.Umi pulak tak boleh nak cuti sebab minggu depan ni dah cuti 3 hari.So,nanti banyaklah cuti.Bila dah banyak cuti,maka banyaklah kena tolak.

So umi decide hantar rumah paklong and kebetulan paklong nak balik rumah nenek.Terpaksalah umi lelaskan.Kalau ikutkan tak nak lah nak hantar di ke kampung tanpa umi.Tapi nak buat cane kan.

So hari sabtu hari tu,umi ada jemputan premier screening Ninjago.So hanya umi dan babah jelah.
Sepanjang berkahwin dengan babah,memang umi tak pernah tebgok wayang bersama.Bukan sebab apa,babah tak berapa minat tengok wayang..Nanti mulalah babah tidur dalam wayang..hahaha

Tapi kali ni bagi nak support bini dia as a blogger,dia setuju.
tu pun sebab dah banyak kali Legoland invite kami.


Honeymoon gitu..hahaha..Hah..next entry aku cerita pasal Premier screening Ninjago tu ye..

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Saturday, September 23, 2017

Miraculous Quotes 194 | advices

Saturday, September 23, 2017 0 Comments
Assalamualaikum


When people throw you stones
It's because you are a good
Tree full of fruits.
They see a lot of harvest in you.
Don't go down to their level by throwing
Them back the stones,
but throw them your fruits so
the seeds of yourself
may inspire them to change their ways.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Media Invitation ke Lego Ninjago Days Movie

Saturday, September 23, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊Morning..awal pagi lagi kami dah ondway ke Aeon Bukit Indah untuk Media Invitation  untuk Live primiere Ninjago Movie.

Ini adalah pertama kali Legoland Malaysia mengeluarkan Ninjago Movie di Malaysia.
so tak sabar nak mrlihat sendiri movie ni.Nanti dah sampai sana aku update lagi ye.



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Friday, September 22, 2017

Amalan untuk ibu | Doa ketika memasak

Friday, September 22, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Nak menjaga anak dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak di zaman sekarang ni sangatlah mencabar.Sebagai ibu,tak terkecuali aku,sering dan sangat perlu untuk belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
walau kadang kala kita merasa letih dengan tugas seharian,sedikit sebanyak ilmu keibu bapaan itu perlu untuk kita membesarkan anak-anak kita.Aku tidak mahu untuk memberikan komen kepada anak orang kerana apa,kerana takut yang diri kita  sendiri belum tentu cukup untuk memberi pandangan kepada anak orang lain.Mungkin tidak terlepas seketika untuk memberikan pandangan melalui logik akal kan.Tapi itulah.yang berlaku di zaman sekarang..
Nak membesarkan anak bukan sahaja cara pembesaran dan aktiviti yang dilakukan,malah sebagai ibu,doa adalah yang terbaik dilakukan setiap hari bagi mendoakan kesejahteraan dan kelembutan hati anak-anak.
Bukan  doa ketika di tikar sejadah sahaja,malah apabila kita memasak pun kita boleh lagi berdoa kerana doa ibu adalah doa yang paling baik untuk anak-anak kan.Dari pembacaaan aku di majalan PAMA,kita harus amalkan 11 doa sewaktu kita memasak supaya anak kita lembut hati,mendengar kata,terang hati dan baik tingkah lakunya.
Moga kita sama-sama amalkan zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh kaum ibu.


1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Banyak perkara yang kita kena belajar dan salah satu darinya adalah Doa dan zikir semasa memasak.
semoga bermanfaat dan menjadi amalan seharian..insyallah

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Benefit of Charcoal Scrub

Friday, September 22, 2017 3 Comments
Assalamualaikum


Benefit Of Charcoal Scrub

  • Removes acne,whiteheads,blackheads,breakouts and other skin blemishes
  • Reduce appearance of cellulite,stretch marks,fine lines and wrinkles.
  • Hydrates,rejuvenates,detoxifies and promote calm and relaxation.
  • Exfoliates dead skin cells and improves the skin texture









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Selamat Tahun Baru | SalamMaal Hijrah 1439H

Friday, September 22, 2017 1 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Alhamdulillah..di tahun yang baru,di hari yang mulia iaitu penghulu segala hari.Moga di tahun yang baru ini,kita semua beroleh kesihatan yang baik,ilmu yang barakah,rezeki yang baik dan hati yang tenang.


credit pic : newteknoes.

Bila sebut je azam baru,of course kita memasang impian dan harapan agar diri kita menjadi yang lebih baik,segalanya baik.Tak terkecuali pada diri aku sendiri,.Nak mengharapkan agar diri ini sentiasa positif,sentiasa memperbaiki kesilapan diri untuk ke arah yang lebih baik.



Moga apa yang aku impikan akan tercapai hendaknya.

Ya Allah jika doa² ku menurutmu baik
kabulkanlah
Ya allah jika doa² ku bisa mengubahku menjadi baik
percepatkanlah
Ya Allah jika doa² ku bisa menghapuskan dosa² ku
Perkenankanlah




amin








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, September 21, 2017

Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit Wajah

Thursday, September 21, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit Wajah | Hai korang☺☺Actually aku bukanlah sesiapa pun yang nak bercerita pasal kecantikkan,tapi apa yang aku tahu dan amalkan,itulah yang perlu aku share dengan korang.



Vitamin C ni aku memang wajib ambil setiap hari untuk mengelakkan kulit muka aku terus berminyak dan kusam.Dalam Vitamin C ni  mempunyai anti oksidan yang dapat mencegah sel badan dari dirosakkan oleh radikal bebas dan ia banyak tau kelebihannya.So ,meh sini aku share  dengan korang apa pentingnya pengambilan Vitamin C untuk badan dan kulit muka.Vitamin juga dikatakan membantu tubuh berfungsi dengan normal.




MANFAAT VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN DAN WAJAH
1.ANTIOKSIDAN
Vitamin C bertindak sebagai pelindung daripada molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas termasuk asap rokok dan pencemaran udara.Bila kita sedut molekul-molekul berbahaya ni lama kelamaan ia akan merosakkan DNA dan menukarkan  sel sihat kepada sel kanser.

2.DEMAM DAN ASMA
Pengambilan Vitamin C apabila kita selesema tidak akan cepat pulih,dan ianya mengambil masa untuk pulih,sebab tu kita kena konsisten untuk mengambil Vitamin C ni setiap hari.Menurut kajian,ia turut mengurangkan risiko untuk sakit yang lebih kronik seperti asma ,pneumonia dan jangkitan paru-paru.

3.MEMBENTUK KOLAGEN
Kolagen tidak dapat dihasilkan tanpa Vitamin C.Kolagen ini adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita.Ianya amat diperlukan dalam pembentukkan kulit,jantung,salur darah,tulang,gigi,gusi dan seluruh badan memerlukan kolagen.Bagi memastikan tubuh badan kita mendapat vitamin c yang cukup,harus konsisten pengambilannya.

4.MENINGKATKAN IMUNITI
Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sel darah putih.

5.BAIK UNTUK KULIT
Ia melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang merosakkan sel kulit.Selain itu,ia membantuk mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit.

6.BAIK UNTUK KULIT
Mengikut kajian,Vitamin C diperlukan untuk memecah lemak yang tersimpan dan menukarkannya kepada tenaga.

7.VITAMIN TAMBAHAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Mengikut kajian juga pengambilan insulin bersama Vitamin C akan meningkatkan sensitiviti  terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.






Hah...Apa kata korang ambil Vitamin C dari Hakubi ni.Jadikan ianya suplement korang untuk setiap hari.Setiap botol HAKUBI WHITE C PLUS bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah ia juga mengandungi B6 dan Panthothenic acid.



HAKUBI WHITE C PLUS


Cara Makannya
2 biji 3 kali sehari

saja nak tonyoh muka kat sini..hehehehe

Pastikan korang minum air secukupnya ye bila makan supplemen macam ni.Oh ya..Aku suka hisap je sebab HAKUBI WHITE C PLUS ni ada dua rasa tau.pertama kali kalau ko hisap dia rasa manis dan lama kelamaan akan menjadi masam.Aku suka makan HAKUBI ni.


Korang boleh dapatkan HAKUBI ni di WATSON berdekatan dan Lazada pun ada jual jugak tau.

Harga : RM122.85

Boleh check kat link watson -SINI




So,selain dari makan  Hakubi White C plus ni,aku pakai juga  HAKUBI WHITE C GEL.
Yelah,nak cantik kenalah pakai kan untuk protect muka kita yang selalu terdedah dengan persekitaran luar ni.Nak pulak kulit muka aku sunburn masa ke LEGOLAND hari tu.



Kalau korang nak tahu,HAKUBI WHITE C GEL ni mengandungi campuran khas 6% derivatif Vitamin C ,Ekstrak Hyaluronic Acid dan Licorice.Ia membantu mencegah kerosakkan dan freckles yang disebabkan oleh selaran matahari.Kalau kulit muka sunburn,terasa panas tu,boleh lah sejukkan dengan HAKUBI WHITE C GEL ni.Ia boleh merawat kulit muka yang kering dan berjerawat dan mampu jugak untuk membantuk kulit muka yang berminyak.


Cara menggunakannya
Gunakan dengan jumlah yang sederhana kepada kulit 2 kali sehari.
 Selalunya sebelum aku make up,aku akan titiskan sikit dekat dagu,dahi dan pipi.lepas tu sapu sambil urut-urut sikit...Baru pakai moisturizer and foundation..

Harga : RM97.40

Boleh check kat link watson -SINI

HAKUBI WHITE C PLUS &  HAKUBI WHITE C GEL



Ini adalah produk Jepun tau.So kalau nak cantik macam kulit orang jepun boleh try ni..hehehehe..


More details boleh tengok kat website Watson

http://www.watsons.com.my









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Follow Us @aida_yusof81