Thursday, September 07, 2017

# aktiviti

Bila Berbudi pada Tanah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Throwback cerita bercuti lagi.Actually bila di kampung ni,banyak je aktiviti yang nak dilakukan.


Hanya di kampung jelah kita dapat buat aktviti seperti menyapu daun-daun kering,lepak bawah pokok,dan satu yang best adalah berkebun.


Serius,kalau bab berkebun ni,ada yang gemar dan tidak.Bagi aku,ada peluang tu memang kena ambil.Hah ni lah yang nak cerita.Di belakang rumah mak memang tanah luas sangat.Macam-macam boleh tanam.Kalau dulu masa aku kecil banyaklah pokok cempedak belakang rumah tu,Tapi bila usia pokok tu dah terlalu tua,risau takut-takut tumbang hempap rumah,mak decide untuk tebang pokok tu.Lagipun,masa nak tebang tu memang pokok tu pun dah tak berbuah,memang dah tak menjadi je bila dia nak berbuah.Tu yang mak tebang pokok tu.



Start dari kakak ipar ajak tanam sikit-sikit pokok,hah!! start tulah dah banyak pokok yang kami tanam.Actually kakak ipar aku ni memang rajin bercucuk tanam.And dialah yang mulakan dulu projek tanam pisang.Bagi dia,Tanam pokok yang senang untuk di jaga.Pisang pulak semakin lama semakin banyak.Sebelum pisang,mak ada tanam serai,Bila dah banyak serai tu,mak hantar serai ke kedai.Dapatlah mak duit kocek.Hah..Yang ni pulak,projek tanam pisang pulak.



Tapi sayangnya kan,dah dekat 3-4 tandan pisang yang selamat dicuri oleh orang.Haishh...Moga orang yang mencuri tu segeralah bertaubat kan, 

 Gambar ni diambil dari dapur pintu rumah,
Pokok rambutan tu pun dah semakin tua,tu dah di tebang sikit.Hasilnya pun semakin sikit.Tak semeriah dulu.



Banyak dah anak pokok pisang yang ada,sesi untuk pindahkan anak pisang ke tempat lain.Masa ni dah ada 4 tandan pisang yang akan masak.Cuma tunggu beberapa hari lagi je.Risau kalau lambat,hilang lagilah pisang gayanya.


Ni tanah yang paling hujung sekali.Nampakkan banyak dah anak pokok yang dah dialihkan.

 Ini pulak sebahagian lagi anak pokok yang di tanam.Memang banyak dah pisang yang dah di tanam ni.Kalau boleh tiap minggu aku nak balik.Bila kita dah biasa dengan berkebun,rasa seronok tau.

Ada sedikit hasil pisang yang dah ditebang,Rezeki adik-adik hari tu.Mak dah suruh bawak balik pun.

Moga selamat lah kali ni pisang-pisang mak.Selain dari pencuri,babi pun ada masuk ke kebun pisang kami ni.Insyallah mana tau ada rezeki,bolehlah pagarkan mini kebun ni.Mana tau ada hasil banyak,bolehlah jual,dapatlah mak rezeki lagi.




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

4 comments:

  1. Ada juga orang curi pisang kan... dulu kebun bapa saya pun sama...

    ReplyDelete
  2. aduhaiii siannya..pencuri ni kan..cari le kerja dari ko curi pisang tu..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  3. pencuri ada dimana2. haishhh.. tp kannn best nya tngokk hasil tnaman kitaa..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81