Tuesday, September 05, 2017

# Resepi

Daging Air Asam mudah disediakan

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Hari raya hari tu,sempatlah aku buat Daging Air asam.Sebenarnya daging ni lebih dari bahagian yang nak buat rendang.Memang beli lebih untuk raya hari tu.
So bila mak kata simpan sikit daging tu,maka timbullah keinginan nak buat daging air asam ni.
Senang je buat ni.Kalau ikut pada resepi di google tu memang lah bahan yang disediakan semua sama.
Tapi resepi aku ni ngelat sedikit lah sebab aku ada masukkan serai ke dalam Daging air asam ni.
daging air asam

Masa aku up story kat insta and fb hari tu,ramailah yang dok minta resepi untuk daging air asam ni..seriously mudah nak sediakan.Kotlah ada lagi daging korban yang dapat tu,apa kata korang buat ikut resepi ni.Actually aku lebih suka pakai limau nipis dari air asam sebab nak buat daging air asam ni sama je cerita macam nak buat kerabu tau.


Bahan-bahan Daging Air Asam


- Daging yang sudah di rebus.(potong nipis tau)
- 3 ulas Bawang merah yang dihiris halus
- 5 biji Lada Kecil(kalau nak pedas letaklah banyak sikit ye
- 1 Sudu kerisik
- Semangkuk air asam.betul-betul pekat ye
- Daun Sup
- 2 biji tomato yang dipotong dadu
- 2 Batang serai yang dihiris halus
- Sedikit garam
- Sedikit gula


Cara membuatnya.
Just campurkan semua bahan yang di atas ni.Korang boleh adjust nak rasa macam mana,kalau korang nak lebih pedas,just tambah je lada.Nak masam,korang tambah air asam tu.


Hah..settle bab Daging air asam ni.Senang kan.Makan nasi panas-panas dengan tahap kepedasan maksimum Daging Air asam ni,memang terangkat.Alah..senang jelah nak buat Daging air asam ni..Resepi mudah Daging Air asam ni,kalau korang tengok kat facebook,ramai dok pakat share..hehehe









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 comments:



Follow Us @aida_yusof81