Tuesday, September 26, 2017

# lunch our # luncheon

Lunch di Soul Thai Aeon Bukit Indah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Ingat tak aku ada cerita pasal Media invitation ke The Lego Ninjago Movie hari sabtu yang lalu.Ni hah..aku ada ceritakan dekat Entry SINI.


Hah..lepas habis je tengok wayang,perut pun dah lapar,so kami cari lah port terbaik untuk isi perut.Tapi malangnya tempat yang kami nak pergi tu penuh.Cuma ada satu restoran ni je yang masih ada kosong.Yelah masa kami keluar dari movie tu,dah pukul 1.00 tengahari.Betul-betul time orang nak cari makan.So redha jelah makan kat situ.


Kami masuk ke Soul Thai Restoran yang menyajikan semua makanan ala Thai.Ingatkan nak rasa Tomyam dia,tapi disebabkan takut menunggu lebih lama,kami order je yang simple untuk alas perut yang betul-betul dah kelaparan ni.

Meh tengok apa yang kami order untuk lunch hari tu

Air apple

Ayam goreng

Thai Belacan Fried Rice

Phat Thai Kung SOD

Biasalah kan bila dah masuk restoran yang ada di shopping mall ni harga dia memang mengancam sikit.Kalau nak bagi rate ,aku bagi just 6/10 je.

So far oklah semua makananya.cuma aku lebih selesa kalau nak makan,makanan thai ni,baik pergi kedai makan seafood je..lebih menyelerakan kot..hehehe...jangan marah.

Tapi husband aku kata Phat Thai Kung Sod tu sedap.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

8 comments:



Follow Us @aida_yusof81