Wednesday, September 27, 2017

# review product

Minyak ikan Omega 3 dari StemLabs

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Baru order hari isnin,selasa dah dapat..Hah..ni hah..aku beli Omega 3 Fish  Oil ni kat Lazada..Aku ingatkan nak beli dari satu produk ni,tapi memandangkan harganya tak mencukupi budget aku,jadi penyelesaiannya cari yang masih di dalam budget la. kan.


Omega 3 Fish oil Capsule StemLabs



Actually hari isnin hari tu aku dah beli Omega 3 ni,memang ingat nak cari kat farmasi je,tapi disebabkan aku takde masa nak menyinggah ke farmasi,lagi satu takut aku laburkan banyak duit aku kat farmasi tu,baik aku beli online je.Bukan apa,bila dah masuk situ,nak-nak masuk ke Guardian or Watson..fuh...melilau tau biji mata ni.So..aku beli je online..senang sikit.
Kesedaran aku tentang Omega ni berpunca dari start aku dapat tau yang doktor kata denyutan jantung aku ni tak normal..So,aku fikir,aku perlu menjaga kesihatan aku supaya ianya tidak lebih buruk dari yang ada.So,sebelum tu aku ada survey jugak manfaat Omega 3 ni untuk jantung dan tubuh badan.Jom aku share



PERANAN OMEGA 3 UNTUK TUBUH BADAN DAN JANTUNG




1.MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
Peranan penting Asid Lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi.Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA didalam Asid Lemak Omega 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah yang normal.


2.MENGGALAKKAN FUNGSI OTAK YANG SIHAT
Asid lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat.DHA pula merupakan asas Asid Lemak Omega 3 bagi perkembangan otak,sistem saraf dan mata,terutamanya kepada bayi.Bagi orang dewasa,terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan boleh membantu dalam meningkatkan daya ingatan ,menginga kisah lampau dan daya tumpuan.


3.MENYOKONG FUNGSI SENDI SIHAT
Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh.Apabila sendi bergesel,asid lemak ini boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu sendi bergerak secara bebas.





Ada yang aku baca,selain dari yang atas ni,Omega 3 ni mampu mengurangkan kolestrol,baik untuk kesihatan mata,membantu mengurangkan stress.Banyak lagi sebenarnya khasiat untuk tubuh badan kita ni.So kita ikthiar je mana yang perlu kan.Hope berkekalanlah menggunakan Omega 3 dari StemLabs ni




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. menarik... boleh la ni beli kan utk suami ni...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eda...mmg bagus utk jantung ...hubby mama pun mkn utk jantung juga...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. harga yang ni pub boleh tahan..moga akak sihat-sihat selalu
    Janji Kita

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81