Wednesday, September 13, 2017

# Tips

Pertama kali buat Air Detox

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Bila tengok orang kurus,kau pun rasa nak kurus kan.Actually bukan nak kurus banyak mana pun,dan lagi satu,bukan setakat kurus,tapi more pada penjagaan kesihatan.
Bila dah meningkat usia ni,banyak benda nak dijaga dalam aspek kesihatan.Yang paling utama adalah pemakanan.Bila cerita makan ni,semua nak mencuba,kalau boleh setiap apa yang keluar di media sosial semua nak dicuba.Lepas tu menyesal sendiri sebab makan macam-macam.
Hari ni pulak,aku dah "TER ORDER" tanpa sengaja Kek Lava Viral yang tular di media sosial..Oh!! come on! bila masanya nak kurus,bila masanya nak jaga pemakanan..Haduuiii..
Bukan sahaja pemakanan,tetapi akivti seharian kita pun kita kena lihat samada aktiviti itu sihat ke tidak.Dah dapat tak 10 ribu langkah sehari..Hadoiii..>Tak pernah tercapai kot.
 
Ni pulak,berangan nak buat air detox..eh..bukan nak buat,tapi dah buat pun.Pagi tadi minum segelas.Nak bawa pergi ke office memang sokmo lupa,
Ni adalah pertama kali aku buat air detox selepas tengok ramai yang buat,Tapi memang dah lama pun nak buat,so..Malam tadi aku beli bahan.Tak susah pun bahan yang aku perlukan..Cuma ada yang tak cukup syarat je.Insyallah..malam ni aku tambah lagi apa yang tak cukup.
Air detox ni macam Flush kat jamban la,bila korang dah berak,of courselah korang kena bersihkan kan lubang jamban tu dengan flush air bagi keluar kotoran yang korang keluarkan..Macam tu jugaklah Air Detox ni.Bila korang dah makan macam-macam,dan tak memerlukan makanan yang tidak dihadam dalam badan tu,makan air detox ni membantu korang dalam menyahkan bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan tu..hah..macam tulah
Antara kebaikkan Air Detox ni adalah :-
  • Membantu membakar lemak  dan mengurangkan berat badan.
  • Meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin dalam badan.
  • Mencuci sistem dalaman tubuh badan.
  • Mencantikkan kulit kerana kandungan yang ada di dalam air detox ni ada vitamin C yang tinggi.

Selain itu juga Air detox ni membantu mengukuhkan imunisasi badan,mengelakkan sembelit,Meningkatkan Tenaga daan menyeimbangkan PH dan gula dalam darah



Nak buat air detox ni senang je.Campurkan je buah-buahan yang dihiris tu ke dalam satu bekas air,dan masukkan air ,simpan je dalam fridge.Setiap buah-buahan ada function tersendiri macam aku masukkan buah limau,dia kaya dengan vitamin C,Strawberry pula berfungsi sebagai anti kanser..So semua tu korang kena study jugaklah kan..Then masukkan dalam satu bekas.Biarkan semalaman dalam fridge,esok pagi dah boleh minum

Air detoks yang aku buat adalah :-
  • Serai
  • Lemon
  • Limau
  • Anggur
Semuanya dihiris nipis.Cuma serai tu diketuk sahaja lah

Dah di campurkan dengan 3 liter air

Siap di masuk di dalam peti ais


Siap,pepagi sebelum kerja aku minum,Esok aku nak start bawak pi office pulak.Kita cubalah kan..Mana tau berhasil...



Kelebihan air detox ialah: 1. Mengukuhkan sistem imun 2. Mengelakkan sembelit 3. Menurunkan berat badan 4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah 5. Meningkatkan tenaga 6. Membersih dan membina semula sel 7. Mencantikkan kulit dan wajah.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

10 comments:

  1. assalamualaikum eda...wah ! lepas ni eda semakin slim la kn...semoga berjaya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. Yeay...jom kurus jom...target SA hujung tahun dpt berat 50kg...haha

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak buat air detox..nnti nak buat la...

    ReplyDelete
  4. wah good effort. nak jaga kesihatan lebih kepada penjagaan pemakanan sihat dan regular exercise. bila sihat, insyaaAllah kurus akan datang as bonus. hehe (pengalaman sendiri je ni 😊)

    ReplyDelete
  5. Wow..jom bakar lemak..rabia ternak lemak byk sgt dah ni..detox tak pernah buat..skrg minum jamu ratu malaya..

    ReplyDelete
  6. wah menarik air detox ni...boleh cuba

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81