Saturday, September 30, 2017

# product bumiputera

Produk Tropika Wajib ada untuk si kecil

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Dah semestinya bila kita ni dah jadi mak-mak,tak pernah kalau tak mencuba sesuatu produk tu untuk lihat keberkesanannya kepada anak-anak.Nak-nak pulak jenis anak-anak kita yang senang sangat dapat penyakit.
Kebanyakkan produk di luar sana,apabila nak membeli,mesti Ummi akan pastikan bahan yang digunakan adalah selamat untuk anak-anak kan.So itu adalah benda penting yang Ummi kena pastikan supaya anak tidak terdedah kepada chemical atau bahan yang berbahaya.Risau jugak bila dari kecil dah terdedah dengan semua bahan yang berbahaya tu,bagaimana kesihatan anak kita kelak kan.
Hari tu,ada kawan  Ummi yang suggestkan untuk menggunakan produk TROPIKA yang  menggunakan bahan-bahan semulajadi,bebas kimia dan selamat digunakan.Mulanya macam risau jugak,tapi bile melihat banyak testimonial dan ada jugak nurse yang suggestkan produk ni,tu yang Ummi beli tu.
3 Produk yang wajib ada untuk anak kecil kita di rumah.Yess...itu yang Ummi belikan untuk si kecil,malah bukan dia je yang dapat manfaat,Ummi pun dapat manfaat jugak.
Semua produk yang Ummi akan perkenalkan dekat korang semuanya berasaskan Minyak Kelapa Dara di mana korang semua tahu kan khasiat yang ada Minyak Kelapa Dara ni sangat² lah tinggi.
So Ummi dah gunakan ketiga-tiga produk ni yang sangat-sangat bagus untuk anak-anak.Tiga produk ini adalah Produk dari TROPIKA .Meh Ummi cerita satu persatu produk dan keberkesannya terhadap anak-anak Ummi.
Tiga produk yang wajib ada sekarang ni..


BABY HERBAL CREAM


Baby Herbal cream  ini diperbuat dari ramuan Minyak Kelapa Dara,Minyak kayu putih dan Halia.Ia dapat membantu bayi melegakan perut kembung serta perut berangin.Krim ini tidak panas dan sangat sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak.Krim ini mudah meresap serta tidak meleleh atau melekit bila di sapu.Baby Herbal Cream ni kalau untuk anak-anak yang ada batuk dan selsema ni sangat bagus tau.Apa yang aku perasan tentang produk ni, ia tidak memedihkan kulit langsung. Sebab kalau korang perhatikan, sesetengah minyak yang berangin ni, bila terkena pada badan yang masih basah, dia akan rasa pedih, tetapi tidak pada krim ni, ia lebih sejuk dan tidak memedihkan.. 
Kebetulan Naura batuk dan selsema.Naura ni kalau kena batuk dan selsema memang lambat nak baik.Tapi bila dah lama sangat batuknya tu,itulah yang sangat merisaukan Ummi.Sebelum ni cuba jugaklah produk lain,tapi hampa je.Sampailah Ummi jumpa TROPIKA HERBAL CREAM ni,Setiap malam Ummi akan sapu di dada,belakang,ubun² dia  dan tapak kaki...Umi selet sikit kat hidung dia supaya senang sikit nak bernafas.Lepas tu setiap pagi selepas mandi,Ummi akan letak jugak kat dada dan belakang..And its amazing la bila dia cepat je reda batuk dan selsema tu.Aku just amalkan 3 hari je setiap pagi dan malam sapu kat bahagian dada,belakang,belakang betis dan tapak kaki.Huishhh...Terus whatssap kat member,terima kasih lah kat dia sebab perkenalkan produk ni.Sebab tu,bila dah ramai yang bagitahu berkesannya sesuatu produk tu,jangan tunggu lama untuk membelikan si manja...Ok...terus Ummi rasa insaf.Sesiapa ada anak yang semput tu,ataupun dia berkahak,elok tau pakai baby herbal cream  ni..

Tu baru satu produk yang Ummi dah guna..Produk lain apa pula ye..
BABY HAIR AND BODY OIL LAVENDER


Baby Hair and Body Oil Lavender ni salah satu produk dari TROPIKA yang laris jugak tau.Untuk pengetahuan korang Baby oil lavender diperbuat daripada VCO dan aroma Lavender.Ia dirumuskan untuk  melembabkan kulit,membantu menyelesaikan masalah kulit kering dan sensitif.Baby Oil Lavender ni juga boleh melebatkan rambut.
Yang aku suka dengan Baby Hair and Body Oil Lavender ni,boleh buatkan kulit anak lebih lembut.Nak² sapuan selepas mandi.Memang wangi jelah kan kulit anak.Lagi satu Naura ni,rambut dia tak lebat mana,so sebab tulah aku menggunakan Baby Hair and Body Oil Lavender.Mana tau lebih lebat dari rambut sekarang.Bila dah sapu kat rambut,nampak hitam sinar menawan ko!! Bau pun wangi je tau.Haruslah wangi sebab ia ada bauan Lavender di dalamnya.



Selain dari aku buat sebagai minyak rambut,aku buat jugak sebagai minyak rambut dan minyak  sapu  untuk Naura.Kalau anak kulit sensitif,aku syorkan sangat dengan korang.Sebab apa tau,sebab kulit Naura ni memang sangat sensitif,salah sikit je,habislah berkudis kulit dia.And minyak ini fungsinya untuk melindungi kulit naura yang sensitif tu.So,korang wajib tau guna minyak ni.Bila nampak dia menggaru tu,aku cepat-cepat sapukan Minyak Baby Oil Lavender ni.Minyak ni pun membantu untuk melembutkan kulit Naura yang kering tu.


MINYAK KELAPA DARA PERISA BLACKCURRANT


Hah,yang ni produk bukan sahaja untuk anak kecil tau,ia boleh digunakan oleh semua peringkat usia kerana ianya mempunyai banyak fungsi.Jom aku share sedikit tentang Minyak Kelapa Dara ni.

KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA PERISA BLACKCURRANT

Sebenarnya, aku tak tahu kegunaan minyak kelapa dara perisa blackcurrant ni.Sampailah ada orang inform aku yang minyak ni boleh merawat mereka yang ada ekzema.Bila mana Naura batuk ,mestilah ada kahak kan,so untuk kurangkan dan hilangkan kahak yang ada tu,aku amalkan bagi dia minum satu sudu minyak kelapa dara perisa blackcurrant ni.Kalau payah sangat aku masukkan satu sudu dalam susu.And aku make sure susu tu tak terlalu pekat untuk Naura.Sebab susu ni boleh buat kahak lagi banyak.Cepat je hilang kahak tu kalau kita betul-betul konsisten amalkannya tau.Jadi takdelah risau dia asyik nak termuntah je bila kahak banyak dekat dada tu.


Bila aku dapat tahu yang minyak ni untuk kurus,aku cuba jugaklah minum sesudu setiap pagi.Bau blackcurrant tu pun dah sedap.Cuma yelah,rasa tu takdelah sesedap mana pun,dah nama pun ubatkan.

Oh ya,kalau korang nak tahu,Minyak Kelapa Dara perisa Blackcurrant ni sangat sesuai tau untuk ibu-ibu yang mengandung yang nak melahirkan anak.Bila korang amalkan dari start korang mengandung lagi,ia memudahkan dalam proses bersalin nanti.Bukan itu sahaja,ia juga membantu korang untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik dan rambut yang lebat dan juga waktu bersalin tu takdelah meneran lama sangat kan.Bukan sekadar kata tau,ini adalah testimoni ibu-ibu yang dah menggunakan minyak ni.Lagi satu,bila waktu pregnancy,ada tak korang alami masalah sembelit.Uih...kalau aku tau,dah lama aku gunakannya tau.Sebab Minyak ni boleh mengatasi masalah sembelit.Yang tak mengandung boleh je guna.Selain tu,ia juga meningkat imunisasi dalam badan bagi badan tu cergas dan bertenaga.





Pada korang yang nak mencari produk  TROPIKA ini boleh terus ke website yang tertera di bawah ni.




Bukan itu sahaja tau,malah korang jugak boleh dapatkan advice berkaitan kanak-kanak dan juga resepi di website mereka dan juga di Youtube

                                                      Website : Tropika Beauty
  Page       : TropikaHQ
   Youtube : Tropika HQ








Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. mmg elok herbal cream.. klu ank flu & batuk sapu herbal cream.. anak2 blh tido gan lena

    ReplyDelete
  2. Kinah oun guna herbal cream ni. Selsema pun sekejap je dah sembuh.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum eda...mmg bagus produk ni utk kanak2 n baby kn...

    ReplyDelete
  4. suka gila baby herbal cream tu..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81