Monday, September 11, 2017

# EXAM

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Mana yang ada anak nak menduduki UPSR hari ni mesti berdebar-debarkan..Yelah,anak yang nak periksa,mak pak yang lebih berdebarnya,

Mana taknya,kalau aku jadi parents yang ada anak bakal menduduki peperiksaan pun dah risau tau.Segala usaha bagi memastikan anak berjaya,bukan mudah.Kadang-kadang bila disekolah kita tak tahu samada anak kita cukup ke tak ilmu yang dia dapat,perlu atau tidak tuisyen dan sebagainya.


Selagi kita mampu untuk memberikan yang terbaik pada anak why not kan kita beri yang lebih baik.Kalau kita tak mampu nak hantar tuisyen kat luar sana,At least kita sebagai parents kena menjadi cikgu di rumah juga,Bukan kata kita perlu pandai lebih dari cikgu,at least sokongan moral,sama-sama membantu anak-anak dalam mengerjakan kerja sekolah mereka tu pun dah menjadi salah satu punca anak kita berjaya.Kalau nak 100% anak tu hanya di ajar di sekolah,rasanya tak membantu jugak kan..Sebagai parents kita sendiri kena pantau aktiviti anak-anak,homework yang diberikan,supaya anak kita mendapat keputusan yang cemerlang.


Apa pun,kita kena tepuk dada,tanya selera sendiri lah kan.Aku tak boleh nak bercakap lebih lagi pasal ni sebab anak aku pun kecil lagi.,Tak tahu apa akan jadi di kemudian hari.


Kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR hari ni,akak/umi/acik sentiasa doakan semoga korang dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan mudah.Moga apa yang korang belajar dan study hard selama ni,akan membuahkan hasil.Belajar selagi mampu,teruskan niat baik korang yang nak menjadi Pelajar cemerlang.Kerana,tidak akan ada orang yang boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri.Abaikan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah tu kerana,ia tidak membawa kita ke arah yang lebih baik.Ingat  bahawa peluang hanya datang sekali sahaja,Oleh itu belajarlah setinggi mana pun,insyallah,korang akan berpuas hati dengan susah senang korang yang dah korang pegang dari zaman kecil lagi.


Jadi anak yang berguna kepada ibu bapa.Masa depan yang cemerlang bukan untuk ibu bapa,tetapi untuk korang yang berusaha selama ni,Ibu bapa hanya tumpang kegembiraan sahaja melihat korang berjaya.


All the best!!


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

3 comments:

  1. Kita doakan semua calon mudah memahami soalan dan Allah datangkan banyak ilham untuk menjawab soalan.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81