Tuesday, October 10, 2017

# Mini garden # Tips

CARA PENJAGAAN POKOK KETAPANG

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Sejak masuk group mendeco ni kan,uishhh...rasa dah tak sabar nak mendeco ni.Ada duit nak simpan sikit-sikit.Nanti bolehlah jelajah Ikea yang akan dibuka tak lama lagi di Johor Bahru ni.Awal-awal pembukaan memang tak boleh nak terjah.Sat lagi kang,asyik tengok orang je,maunya umi Naura ni pengsan..
Dalam kelab Ikea Deko di Facebook,selain dari tips mendeko,ada jugak tips penjagaan pokok bunga dan sebagainya.Dan aku berkenan sangat dengan satu jenis pokok ni yang aku tahu dia bukan jenis yang berbunga..Kalau tak silap aku lah kan.apa pokoknya tu,
Rasanya ramai kot yang dah tanam pokok ni.Pokok pun korang kena jaga tau,Kalau tak jaga,maka cepatlah ulat-ulat membaham pokok korang tu.Pokok ketapang ni bukan sahaja orang tanam di luar kawasan rumah,malah ada yang letakkannya di dalam rumah sebagai hiasan.
Ni hah..Aku ada tips untuk menjaga Pokok Ketapang ni supaya nampak kelihatan segar dan cantik.Kalau tak jaga,nanti taklah nampak cantik dan menghijau kan.Hijau ni kira macam terapi matalah jugak kan.
Image result for pokok hiasan ketapang
source:rooang.com

CARA PENJAGAAN POKOK KETAPANG 😂

-------------
Tips ini mungkin mengambil kira penjagaan yang teliti sehingga menghasilkan pokok yang gebu lagi meninggi. Heh.
Berikut saya gabungkan beberapa tips setelah bertanya, google dan membaca di beberapa group dekorasi tentang penjagaan pokok fiddle.



1. PENCAHAYAAN
Fiddle fig memang terkenal sebagai indoor plant. Maka kedudukannya adalah di dalam rumah. Daunnya yang lebar dan kehijauan memang menarik bila di gabungkan dengan tema putih, natural ala2 scandinavian gitew. Maka, bila semua putih dan pine, splash with green. Wallah! Memang kebabom. So indoor plant bukan bermaksud fiddle ni puteri lilin. They still need the sunlight. Maksudnya, indirect sunlight ye puan puan. Letak kan di tepi tingkap, bukan di bawah pancaran matahari nan bersinar. Boleh letak bawah porch, tepi tingkat dan sewaktu dengannya. Tapi kalau kedudukan pokok tu tak langsung terkena sinaran matahari, sila lah bawa dia keluar sesekali melihat dunia luar. Dia memang perlukan kebebasan duniawi 😆



2. AIR 
Water intake fiddle fig yang sangat perlu di ambil kira ia bukan HARI HARI. yeah. Bukan hari2. Pokok macamni banyak berpuasa. Hanya perlukan air secawan sahaja sudah mencukupi utk 3-4 kali seminggu. Jenguk2 lah dia dan lihat tanahnya. Kering ke tidak? Dan jangan la terlebih air, bila terlebih air, akarnya akan membusuk lalu menyembah bumi. 



3. BAJA
Pokok macamni pun perlu dibaja. Tak perlu selalu. Sesekali dlm seminggu atau 2 minggu sekali. Tapi ada customer saya boleh kata selalu bagi minum air beras. Woww! Katanya pokok dia dah makin meninggi. Wah penasik betul fiddle ni kan?! Ingat orang je suka nasi. Kahkah. So boleh cuba tips tu jugak. Sesekali bagi dia baja air cucian beras ya? 😉



4. BELAI
Eh ngada2 nye ko fiddle. haha. Belai tu bukan macam belai kucing. Maksudnya, bila ada daun yang mula kekuningan. Sila la buangkan ia terus supaya tak merebak wabak nya tu. Selalu2lah potong dahannya bila nampak rosak supaya tumbuh pucuk baru ( ini kalau pokok dah membiak besar lah ). So daun rosak buang. Nanti dia akan sentiasa bertunas. Gitew



5. LAP
Selalu daun pokok ni berhabuk bila letak di dalam rumah ( itu tanda umah banyak habuk, rumah aku kah? 😂), maka rerajin la lap daunnya menggunakan kain lembab supaya dia bersinar kembali dan boleh bernafas dengan lebih baik. Kalau tak, tersumbat lh hidung2nya untuk bernafas, lalu potensi untuk mati menyembah bumi amatlah tinggi. Lap juga dengan minyak letak pada tisu dan lap. Pokok akan jadi berkilat.






Begitulah tips dari someone dari Kelab deko IKEA.Sangat bermanfaat.Nanti ada tips lagi,aku akan kongsi jugak dengan korang eh.Kalau korang nak masuk Kelab Deko Ikea ni,boleh cari kat facebook..






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

7 comments:

  1. assalamualaikum eda...wah !! tips yg bagus ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. ada gak seketul kat luar rumah
    mmg siram ngan air beras je

    ReplyDelete
  3. Dah lama aimed pokok ni..tak tahu apa namanya entah. tapi buat masa ni xsesuai untuk rumah taman sebab akan membesar. jadi, tunggu ada laman besar ada cahaya elok baru beli. cantik utk hiasan rumah :)

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81