Thursday, October 19, 2017

# parenting blogger # Parenting moments

Jalan-Jalan ke Aeon Jusco Permas

Assalamualaikum
Hai korang☺☺.Sempat lagi tak eh nak wish Happy Deepavali to alls Indian kat Malaysia ni.Hari ni pun diorang still mood beraya kan..
Hah..sepanjang cuti semalam,apa yang umi Naura adnd Fiyah buat? Tak pun balik kampung or melancong.Hanya bawa mereka jalan-jalan je.Actually hari tu aku ada siapkan Paid Review satu job ni.And in return diorang bagi aku Voucher RM150 Aeon.Kalau nak harap Aeon buat sales memang lambat lagi kan.So,umi plan nak beli makanan anak-anak dan barang dapur sikit.So kat situ umi gunakan Voucher Aeon Jusco tu.
Plan nak beli sesuatu untuk umi,tapi memandangkan umi fikir,barang dapur dan makanan anak lagi penting,umi batalkan niat nak beli sesuatu tu untuk umi..kah..
Ada extra Rm5 tu ada orang bagi.
Hah..cerita sebelum nak pi belanja barang dapur,Makan-makan dekat Kopitiam kat situ.Lepas makan terus masuk playground sebab dah janji dengan kakak nak bawak dia kesitu.
Macam-macam jenis permainan ada kat sini..Mak pak tunggu jelah anak-anak main.

Tapi Naura and fiyah aku bawa diorang masuk kat dalam tu sikit,jadi diorang taklah main game yang kat luar tu.
 Kakak dan adik berendam dengan bola-bola 





Lepas keluar dari bola-bola tu,kakak tak puas main lagi.So,umi lepaskan je dia main game kat luar tu.Masa ni umi dah suruh babah standby troli.Senang nak angkut diorang naik Troli tu.

Kakak dengan adik tak puas hati sebab banyak lagi mainan yang diorang tak dapat main.Alahai..bukan korang pandai sangat nak main tu.habis duit umi korang burn gitu je kang.Baik pi bawak korang makan lagi bagus kan.

Adik pulak ikut kakak je,mana kakak pergi dia akan ikut.Sekarang ni adik dah pandai nak berlari je.Penat lah umi nak berkejaran dengan diorang ni.

Lepas pada keluar dari permainan tu,banyak dah drama dalam tu,paling umi tak menahan adalah drama air mata.Puas lah umi dok pujuk diorang ni.Last-last ok jugak.Tu belum bab masuk tempat shopping barang dapur lagi.Macam-macam diorang dok ambil,macam umi korang ni bawak duit seribu nak beli barang dapur...hahah..Tapi umi lebih bijak dari diorang,Sampai kaunter umi letak tepi je barang yang tak diperlukan.Biasalah kan budak-budak,snack lah diorang paling banyak beli.So umi kurangkan sikit snack and tambah biskut je kat diorang..lagi kenyangkan.

Keluar AEON dalam pukul 5 petang.Babah plan pulak nak makan pizza hut.Umi lagi suka sebab malam dah tak payah masak..Gantung kualilah jawabnya..kah..

Dekat Pizza hut pun diorang dah mula keluar tantrum tu.Umi korang ni tahan jelah taknak jadi rimau.Akhirnya menjadi jugak.Hailah anak...nak makan pun korang payah..hadoiii..Jadi dalam pizza tu,suara mak korang jelah yang keluar...Tak kisahlah orang nak tengok.Perangai anak masing-masing kan.Jadi redha jelah...




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 comments:

  1. Singgah sini,, asyiknyaaa dia main... seronok nampak hii.. musim cuti mi ramai ambil keluar jalan jalan

    ReplyDelete
  2. Wahhh.....asyiknya akak dan adik main...

    ReplyDelete
  3. Mommy dengan karekter rimau memang tak boleh dipisahkan sis.. hehehe.. Alhamdulillah rezeki.. semoga makin banyak job sis..

    ReplyDelete
  4. budak-budak dah jumpa mainan yang dorang suka memang tak puas kalau sekejap je main..hihi.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81