Friday, October 27, 2017

# johor bahru # travelblogger

Kembara Blogger Johor Part 11| UK Farm Kluang Johor

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Part terakhir Kembara Blogger Johor di UK Farm.Pastinya selepas ini kami merindui rakan-rakan blogger,rakan-rakan dari Tourism Johor dan MITA dan Tour Guide kami Pak Sheikh.
credit to : Tripadvisor
Kami bukan sahaja dapat mengembara mengenali tempat-tempat pelancongan di Johor yang jarang kami tahu,tetapi semangat setiakawan antara kami semua.Ilmu yang kami dapat tidak akan kami lupakan.
UK  Farm adalah destinasi kami yang terakhir untuk Trip ini.Setelah kami pergi ke Zenxin Oganic Park,kami beredar untuk ke UK Farm.Sampai di sana kami telah disambut dengan makan tengahari terlebih dahulu.




Makanan untuk tengahari kami

Sedikit Info tentang UK FARM

UK FARM sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2003 dengan hanya 2 ekar tanah yang terletak di Parit Yaani Johor.Kambing Jamnapari diimport dari Indonesia dan penglibatan perniagaan awal mereka hanya melibatkan pengeluaran susu kambing segar dan mengkomersialkan produk tandas.



Pada tahun 2006,mereka mendapat pensijilan HACCP untuk pengeluaran susu kambing dan instrumen pengeluaran susu dari Jepun.Seterusnya pada tahun 2007,UK FARM memperoleh tanah sebanyak 100 ekar dari Projek Pertanian Moden Kluang dan  sehingga sekarang mempunyai kira-kira 4000 ekar biri-biri.Spesies kambing termasuk Domba Garut,Damara,Barbados ,Santa Ines,Malin dan Dorper.




UK FARM telah mempelbagaikan perniagaan dalam lawatan rekreasi pada tahun 2008 yang diuruskan oleh UK Agrotourism Sdn.Bhd dan mendapat pensijilan HALAL.
Pada Jun 2010,UK FARM telah melancarkan UK AGRO Resort iaitu permulaan mengeluarkan produk buah-buahan pula.



Kalau korang nak tahu,UK FARM diberi nama bukanlah kerana ianya ada kena mengena dengan Ladang lembu di Switzerland dan sebagainya.Nama UK  FARM diambil bersempena nama orang yang telah membuka ladang ini iaitu Mr.Goh Un Keng.



Gambar dari sebahagian aktiviti yang boleh dilakukan di UK FARM
Sempatlah Mr Goh Un Keng memberikan kami taklimat tentang penglibatannya dalam bidang penternakkan.Sungguh luas ilmu yang dia ada sehinggakan ramai yang belajar dengannya untuk menguruskan ternakan seperti apa yang dia lakukan.


Bas yang membawa kami ke Ladang UK Farm 

Setelah sesi taklimat,kami dibawa oleh Tour Guide disitu untuk melawat kawasan-kawasan UK FARM khususnya di ladang penternakkan Kambing.


Ini adalah rumput yang bukan biasa-biasa ye untuk kita bagi kepada kambing.Proses untuk membuat makanan rumput kering ni perlu melalui beberapa proses sebelum diberikan kepada kambing.


Di sini kami diterangkan bagaimana cara memelihara,makanan yang diberikan dan cara menyusukan anak-anak kambing.Peluang yang pertama kali memberikan susu kepada anak kambing.Tak lupa juga peluang untuk memberikan kambing makan




Di sini kami diterangkan bagaimana cara memelihara,makanan yang diberikan dan cara menyusukan anak-anak kambing.

Selepas kami melalui proses penjagaan kambing,kami ke tempat memproses susu kambing.Seronok betul tengok proses susu kambing tu..

Kambing yang akan dilepaskan untuk ambil susunya

Pam yang digunakan untuk mengambil susu dari kambing




Alah...macam kita jugaklah kan,bila susu dah banyak haruslah kena pam,kalau tak mau bengkak payudara.Cumanya of courselah prosesnya berlainan kan.

Susu yang diperah akan diproses terlebih dahulu di tempat khas.Di situ korang boleh menikmati susu segar dari ladang.And pada korang yang nak beli susu dan sebagainya,boleh didapati di tempat berhampiran kambing ini diperah susunya.

Selepas itu kami di bawa pula ke Mini Zoo yang menempatkan beberapa haiwan seperti Ostrich,arnab,itik,ayam dan lain-lain lagi






Selepas itu kami di bawa ke Perkampungan Orang Asli JAKUN yang pernah menetap di kawasan itu.



Jemput masuk rumah kami...hehehe


Selepas penat berpusing di kawasan ladang UK FARM dan mengambil beberapa lagi gambar sekeliling.Tibalah masanya untuk kami merehatkan diri dan balik ke Chalet.

Oh ya..Kat sini ada jenis penginapan tau.satunya Chalet dan satunya dorm.Dorm tu kira sangat sesuai jika ada rombongan pelajar yang ramai.

Kami mendapat chalet  untuk 3 orang.





Overall tidur kami malam tu selesa sangat..Tenang dan damai tanpa bunyi kenderaan lalu lalang ..SEbab tu bestnya bila dapat berkunjung ke tempat-tempat macam ni

Dan malam tu kami ada Barbeque Dinner dan juga Lanten activities

Selepas pada tu,kami balik ke Chalet untuk berehat  kerana esok pagi-pagi lagi kami dah checkout.Terima kasih UK FARM kerana menerima kedatangan kami..Insyallah akan berjumpa lagi nanti.

 Ini adalah antara Produk-produk yang dihasilkan dari UK Farm dan telahpun berada di pasaran

Bergambar kenangan bersama Pak sheikh selaku Tour Guide kami sepanjang 4 hari 3 malam 
Banyak ilmu yang kami dapat dari Pak Sheikh ni tau

Bergambar kenangan selepas tamat pertunjukan menyumpit oleh orang asli Jakun

Sebelum kami beredar dari UK AGRO Farm

Blogger Johor dan KL.



                          
Untuk korang yang ingin datang ke sini,dan menempah aktiviti yang dijalan disini,sila rujuk details di bawah

W : www.ukfarm.com.my
IG :@ukfarmresortofficial
F:ukagroresort

Alamat
PLOT 5,Projek Pertanian Moden Kluang
KM13,Jalan Batu Pahat
86000 Kluang Johor
Malaysia
T:+607-75975555
F:+60-7597991
E: info@ukfarm.com.my







Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

4 comments:

  1. bestnya ada program sebegini kan...

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum eda...seronoknya dpt pi ke sini...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. wah bestnya... ni kalau bawak anak-anak Qekra ni mesti dia suka sbb ada binatang hehe

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81